Memaparkan catatan dengan label Diari ibu mengandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diari ibu mengandung. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Oktober 2019

ADAKAH MINUM AIR AIS BAHAYA KETIKA HAMIL ?

ADAKAH MINUM AIR AIS BAHAYA KETIKA HAMIL ?



Minuman berais sewaktu hamil tidak akan membahayakan ibu dan bayi. Memang benar, ramai wanita ditakutkan dengan mitos bahawa air sejuk dan berais akan menyebabkan bayi besar. Tetapi tumbesaran bayi tidak ada kena mengena dengan suhu air yang diminum oleh ibu.

Jika kita minum minuman yang berais dan sejuk, maka badan kita pun menjadi lebih sejuk! Akibatnya, badan kita akan menggunakan lebih banyak kalori untuk menaikkan semula suhu badan kita ke paras normal. Ini bererti, peningkatan berat badan wanita tadi tidak banyak meningkat. Oleh itu, jika puan gemar minuman berais, jangan risau. Pastikan puan minum supaya tahap hidrasi sentiasa normal sepanjang kehamilan ini"

Kesimpulannya, tidak ada bahaya apa pun. Jadi, siapa yang suka minum air ais tu, go ahead, tapi jangan la pula sampai siang malam asik minum air ais je, sampai tak minum langsung air masak atau air suam.

#infohamilkpls #tipshamilkpls #infokesihatankpls #tipskesihatankpls

HAMIL LUAR RAHIM. APA TANDA-TANDANYA ?

HAMIL LUAR RAHIM. APA TANDA-TANDANYA ?
.
.
Ramai yang tidak tahu tentang betapa bahayanya mengandung luar rahim ini. Jika anda tidak mendapatkan perhatian dan rawatan segera, ia boleh menyebabkan kematian kepada ibu dan bayi. Anda perlu mengetahui simptom-simptom yang sering dikaitkan dengan mengandung luar rahim. Ia adalah seperti berikut:
·       Pendarahan kecil di dalam faraj
·       Loya dan muntah-muntah beserta rasa sakit
·       Sakit di bahagian bawah abdomen
·       Kekejangan abdomen yang tajam
·       Pening-pening lalat
·       Rasa sakit di bahagian bahu, tengkuk atau dubur
·       Jika tiub fallopio pecah, kesakitan dan pendarahan teruk boleh mengakibatkan anda pitam

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

#infohamilkpls #tipshamilkpls #infokesihatankpls #tipskesihatankpls

Khamis, 3 Oktober 2019

Kenapa anak nak menyusu sebelah payurada sahaja?

Tentu ada ibu-ibu yang stres sebab anak hanya nak menyusu pada sebelah payudara saja kan?

Bila dah menyusu hanya sebelah, sebelah payudara akan berasa ringan, manakala sebelah lagi akan berasa terlalu penuh. Boleh jadi leaking dan bengkak. Kalau berterusan tak mustahil jadi punca kepada mastitis.

Proses memujuk bayi untuk menerima kedua-dua payudara tak mudah. Perlukan kesabaran yang tinggi.

Kita tak boleh memaksa bayi untuk menerima dan menyukai payudara bermasalah dalam masa yang singkat. Jangan paksa bayi.

Kita yang dewasa pun ada cara  dan keselesaan tersendiri untuk tidur, duduk, buat kerja dan sebagainya.
.
.
.

Sebab apa agaknya bayi hanya nak susu pada sebelah payudara sahaja?

▫️Payudara yang digemari bayi mungkin susunya lebih laju atau perlahan, sesuai dengan keadaan bayi mengikut tahap umur yang tertentu. Jadi, kalau bayi kecil, mungkin sukar mereka nak minum dengan aliran yang terlalu laju, dan sebaliknya.

▫️Bagi ibu yang kali pertama menyusu, anda mungkin ada masalah puting tenggelam atau leper. Bayi yang baru lahir masih belajar nak mendapatkan lekapan yang betul (good latch). Mereka akan pilih payudara yang lebih mudah dihisap.

▫️Payudara yang terlalu penuh dan bengkak akan akan menyukarkan bayi menghisap.

▫️Kalau ibu ada masalah  mastitis di sebelah payu dara, bayi mungkin tak mahu menyusu kerana rasa susu yang berbeza di mana ia lebih masin disebabkan peningkatan kandungan sodium.

▫️Ada ibu yang membiasakan bayi untuk menyusu pada payudara tertentu contoh, ibu cepat lenguh menyusu pada sebelah kiri contohnya dan terus bertukar ke bahagian kanan dan bayi akan terbiasa dengan sebelah kanan.

▫️Bayi yang baru lepas dicocok akan rasa tak selesa untuk dipegang pada sebelah bahagian vaksinasi atau imunisasi.

▫️Mungkin bayi terkena jangkitan pada sebelah telinga. Selalulah periksa telinga bayi anda.

▫️Salah satu payu dara pernah cedera atau dibedah, ia mungkin mempengaruhi bekalan atau aliran susu pada payu dara tersebut.
.
.
.
Jangan risau. Tak ada masalahpun kalau bayi mahu menyusu hanya sebelah payudara. Benda ni normal. Janji bayi dapat cukup susu dan aktif.

Cuma,
ibu akan merasa tak selesa kerana berasa kurang seimbang pada payudara. Cara terbaik, pastikan anda mengepam susu pada payudara tersebut.

Cuba sesekali memujuk bayi untuk menghisap susu di payudara yang kurang digemari tersebut. Mana tahu berjaya?

Kredit: MisiLara

Rabu, 2 Oktober 2019

KENAPA BAYI MENANGIS?

KENAPA BAYI MENANGIS?
======================
Kenapa bayi menangis malam? Kenapa bayi menangis ketika menyusu? Lebih-lebih lagi bila menjelang waktu Maghrib. Tentu ramai yang melalui pengalaman ini, sibuk membaca doa untuk menjauhkan diri dari syaitan. Bagi ibu muda, ini mungkin merungsingkan. Mari kita rungkaikan apa sebenarnya yang bayi mahu.

