Khamis, 8 April 2021

Ramai di antara kita yang seolah-olah "tidak boleh hidup" jika tidak minum secawan kopi di waktu pagi.

HIDUP LEBIH SIHAT DENGAN SECAWAN KOPI

Ramai di antara kita yang seolah-olah "tidak boleh hidup" jika tidak minum secawan kopi di waktu pagi.

Saya suka berkongsi satu kajian, menunjukkan bahawa meminum kopi dikaitkan dengan panjang umur dan kebarangkalian mendapat penyakit kronik termasuk kanser yang rendah.

Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan yang terkenal, Annals of Internal Medicine.

Kajian yang dilakukan di University of Southern California yang melibatkan 185,000 orang selama 16 tahun.

Saintis mendapati mereka yang minum satu cawan kopi tanpa gula mempunyai kebarangkalian 12% untuk hidup lebih lama berbanding dengan mereka yang tidak minum kopi dalam hidup mereka.

Mereka yang minun dua atau tiga cawan kopi mempunyai kebarangkalian untuk bebas dari penyakit kronik termasuk kanser sebanyak 18%.

Dalam kajian yang lain, saintis yang melibatkan setengah juta orang di srluruh Eropah mendapati meminum kopi dapat merendahkan risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular dan penghadaman.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa dengan minum kopi tanpa gula setiap hari dapat merendahkan risiko mendapat penyakit Parkinson’s dan Alzheimer’s dan dapat mengawal gula dengan lebih baik bagi pesakit diabetes.

Ia juga dikatakan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Jadi minumlah kopi tanpa gula untuk mendapat kebaikan kopi.

Namun ada orang yang sensitif terhadap kopi (yang mengandungi kafein).

Mereka mungkin akan mengalami rasa sakit kepala, degupan jantung yang laju, dan rasa tidak selesa dalam perut.

Ambillah dalam kuantiti dan pada yang masa yang sesuai.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Selasa, 6 April 2021

Penjagaan kesihatan secara holistik dapat menurunkan risiko mendapat serangan stroke

ELAKKAN RISIKO MENDAPAT STROKE

Strok atau juga disebut angin ahmar sering berlaku sekarang. Ia juga tidak disangka. Seorang sahabat saya mendapat major stroke dan meninggal dunia pada usia 45 tahun. Sementara seorang lain hanya mendapat stroke ringan, tetapi serangan stroke berulang selepas tiga tahun, dan akhirnya beliau pergi buat selamanya.

Ia bermula dengan gaya hidup yang tidak sihat yang telah diamalkan oleh pesakit bertahun-tahun. Stroke berlaku bukan berpunca dari sesuatu yang kita lakukan semalam. Itu hanyalah punca secara kebetulan.

Gaya Hidup yang tidak sihat menyebabkan saluran darah 'pecah' dan pendarahan berlaku di dalam otak atau terdapat darah beku yang menghalang darah untuk sampai ke otak.

Akhirnya pesakit stroke tidak dapat menggerakkan sebahagian anggota tubuh, muka menjadi senget dan tidak dapat bercakap dengan sempurna. Mereka tidak dapat menjalankan keshidupan yang sempurna, dan terlantar. Mereka perlu dibantu untuk meneruskan rutin hidup seperti untuk mandi, makan dan berpakaian.

Kajian yang dilakukan di Eropah menunjukkan jika kita berhenti merokok dan arak, di samping menjaga pemakanan, melakukan pergerakan fizikal, cukup tidur dan dapat mengawal stress dengan baik, ia dapat mengurangkan risiko mendapat stroke, terutama di kalangan pesakit diabetes dan hipertensi, yang berumur 60 tahun ke atas.

Kesimpulan, ada beberapa faktor yang perlu dilakukan.

1. Kawal tekanan darah tinggi
2. Berhenti merokok dan minuman beralkohol
3. Kawal paras 'kolesterol jahat'
4. Kawal paras gula darah .
5. Lakukan pergerakan fizikal semampunya
6. Dapatkan cukup tidur dan rehat
7, Kawal stress dengan baik
8. Tambahkan makanan bernutrisi

Kajian mendapati seseorang yang mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan seharian mereka akan menurunkan risiko mendapat penyakit strok.

Ambil minyak sihat seperti minyak zaitun dan ikan berminyak mengandungi Omega 3. Pesakit yang telah diserang strok lebih baik jika mengambil ikan setiap hari atau mengamalkan makanan tambahan Omega 3. Mengambil makanan tambahan vitamin E dan C juga boleh membantu mempercepatkan pemulihan pesakit strok.

Penjagaan kesihatan secara holistik dapat menurunkan risiko mendapat serangan stroke. Ia juga menghindarkan kita mendapat stroke, insya-Allah.

#HealthDrZubaidi

Isnin, 5 April 2021

92% kandungan buah tembikai merupakan air,



92% kandungan buah tembikai merupakan air, oleh itu ia merupakan antara buah buahan yang mampu membekalkan tenaga dan hidrasi pada tubuh. Ia juga kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Sudah boleh beli dan simpan stok untuk buka puasa/sahur.

Ahad, 4 April 2021

Kepada mereka yang selalu ke outstation samada untuk urusan rasmi ataupun bercuti, ketika menginap di hotel, cuba amalkan perkara-perkara yang berikutnya :

Kepada mereka yang selalu ke outstation samada untuk urusan rasmi ataupun bercuti, ketika menginap di hotel, cuba amalkan perkara-perkara yang berikutnya :

1) Selepas check in, ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik. Buka pintu dan bagi salam. Kita tak tahu dalam bilik tu ada 'benda' atau tidak. Sekurang-kurangnya kalau ada tu, 'dia' tahu kita ni jenis beradab.