.
ADAKAH INI NORMAL?
===================
Menangis bagi seorang bayi adalah normal. Bayi akan menangis tanpa mengira masa dan tempat. Disebabkan bayi masih kecil dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk dirinya, bayi hanya bergantung kepada orang lain untuk memahami akan dirinya. Menangis adalah cara bagi seorang bayi memberitahu sesuatu kepada orang sekelilingnya.
.
Sebagai seorang ibu atau bapa yang baru sahaja melangkah ke dunia keibubapaan, pasti sukar untuk menentukan apa yang bayi mahukan jika mereka menangis. Samada mereka lapar, sakit, panas atau sejuk.
.
IBU RESAH GELISAH
=================
Ia pasti membuatkan anda resah dan bimbang kerana masih tidak mengetahui akan keperluan dan kemahuan bayi. Namun, lama-kelamaan anda akan mula mengecam akan corak tangisan bayi anda. Mengenali anak dengan lebih dekat lagi akan membuatkan anda faham akan keperluannya.
.
KENAPA BAYI MENANGIS ?
======================
Berikut adalah antara sebab-sebab bayi anda menangis. Ia mungkin dapat membantu anda memujuknya atau memenuhi keperluannya.
.
(+) SAYA LAPAR!
Ini sebab biasa kenapa bayi menangis. Bayi anda mungkin lapar dan inginkan susu. Ada beberapa tanda menunjukkan bahawa bayi ingin minum susu seperti menghisap jari dan menggerak-gerakkan mulutnya ke kiri dan ke kanan kerana mencari susu ibunya. Perut bayi bukan seperti perut orang dewasa. Mereka hanya boleh mengisi susu dalam kuantiti yang sedikit sahaja dalam satu-satu masa.
Ini menyebabkan bayi akan kerap menyusu bagi memenuhi keperluannya. Berikanlah dia susu selagi dia mahu. Jika dia kenyang dia akan berhenti dan mungkin akan tertidur.
.
2. LAMPIN SAYA PENUH!
Bayi menangis mungkin kerana lampinnya sudah kotor dan dipenuhi najis. Periksa lampinnya dan segera cuci dan tukar lampin baru jika anda mendapati lampinya sudah penuh. Bayi akan kembali selesa jika lampinnya kering.
.
3. SAYA TIDAK SIHAT!
Bayi anda mungkin ingin memberitahu bahawa dia tidak sihat seperti demam, selsema, batuk atau kolik. Cuba periksa suhu badannya. Jika benar dia tidak sihat, bawalah bayi anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
.
4. SAYA SANGAT SEJUK/ SANGAT PANAS!
Seorang bayi masih tidak mampu menyesuaikan diri dengan cuaca yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Mereka akan rasa tidak selesa dan akan menunjukkan reaksi seperti menangis bagi memberitahu orang sekelilingnya. Bedunglah atau selimutlah jika bayi anda terlalu sejuk atau pakaikanlah dia baju yang nipis jika dia terlalu panas.
.
5. SAYA MAHU TIDUR!
Bayi bukan pelik atau mengada-ngada. Namun itulah fitrah seorang bayi. Walaupun dia mahu tidur, kadangkala dia akan menangis untuk memberitahu ibu yang dia mahu tidur. Cuba baringkan dia, atau dodoikan lembur bayi anda. ada juga bayi tidur ketika menyusu susu ibunya. Tepuk-tepuk lembut dan alunkan ritma yang harmoni. Jika benar dia mengantuk, pasti dia akan terlena jua.
.
6. SAYA MAHU DIPELUK!
Jika bayi anda sudah kenyang atau lampinnya kering dan dia masih menangis, cuba pelok dan manjainya. Bawa bayi anda rapat ke badan. Mungkin itu yang dia mahukan!
.
7. SAYA MAHU BERMAIN!
Cuba anda bermain dengannya. Permainan ringan tetapi menghiburkan seperti peek-a-boo, pasti menyeronokkan.
.
8. SAYA MAHU BEREHAT!
Bayi anda mungkin mahu memberitahu anda bahawa dia mahu berehat dan letakkannya di bawah. Dia mungkin mahu bebaskan kai dan tangannya dari pelukan atau bedungan.
.
9. SAYA MAHU SELESA!
Jika anda pergi ke tempat baru atau berjalan-jalan terlalu lama, ini juga akan membuatkan bayi rasa tidak selesa dan menangis. Dia akan resah jika persekitarannya berbeza dengan keadaan rumahnya. Cuma hadkan waktu melawat anda ketika ziarah atau berjalan-jalan.
.
10. SAYA TIDAK TAHU APA YANG SAYA MAHU!
Ini adalah sebab terakhir, kenapa bayi menangis. Di dalam Islam, kita percaya bahawa ada makhluk lain yang ghaib yang mungkin akan menganggu bayi. Perbanyakkanlah membaca al-Qur’an dan zikir bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Kita percaya bahawa setiap penyakit ada penawarnya dan kita digalakkan berusaha untuk memberikan kesembuhan.
.
Selamat mencuba dan sentiasalah bersabar menghadapi kerenah bayi anda. Belajar cara mengatasi bayi menangis agar cepat reda dan tenang.
.
Jom share utk pengetahuan bersama
.

Ahad, 29 September 2019

Tanda Janin Sihat

Tanda Janin Sihat


 Setiap Ibu hamil kadang-kadang merasa khawatir akan kesehatan janinnya. Hal ini wajar, karena Ibu tidak dapat melihat langsung keadaan si Kecil dalam rahim, sehingga beberapa pertanyaan seputar kesehatan si Kecil pun sering muncul, terutama pada kehamilan pertama. Apakah pertumbuhan dan perkembangan si Kecil normal di dalam kandungan? Apakah si Kecil dalam keadaan sehat? Namun, Ibu tidak perlu khawatir karena melalui beberapa pemeriksaan kehamilan oleh dokter, kita dapat mengetahui beberapa tanda janin sehat.

Perut Ibu membesar
Salah satu tanda janin sehat adalah adanya pertumbuhan selama kehamilan. Seiring dengan bertambahnya usia kehamilan, maka besar rahim Ibu akan menyesuaikan dengan besarnya janin. Pada kunjungan ke dokter atau bidan, biasanya akan dilakukan pemeriksaan besarnya rahim ibu, apakah sesuai dengan usia kehamilan atau tidak. Misalnya pada usia kehamilan 20 minggu, rahim kira-kira akan teraba setinggi pusar.

Kenaikan berat badan
Tanda janin sehat lainnya adalah bertambahnya berat badan Ibu. Bila Ibu hamil tidak mengalami kenaikan berat badan yang sesuai dengan bertambahnya usia kehamilan, maka si Kecil dalam rahim pun juga tidak mengalami kenaikan berat badan atau mungkin pertumbuhannya dalam rahim terhambat. Kenaikan berat badan Ibu hamil dianjurkan beberapa kilogram selama 3 bulan pertama, dan 1,5-2kg per bulan hingga si Kecil lahir. Normalnya Ibu akan mengalami kenaikan berat badan 11-15kg selama kehamilan 9 bulan.

Detak jantung janin
Saat Ibu hamil akhir bulan ketiga atau masuk bulan keempat, detak jantung janin sudah dapat didengar dengan menggunakan alat Doppler. Alat ini akan merefleksikan detak jantung si Kecil yang menunjukkan bahwa ia sehat dan normalnya berdenyut 110-160 kali per menit.

Pergerakan janin
Sejak usia kehamilan 20 minggu, gerakan atau aksi tendangan si Kecil dalam rahim akan dirasakan ibu sebagai getaran dalam perut Ibu. Gerakan janin adalah salah satu tanda janin sehat yang dapat dirasakan Ibu. Setiap 4-6 jam dalam sehari, Ibu akan merasakan si Kecil menendang atau bergerak, dan lebih banyak pada malam hari saat Ibu makan atau beristirahat.

Pemeriksaan Pencitraan atau Ultrasonogram (USG)
Dengan pemeriksaan USG, Ibu dapat melihat ‘foto’ si Kecil dalam rahim. Gambar ini akan membantu dokter memantau tanda janin sehat dan pertumbuhannya dengan mengukur beberapa parameter sesuai dengan usia kehamilan Ibu. Misalnya ukuran kantung kehamilan pada usia kehamilan beberapa minggu, dan mengukur diameter kepala, panjang tulang janin, mendeteksi organ dalam janin, dan melihat jenis kelamin janin.

Dengan memperhatikan hal-hal di atas, maka kini Ibu mengetahui cara memantau kesehatan dan pertumbuhan janin dalam kandungan, sehingga Ibu akan merasa lebih tenang.

Jumaat, 27 September 2019

SEDEKAH PETUA DI HARI JUMAAT..
Sakit kerana melahirkan anak yang dirasai oleh seorang wanita itu... lebih lagi sakitnya seorang wanita yang tidak hamil2.
Jangan ingat usaha untuk hamil semudah ABC.
Ada pasangan suami isteri yang dikurniakan rezeki anak dengan cepat. Ada pula yang terpaksa menunggu bertahun2.. Jangan patah semangat, jangan rasa Allah tak sayang, sebabnya ujian zuriat ini memang hebat sekali.

Di hari Jumaat penuh barakah ini.. saya nak sedekahkan ilmu/petua untuk hamil yang dikongsikan oleh Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, menggunakan kurma yang liat, kering.. yang baik kualitinya dan susu kambing:

Hari Pertama
1 kilo kurma yang liat dan kering (elak yang lembik )
1 liter susu kambing (ambil yang fresh lebih afdhal)

Suami ambil 1 genggam dari 1 kilo kurma tadi.
Isteri pun ambil 1 genggam dari 1 kilo kurma tadi.
Buangkan biji, masukkan kurma-kurma tadi dalam blender.
Tuangkan 1 liter air susu kambing. Kisar.
Isteri minum separuh, suami minum separuh.
Habiskan dalam masa 1 hari

Hari Kedua Dan hari-hari Seterusnya
Pasangan Suami dan isteri makan 7 biji kurma yang kering dan liat (jangan yang lembik) setiap pagi.
Selepas ambil kurma minum 1 gelas susu kambing setiap pagi.
Kurma boleh dimakan sekali gus atau berselang asalkan dihabiskan untuk 1 hari.

Berterusanlah melakukan petua ini serta membaca doa2 yang disarankan..
Baca Doa dalam surah Maryam, ayat 1-12.
Baca doa dari Surah AlFurqan, ayat 74

Yang dah plan untuk hamil.. jangan lupa makan Asid Folik juga ye.. sehari sebiji..

Bismillah.. Yakinlah pada Allah.. moga Allah kurniakan zuriat yang sihat soleh & solehah..

Khamis, 26 September 2019

Tips ibu menyusu

Macam mana tahu susu tak cukup ye.
Konsep penyusuan ni bergantung pada demand& supply.
Anak akan dapat ikut keperluan dia

Tip untuk ibu menyusu



1. Pastikan ibu positif susunya cukup untuk bayi.
2. Banyakkan minum air masak
3. Pastikan ambil makanan yang berkhasiat
4. Masa makan dan minum tu niatkan dalam hati untuk dapatkan susu yang cukup untuk anak dan dipermudahkan menyusu anak
5. Boleh cuba Madu Kurma Merah sebagai milkbooster, minum dengan susu kambing Karihome sebab kandungan susunya 99% berbanding susu lain di pasaran.

Insyaallah meriah susu. Saya amalkan tip ni je. Alhamdulillah setakat ni masih diberi rezeki baby minum susu ibu je.

-Nfam

Selasa, 24 September 2019

Tanda hamil

10 TANDA ANDA MENGANDUNG ! ;)

1. Mengidam
Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.

Ketahui lebih lanjut mengenai apa yang diidamkan wanita semasa hamil dan apakah tandanya.
.
2. Warna areola menjadi gelap
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.
.
3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

.
4. Kerap membuang air kecil
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

.
5. Keletihan
Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.
.
6. Payudara melembut dan membengkak
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.
.
7. Deria rasa berubah
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.

.
8. Mabuk hamil pagi
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.
.
9. Tidak datang haid
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.
.
10. Ujian kehamilan yang positif
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. Tahniah!