2) Kasut/selipar tu kalau boleh jangan disusun rapat. Salah satu sengaja terbalikkan. Kerana 'benda' ni mereka suka 'mencuba' barangan kepunyaan kita. Bila tercuba dengan sesuatu yang 'ngam', dia akan terus berada di situ, tak berganjak sehingga 'dia' ikut kita balik rumah.

3) Sekiranya kain jendela bilik tertutup dan hari masih siang, bukakan kain dan jendela itu sekejap. Dengan membuka tingkap ni, 'haba' dari luar akan masuk memenuhi ruangan dalam dan apa-apa yang 'sejuk' di dalam akan keluar. Pendek kata, pastikan bilik tu ada peredaran udara.

4) Ketuk, dan buka pintu bilik mandi dan pasangkan lampu dan biarkan pintu tu terbuka (sekejap), juga untuk tujuan peredaran udara kerana bilik mandi adalah ruangan yang paling 'sejuk' di dalam sesebuah bilik hotel dan jangan lupa juga, flush kan tandas sekali (tujuan untuk membuang aura negatif yang mungkin telah lama bertakung) dan bukakan pili untuk biarkan air mengalir sebentar dan basuhkan tangan dan kaki. 

5) Sekiranya anda seorang sahaja dan diberikan bilik berkatil kembar, penuhkan salah satu katil tu dengan barang-barang seperti beg, baju, seluar, dokumen-dokumen dan bantal yang tak digunakan tu kalau boleh, letakkan di katil yang anda akan tidur. 

Sekiranya mendapat bilik dengan katil jenis Queen atau pun King, gunakan ke semua bantal yang ada dan tidur di tengah katil. Jangan tidur di sebelah sahaja dan biarkan sebelah lagi tu kosong.

6) Ketika nak masuk tidur, biarkan salah satu lampu dalam bilik terpasang ataupun sekurang-kurangnya pasangkan lampu dalam bilik mandi.

7) Membaca doa sebelum tidur agar kita dijauhi gangguan yang tidak diingini.
.

Sabtu, 3 April 2021

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah Like & Share kepada rakan2 anda

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah
 Like & Share kepada rakan2 anda 

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

 “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Masih tercari-cari lagi perniagaan apa yang boleh tambah pendapatan bulanan?

Dulu malu malu nak menjual,takut orang Tak nak beli,sekarang dah ok.

Masih tercari-cari lagi perniagaan apa yang boleh tambah pendapatan bulanan? 

Persoalan-soalan yang sering berlegar di kepala anda, Jangan risau kami di Minyak Herba Asmak ada jawapanya. 
Dengan perniagaan melalui Minyak Herba Asmak anda akan dapat kesemuanya!: 

1.Marketing tools disediakan. 

2.Jana pendapatan bulanan 

3.Reward dari HQ 

4.Guide and support team dari HQ 

5.Produk viral 

Produk yang sangat bagus,senang dijual,untuk seisi keluarga,lulus kkm,bahan semulajadi,

Memang best sangat buat bisnes dengan minyak herba asmak ni tau! Ukwah dengan team-team puan kuat. Jadi tunggu apa lagi,cepat-cepat hubungi no dekat bawah ni. 

0176730318

In Sha Allah kami boleh bantu anda! 🥰

Jumaat, 2 April 2021

KISAH BENAR!!

KISAH BENAR!!

Semalam hani kena gatal2 kat leher. Masa kena tu mengenyam tak boleh buat bincang sampai merah2 leher hani.

Jadi hani guna sabun kopi kat seluruh badan, serius gatal2 tu berkurang dan hari ini tak ada lah tergaru2 macam semalam..

Apa yang best dengan sabun skrub kopi ni. Kita dapat rasa daki-daki kita tak ada, rasa bersih jer..

Serta boleh juga guna kat muka, merawat muka yang ada jerawat, merawat masalah eczema, gatal2..

Bahan-bahan utama dalam sabun skrub kopi ni ada habatussauda, kopi, sakura extract, acerola beade dan sireh.

Khamis, 1 April 2021

Kecil bukan sembarangan, kecil-kecil cili padi taw!

Kecil bukan sembarangan, kecil-kecil cili padi taw!

Ruginya sesiapa yang tak pernah cuba Refreshing Aromatherapy ni. Senang nak bawa kemana-mana sebab kecil. Refreshing Aromatherapy ni sangat membantu untuk melegakan migrain & sakit kepala. Kalau dekat office tiba-tiba migrain datang, capai je Refreshing Aromatherapy dari dalam handbag lepastu sapu sikit kat dahi dan belakang tengkuk. Memang lega sangat, bau pun wangi tak buat sakit hidung.

Dengan keharuman bau Refreshing Aromatherapy ni juga dapat membantu mengurangkan stress dan membuatkan tidur lebih lena. Nak dijadikan cerita, anak saya memang jenis hyper yang menyebabkan dia susah nak tidur. Saya pun cuba ikhtiar dengan Refreshing Aromatherapy supaya dapat menenangkan dia untuk dapatkan tidur yang lebih lena. Alhamdulillah, memang sanga-sangat membantu.

Banyak sebenarnya kelebihan Refreshing Aromatherapy, anda juga boleh guna untuk melegakan batuk, selsema, sakit perut, kembung perut dan sakit otot. Hanya perlu sapu sahaja pada bahagian yang berkenaan dan boleh sambung lakukan tugasan harian seperti biasa.

Jom dapatkan sekarang Refreshing Aromatherapy! Belum cuba belum tahu, dah cuba mesti akan jadi pengguna setia.

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...