Dipersilakan Share Info ini untuk manfaat bersama (y)
.
.
- www.furmonkakfaz.com -

Ahad, 22 September 2019

Ibu Hamil wajib baca

Tips Berpantang Selepas Keguguran

Keguguran pada mana-mana fasa kehamilan samada di awal atau di pertengahan kehamilan boleh jadi perkara yang amat menyedihkan dan pastinya sangat mengecewakan

Hari ini saya ingin kongsikan Tips Berpantang Selepas Keguguran .

*Punca Keguguran*

Keguguran biasanya dikaitkan dengan "masalah janin tak kuat" dan " rahim tak kuat". Masalah janin tak kuat disebabkan percampuran sperma dan ovum yang kurang berkualiti.

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad , untuk mencegah keguguran berlaku dan berulang lagi penting untuk :-

1) Kualiti sperma yang berkualiti dan sihat
2) Ovum yang matang
3) Rahim yang kuat dan sihat

Jadi seandainya berlakunya keguguran ia bukanlah berpunca dari pihak wanita sahaja.

Kenapa Mesti Berpantang?
Penting ke berpantang selepas keguguran ni?

Ada pendapat mengatakan alah gugur aje bukan bersalin pun. Yang sebenarnya tak ramai yang menyedari atau ambil tahu betapa pentingnya penjagaan diri selepas mengalami keguguran.

Malah, orang-orang tua berpendapat bahawa ianya sama penting atau lebih serius berbanding berpantang selepas melahirkan bayi. Keguguran tanpa penjagaan yang rapi akan menyumbang kepada masalah angin merian atau rengat yang berpunca dari keracunan darah yang pada satu tahap boleh menyebabkan demam panas dan kancing gigi.

Berpantang persediaan untuk menjadikan rahim semakin sihat untuk mengandung di masa hadapan.

TEMPOH BERPANTANG SELEPAS KEGUGURAN.

Tempoh berpantang selepas keguguran adalah bergantung kepada tahap usia kandungan tersebut .

Kandungan 2 Minggu hingga 12 minggu - tempoh berpantang  30 hari

Kandungan 4 bulan hingga 5 bulan - tempoh berpantangnya 40 hari

Kandungan lebih dari 6 bulan - tempoh berpantangnya 44 hari

TIPS BERPANTANG.

Berpantang selepas gugur sama penting dengan berpantang bersalin . Segala pantang larang ketika berpantang haruslah di patuhi

1. Pemakanan.

Ibu keguguran mesti megelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung.

2. Penjagaan Rahim.

Penjagaan rahim yang rapi selepas keguguran perlu di ambil kira. Selalunya, jika keguguran berlaku pada awal kehamilan, janin yang baru terbentuk akan terkeluar seluruhnya dari badan secara semulajadi. Namun, jika usia kehamilan melebihi 10 minggu, keguguran cenderung menjadi tidak lengkap dan bahagian rahim perlu dibersihkan melalui proses D&C (Dilation & Curettage).

Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan sempurna, toksin boleh meresap ke sistem tubuh lalu menyebabkan demam panas atau jangkitan di bahagian peranakan.

3. Hamil Semula.

Jika anda merancang untuk hamil semula selepas keguguran tiada masalah.Doktor menasihatkan supaya tidak hamil dalam 3 bulan pertama selepas keguguran.

4. Berbengkung.

Di samping berbengkung , anda  juga boleh juga berurut, bertungku, mandi herba, dan sebagainya. Ini dapat membantu untuk melancarkan peredaran darah, melegakan kesakitan, serta memberi keselesaan serta mengembalikan kesegaran tubuh. Pastikan anda memakai stokin dan baju lengan panjang pada setiap masa.

5. Aktiviti Harian.

Hadkan atau kurangkan pergerakan daripada terlalu aktif dan elakkan mengangkat benda-benda berat, terutamanya dalam tempoh sebulan selepas keguguran.

Sila SHARE utk sebarkan makluman kaum wanita khususnya.


Jumaat, 20 September 2019

8 BAHAYA HB RENDAH. APA NAK BUAT? ===

8 BAHAYA HB RENDAH. APA NAK BUAT?
================================


.
“Alahai, ‘merah’ lagi Hb aku bulan ni. Habislah nanti nurse tanya macam-macam. Apa bahaya Hb rendah ni sebenarnya?”
.
Bagi ibu-ibu mengandung, istilah ‘Hb low’ atau ‘Hb rendah’ adalah antara aduan yang paling kerap didengari. Adakah anda faham apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘Hb rendah’ dan mengapa anda amat disarankan agar menjaga bacaan tersebut setiap kali temujanji?
.
Dari segi perubatan, anemia berpunca daripada kekurangan hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah. Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras Hb dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.
.
Hemoglobin ini mempunyai fungsi yang amat penting kerana ia bertindak sebagai pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.
.
Semasa hamil, tubuh akan menghasilkan lebih banyak sel darah merah untuk menyokong perkembangan bayi. Kekurangan Hemoglobin boleh menyebabkan tubuh kekurangan kandungan oksigen, sekaligus mendedahkan ibu hamil dan bayi kepada beberapa risiko.
.
8 BAHAYA HB RENDAH KEPADA IBU MENGANDUNG DAN BAYI
================================
.
Berikut adalah antara risiko apabila seseorang mengalami kekurangan Hemoglobin dalam darah.

1. Letih & Lesu

Pertama sekali, anemia boleh membuatkan seseorang berasa letih, lesu, dan lemah. Anda akan sering terasa pening, sesak nafas, atau berasa sukar untuk fokus.

Ia berlaku akibat kekurangan oksigen dan nutrien yang amat diperlukan oleh badan. Wajah seseorang juga cenderung kelihatan pucat serta tidak bermaya.

2. Keguguran

Sekiranya anemia berada pada tahap yang serius, tubuh akan tidak berupaya lagi menanggung proses kehamilan, lalu menyebabkan keguguran janin yang dikandungkan.

3. Tumpah Darah Ketika Bersalin

Apabila bacaan Hb anda tidak menunjukkan kemajuan sehinggalah waktu bersalin, apa yang membimbangkan adalah ia berisiko menyebabkan tumpah darah.

Jika ini berlaku, kebarangkalian untuk seseorang memerlukan pemindahan darah (blood transfusion) akan meningkat demi menyelamatkan nyawa.

4. Tumbesaran Bayi Terbantut

Menurut laman kesihatan Web MD, bayi yang dikandungkan juga berisiko mengalami masalah tumbesaran serta keterlewatan perkembangan. Malah, bayi mungkin turut terdedah kepada risiko anemia.

5. Kelahiran Bayi Kurang Berat Badan (IUGR)

Selain itu, bahaya kurang Hb juga memberi kesan kepada kesihatan fizikal bayi, di mana sejak dalam kandungan lagi bayi tidak dapat membesar dengan normal.

Bayi IUGR (IntraUterine Growth Restriction) biasanya lahir dengan berat badan yang kurang daripada normal dan memerlukan perhatian khusus daripada pihak hospital. Kes sebegini juga boleh berpunca daripada kelahiran bayi pramatang oleh ibu yang mengalami anemia.

6. Bayi Meninggal Dalam Kandungan

Komplikasi-komplikasi akibat kekurangan Hb dalam darah boleh menjadi punca bayi meninggal dalam kandungan.

7. Postpartum Depression

Dalam sebuah jurnal kesihatan, kajian oleh Intercollege Physiology Program and the School of Nursing mendapati bahawa wanita yang memiliki bacaan Hb rendah selepas bersalin lebih berisiko mengalami masalah tekanan perasaan / meroyan / postpartum depression.

8. Kematian Ibu

Dalam kes yang paling teruk, anemia yang tidak dirawat boleh menjadi punca kematian ibu hamil.
.
CARA MENINGKATKAN HB KETIKA HAMIL
================================
.
Untuk mengurangkan risiko di atas, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk memperbaiki bacaan Hb.
.
1. Memakan Makanan Kaya Zat Besi
.
Antara sumber makanan kaya zat besi yang baik terdiri daripada beberapa kumpulan makanan berikut:
.
Sumber haiwan:
.
daging,hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong, ikan bilis
.
Sumber sayuran

pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam, kailan
.
Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya 1 jenis makanan dari sumber haiwan setiap hari.
.
2. Mengambil Pil Hematinik / Suplemen Yang Dipreskripsikan Oleh Doktor
.
Sekiranya anda didiagnos dengan masalah Hb rendah ketika hamil, doktor akan mempreskripsikan ubatan khas untuk mengatasi masalah ini.
.
Di klinik kesihatan kerajaan, selalunya pil hematinik akan diberikan, di mana ia terdiri daripada 4 jenis pil iaitu:
.
Pil zat besi
Pil asid folik
Pil vitamin C
Pil vitamin B kompleks
Selain 4 jenis pil ini, anda juga mungkin dipreskripsikan dengan ubat lain seperti Zincofer atau Iberet. Pastikan anda mengambil pil ini setiap hari mengikut dos yang disarankan oleh doktor.
.
3. Elakkan Kafein / Makanan Yang Menghalang Penyerapan Zat Besi
.
Untuk memastikan penyerapan zat besi berlaku dengan lebih efisyen, elakkan meminum atau memakan bahan yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, minuman berkola, atau minuman bercoklat, terutamanya dalam tempoh 2 jam selepas pengambilan pil zat besi yang dipreskripsikan.
.
Selain makanan berkafein, susu juga mampu menjejaskan penyerapan zat besi pada tubuh, seperti yang dilaporkan oleh LiveStrong dan juga Buku Kesihatan Ibu Mengandung KKM. Sungguhpun ia merupakan sumber kalsium, tapi anda perlu menjarakkan pengambilannya sekurang-kurangnya 2 jam selepas memakan ubat.
.
4. Lebihkan Makanan Yang Membantu Penyerapan Zat Besi
.
Makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi terdiri daripada makanan yang kaya dengan vitamin C.
.
Oleh itu, anda digalakkan untuk makan pil hematinik bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan yang optimum.
.
Selain itu, lebihkan buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C dalam hidangan harian. Antaranya jambu batu, limau, betik, tomato, dan sebagainya.
.
5. Mematuhi Rutin Temujanji Kehamilan Setiap Bulan
.
Akhir sekali, pastikan anda sentiasa mematuhi rutin temujanji kehamilan supaya keadaan anda dapat dipantau dengan kerap. Jika anda tergolong dalam kes anemia atau Hb rendah semasa hamil, biasanya anda perlu datang ke klinik lebih kerap, iaitu setiap 2 minggu.
.
APAPUN, JANGAN TERLALU RISAU
.
Untuk makluman anda, kira-kira 1 daripada 5 kehamilan adalah berisiko mengalami anemia. Namun ia tidaklah bermakna anda akan menghadapi semua komplikasi yang dinyatakan di atas.
.
Dengan pantauan doktor dan langkah keselamatan yang diambil sejak awal, tidak mustahil anda boleh melahirkan bayi secara normal. Jadi, pastikan anda menjaga kesihatan fizikal serta mental dengan baik seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
.
Yang penting, jangan terlalu stres ya!
.
JOM SHARE UTK PENGETAHUAN BERSAMA.

11 tips mudah bersalin

Bagaimana Nak Mudah Bersalin? Ini 11 Tips Daripada Doktor
.
“Nak mudahkan awak bersalin nanti, kena la minum minyak ni haaa..”
.
“Yeke?


 Tak pernah pula saya dengar”
.
Bila tengah sarat mengandung ni, banyak betul petua-petua yang akan kita ambil sebagai panduan seharian. Kadang-kadang, sampai banyak sangat petua tu ada juga yang tersalah informasi. Dalam mengikut segala petua yang ‘disajikan’ kepada anda, amat penting juga untuk menapis segala informasi supaya tidak tersalah pilih. Salah satunya adalah petua untuk melancarkan proses bersalin. Jom kita baca inilah saranan doktor yang sebetul-betulnya!
.
BAGAIMANAKAH NAK MUDAH BERSALIN?
.
Jawapannya BUKAN minyak kelapa dara. Jawapannya ialah menjaga kesihatan sebelum hamil lagi.
.
1) Jika berat badan berlebihan, cuba kurangkan berat badan ke tahap yang sihat, kurang daripada BMI 27, sebelum hamil.
.
2) Sebelum hamil, ambil supplemen folik asid (tak perlu beli supplemen mahal-mahal), sekurang-kurangnya 0.4mg sehari dan tidak lebih dari 5mg sehari. Ini bukan rawatan kesuburan. Ini penting mengelakkan kecacatan janin. Ambil sehingga selesai 3 bulan pertama kehamilan (12 minggu). Folik acid ni tak boleh dapat dengan cukup dari pemakanan kita walaupun kita cuba sedaya upaya. Bila sayuran hijau di masak, folik acid ni terlalu cepat dan senang dimusnahkan.
.
3) Pemakanan yang sihat dan segar tanpa pengawet, tanpa tambahan gula, seimbang dan tidak berlebihan (pinggan suku-suku-separuh). Makanan tinggi dengan zat besi boleh mengelakkan kekurangan darah merah. Ini termasuk daging, telur (JANGAN makan yang mentah atau separuh mentah semasa hamil), sayuran hijau, kismis, aprikot kering. VCO TIADA ZAT BESI – dan tidak meningkatkan darah merah Hb! Sedikit iodine dan omega 3 daripada makanan laut penting untuk kesihatan – ambil sedikit ikan bilis atau sotong atau ikan sardin atau ikan kembung kecil setiap hari (sedikit saja mencukupi).
.
Jangan lupa minum sekurang-kurangnya 2Litre sehari, atau 8-10 gelas sehari. Air yang paling sihat sekali ialah air kosong bersih (air masak atau air mineral). Tak payah air Kangen. Tak payah air alkali. Tak payah air RO. Suhu air tu suka hati ibu. Bila air sejuk masuk ke dalam perut, dalam masa tak sampai 5 minit saja, suhu air itu menjadi suhu badan juga.
.
4) Bersenam dengan kerap 20 minit sehari setiap hari atau 150 minit seminggu. Bila hamil, teruskan dengan senaman – low impact aerobic, berjalan dengan pantas, kayuh basikal yang pegun (stationary bike) supaya tak terjatuh, berenang, yoga. Pengecualian – Jika ada pendarahan atau air ketuban pecah, masalah jantung, kehamilan kembar atau jika risiko tinggi mendapat kelahiran pramatang.
.
BERSENAM TIDAK MENYEBABKAN KEGUGURAN!
.
Senaman Kegel semasa hamil boleh mengelakkan masalah tak boleh kawal air kencing (urinary incontinence) atau terkencing bila terbatuk, dan boleh mengurangkan risiko masalah rahim jatuh (tombong) selepas bersalin. Teruskan senaman Kegel selepas bersalin untuk menguatkan kelonggaran faraj dan seumur hidup untuk mengelakkan rahim jatuh.
.
5) Bila hamil, JANGAN makan untuk dua. Hampir setengah wanita Malaysia memang berat badan berlebihan atau obese sebelum hamil lagi. Jika anda salah seorang daripada mereka, sila jangan tambah kalori semasa hamil, melainkan selepas 28 minggu kehamilan boleh tambah 200 kalori sehari. Tak perlu beli tambahan supplemen protin. Tak perlu beli susu untuk ibu yang ada tambahan gula dan kalori jika anda ubah tabiat memakan yang sihat dan seimbang.
.
6) Berat badan boleh naik 12-18kg hanya bagi wanita yang tersangat kurus sebelum hamil (BMI < 18.5). Jika berat badan normal, pastikan berat badan tidak naik lebih daripada 11-16kg semasa hamil. Jika berat badan lebih daripada BMI 23, pastikan tidak naik lebih daripada 7-11kg semasa hamil. Jika anda obese (BMI > 27.5), sila kawal berat badan supaya tidak naik lebih daripada 5-9kg semasa hamil. Cara mengawal kenaikan berat badan yang terbaik sekali ialah senaman.
.
7) Di awal kehamilan, pastikan anda mendapat ultrasound scan di antara 11-14 minggu untuk menentukan yang due date anda (EDD) adalah betul. Buka buku merah seawal 12 minggu. Jangan tunggu lambat-lambat.
.
8) Supplemen yang terbaik ialah Obimin (bukan Obimin pluz) yang juga mengandungi vitamin D 400iu. Kebanyakan wanita Malaysia kekurangan vitamin D dan ini boleh menyebabkan pre-eclampsia atau kelahiran pramatang. Doktor akan tambah zat besi jika perlu tetapi JANGAN TINGGALKAN Obimin yang penting untuk vitamin D. Kalau ambil Obimin, tak perlu tambah lagi folik acid sebab ia mengandungi cukup folik acid.
.
‘SAY NO TO VIT C INJECTION’
.
JANGAN AMBIL SUNTIKAN VIT C – sangat merbahaya untuk kesihatan. Tambahan Vit C sebanyak 1000mg ke atas telah terbukti menyebabkan kelahiran pramatang.
.
9) Jangan tinggalkan temujanji doktor/bidan. Awasi Pergerakan janin selepas 28 minggu kehamilan. Jika janin tidak cergas seperti biasa, sila berkunjung ke hospital, walaupun janin yang sudah matang atau sudah sampai ke due date.
.
10) Jangan lupa anti-tetanus toxoid vaksin bagi ibu yang dinasihatkan mengambilnya.
.
11) Urutan perineum dengan minyak setiap hari dari 36 minggu ke atas boleh melembutkan dan meregangkan kulit supaya boleh mengurangkan koyakan atau episiotomi semasa bersalin. Kendurkan kulit yang tegang di bahagian bawah faraj – Ini lah kulit perineum. Sapu minyak dan urut-urut. Boleh pakai minyak apa-apa pun. Tak payah pakai minyak kelapa dara mahal-mahal. Kajian perubatan yang dibuat telah menunjukkan yang minyak apa-apa pun berkesan.
.
Telan VCO tidak pernah terbukti memudahkan bersalin. Telan MILO campur mentega tidak pernah terbukti memudahkan bersalin. Apa yang terbukti memudahkan bersalin ialah kesihatan ibu.
.
Jika tidak obese dan bersenam dengan kerap, maka kuranglah masalah darah tinggi, kuranglah masalah kencing manis, kurang masalah janin terlalu besar dan kuranglah keperluan untuk di-induce, kurang pembedahan Caesar dan kuranglah masalah nak bersalin. Semoga ibu-ibu hamil kita sihat semasa hamil, sihat semasa bersalin, bersalin dengan normal dan mudah, dan mendapat zuriat yang sihat. Kalau boleh, saya nak bersara awal.
.
Artikel ini adalah hasil perkongsian Prof Dr Imelda, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur di laman Facebooknya.
.
Sumber: Imelda Balchin
.
Jom share utk pengetahuan bersama

Rabu, 11 September 2019

TAHNIAH ANDA HAMIL

TIPS PENJAGAAN KEHAMILAN 😇


Seronokknya bergelar ibu, lagi excited anak pertama. Jom sama sama belajar penjagaan kehamilan .

1) Jangan sesekali menangguh/menunda untuk membuat temujanji doktor setelah anda mengetahui anda telah hamil. Hal ini kerana, doktor biasanya akan membekalkan vitamin yang sesuai untuk mengikut tempoh kehamilan anda 🙂 .

*USAH PERDENGARKAN MITOS yang mengatakan vitamin doktor tidak elok/menjejaskan bayi/ bayi akan cepat membesar di dalam perut / bahaya . Percaya atau tidak masih wujud mentality sebegini dalam masyarakat kita !!!
Doktor tahu, apa yang terbaik buat bayi kita.

2) Hindari junk food/fast food/ (jeruk/makanan segera) makanan manis dan lain lain. Sangat bahaya untuk kesihatan otak dan tumbesaran bayi. Makanan manis amatbsensitif sbnarnya untuk ibu mengandung. Perbanyakkan sayuran hijau dan buahan segar.  NOTED : ELAKKAN PENGAMBILAN BUAH NENAS !!
KURANGKAN PEMAKANAN PEDAS .

3) Senaman . Senaman yang sesuai juga penting untuk ibu mengandung iaitu senaman khas untuk ibu mengandung *tidak sama seperti senaman biasa* . Senaman penting untuk memastikan bayi aktif di dalam perut .

4) Air putih .
Saat mengandung. Perbanyakkan meminum air putih. Air putih membekalkan oksigen yang baik buat diri dan juga bayi. Itu sangat penting . Pastikan pengambilan ar putih banyak 4liter dan ke atas setiap hari. Jangan malas untuk kerap membuang air . Air putih juga melancarkan metabolisma tubuh ibu mengandung. Pastikan setiap hari membuang air besar .

5) JANGAN MEROKOK/MENGAMBIL ALKOHOL . mungkin ada yang kata, islam mana ambil benda ni semua, hakikatnya segelintir masyarakat kita lebih kurang je dengan non muslim, ramai yang salah guna ..

6) Ambil vitamin/Supplement yang sesuai yang mendapat pengiktirafan daripada doktor. Penting untuk nutrisi bayi yang sihat .

7)Elakkan melakukan aktiviti fizikal yang terlalu berat dan membahayakan ya 😌

8) Buat catatan kehamilan anda dari minggu ke minggu sehingga anda boleh memantau kesihatan anak anda.

9) Jangan stress. Terlalu memikirkan sesuatu masalah sebabnya akan menjejaskan tahap kehamilan. Selalu bersangka baik dan positifkan diri..

10) Jangan cepat marah marah . Biasanya orang hamil agak sensitif dan garang. Perbanyakkan bersabar, dan kata yang baik baik , ingat kata kata ialah doa, bayi anda turut mendengarkan apa yang dikata oleh ibunya 🙉..

11) Selalu membaca, mendengar alquran. Alunan ayat suci alquran . Kajian membuktikan , ibu yang saat hamil sering membaca/menghafal/mendengar ayat suci alquran akan memudahkan anakknya kelak dalam menghafal alquran 🙂.

Selamat Mencuba Ya 😉

Tahniah untuk semua ibu, Bakal ibu . Anda merupakan manusia sangat hebat .

Ayah juga hebat , Buat bakal bergelar ayah. Tahniah . Boleh praktikkan tipstips terbaik untuk isteri dan bayi anda .

Kredit Petua Dan Kesihatan.

Jumaat, 6 September 2019

Petua anak kembar

PETUA DAPAT ANAK KEMBAR



 1. Genetik Jika dalam salasilah keluarga, terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa. Jika genetik sudah ada, cara mendapatkan anak kembar mungkin lebih mudah, jika diizinkan Allah.

 2. Umur Wanita yang berumur 35-40an & ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.


 3. Bilangan Anak Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

 4. Berat badan & ketinggian Cara mendapatkan anak kembar juga dikatakan ada kaitan dengan berat badan. Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

 5. Diet Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Senarai cara mendapatkan anak kembar ini hanyalah tips semata-mata. Ia perlu seiring dengan usaha. Kena jaga diet‼️

 6. Pengambilan ubat kesuburan Cara mendapatkan anak kembar dengan ubat kesuburan perlu mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. Ini kerana pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10% peluang manakala Gonal F memberikan 30% peluang untuk hamil anak kembar.

 7. Kahwin dengan keturunan kembar Cara mendapatkan anak kembar yang penting ialah kahwin dengan orang yang ada keturunan kembar. Semasa bercinta, cuba selidiki samada bakal pasangan kita ada sejarah kembar atau tidak. Cuba semak latar belakang, entah-entah, bakal pasangan ada kembarnya‼️Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk & sama waktu denganya. Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.

 8. Banyakkan makan Ubi, Kentang & Susu Kambing Cara mendapatkan anak kembar tidak boleh lari dari makanan. Makanan adalah sangat penting dalam proses untuk dapat anak kembar. Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur & mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu kambing dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang & susu kambing bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.

 9. Berdoa pada Allah Dalam Islam, kita semua digalakkan berdoa dalam usaha & cara mendapatkan anak kembar. Pelajari doa cepat mengandung yang selalu diamalkan. Doa untuk mendapatkan anak kembar :- i) Surah As-Saaffaat Ayat 120 ii) Surah As-Syura ayat 50 #ikhtiarzuriatlistra #habbatussauda #susukambinglistra

Cara mengira waktu subur untuk wanita

Bilakah Waktu Subur Wanita Itu?

 Setelah kita benar-benar mengerti tentang kitaran haid seorang wanita, maka sebenarnya waktu subur wanita itu adalah pada hari ovulasi itu terjadi atau semasa fasa ke3 bermula kerana telur telah dirangsang keluar dari sarangnya. Jika mahu dihitung dengan tepat, tempohnya adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama kita didatangi haid pada kitaran seterusnya atau bulan berikutnya. Misalnya, jika tempoh haid kita adalah 28 hari, justeru waktu subur adalah : 28 hari – 14 hari = 14 hari. Hari ke 14 adalah waktu paling subur. Jika tempoh haid bulan tersebut adalah 30 hari: 30 hari – 14 hari = 16 hari. Hari ke 16 adalah waktu subur. Jika tempoh haid bulan tersebut adalah 33 hari: 33 hari – 14 hari = 19 hari. Hari ke 19 adalah waktu subur wanita. Biasanya, fasa ke 3 atau fasa luteal ini adalah tepat 14 hari selepas proses ovulasi berlaku. Justeru, hari subur ialah 14 hari sebelum hari pertama datang bulan pada kitaran seterusnya. Jika anda mempunyai kitaran haid yang teratur, sangat mudah untuk membuat kiraan. Biasanya, individu yang mengalami kitaran haid yang tak teratur ini yang sukar untuk membuat anggaran. Kesimpulannya, jika anda ingin hamil. Pastikan anda ‘bersama’ dengan suami setiap malam atau siang pada hari ke 11, 12, 13,14, 15 atau 16. Ini sekiranya anda mempunyai kitaran haid 28 hari. Manakala sekiranya anda ingin membuat perancangan keluarga dan tak mahu hamil dalam waktu terdekat dengan cara semulajadi, anda boleh elakkan untuk bersama suami pada hari-hari yang disebutkan tadi.

Ahad, 28 April 2019

Sakit bersalin?

Sakit bersalin adalah sesuatu yang sangat digeruni sesetengah wanita. Tapi, mana lagi sakit – bersalin normal vs caesar?
.
Setelah beberapa minggu menjalani rawatan pra-natal di klinik, tentu ada yang sudah boleh mengagak cara bersalin yang sesuai dengan kemampuan mereka.
.
BERSALIN NORMAL VS CAESAR. APA BEZANYA ?
.
Bagi wanita yang bebas daripada sebarang masalah sepanjang kehamilan, keinginan anda untuk bersalin secara normal atau pembedahan mungkin boleh ditunaikan.
Walaubagaimanapun, kedua-dua jenis cara bersalin sama ada secara normal atau pembedahan caesarean tetap mempunyai risiko yang tersendiri.
.
Tambahan pula, memang sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku menjelang hari bersalin.
.
Mungkin ada ibu yang pecah ketuban terlalu awal, tidak mampu meneneran, bayi dalam posisi yang songsang, kelahiran pra-matang, atau kesihatan yang tidak mengizinkan.
.
Atas sebab itu, kita perlu bersedia dan terbuka untuk menerima sebarang perubahan yang mungkin berlaku pada saat-saat akhir.
.
SAKIT BERSALIN NORMAL
.
Apabila serviks sudah terbuka sebanyak 10 cm dan kepala bayi sudah mula keihatan, proses kelahiran akan bermula.
Proses bersalin normal akan memerlukan kudrat anda sendiri untuk meneran bayi keluar dengan selamat.
.
Dibandingkan dengan mereka yang melalui pembedahan, bersalin normal akan melalui masa kontraksi yang agak menyakitkan.
.
Sewaktu kontraksi ini, mungkin akan ada yang rasa sakit di perut, belakang, pinggang, atau mana-mana tempat lain. Mungkin juga berasa lenguh satu badan.
.
Kontraksi ini pula akan semakin kuat apabila menghampiri waktu melahirkan.
.
Tetapi, selepas sahaja bayi lahir, sakit bersalin akan lega walaupun amat letih. Kadangkala, sampai tak perasan pun apabila plasenta (uri) dikeluarkan.
.
I) EPISIOTOMI
.
Lagi satu, sakit bersalin normal ialah untuk menjaga luka jahitan atau episiotomi. Ngeri juga nak buang air lepas bersalin sehingga ada yang sembelit teruk.
.
Kaedah ini antara yang paling selalu digunakan untuk membantu kelahiran normal berlaku dengan lebih cepat. Biasanya, kelahiran anak pertama memakan masa yang lama dan doktor akan menjalankan episiotomi bagi membuka laluan yang lebih luas pada bahagian perinuem.
.
Ringkasnya, ia adalah insisi (potongan) yang akan dibuat apabila perineum (bibir rahim) meregang terlalu perlahan. Bahagian yang akan dipotong biasanya akan dibius terlebih dahulu, kecuali jika ibu sudah diberikan epidural.
.
Episiotomi dilakukan untuk mengelakkan koyakan yang tidak seragam pada faraj akibat cara meneran yang salah. Ia juga dapat membantu kelahiran bayi yang bersaiz besar.
.
II) INDUKSI
.
Kaedah induksi akan digunakan untuk mengalami masalah pre-eklampsia, kembar, ketuban pecah terlalu awal, saiz bayi terlalu besar, atau proses kelahiran yang terlalu perlahan.
.
Doktor mungkin akan memberi ubat atau membuat beberapa teknik untuk merangsang agak berlakunya pengecutan rahim (kontraksi) secara semulajadi.
.
Antara teknik yang paling biasa dilakukan adalah memecahkan selaput ketuban.
.
III) FORSEP & VAKUM
.
Forsep adalah sejenis alat penyepit yang hujungnya berbentuk sudu bagi memegang kepala bayi.
.
Vakum pula merupakan alat berbentuk kon yang diletakkan atas kepala bayi bagi menyedutnya keluar.
.
Kedua-dua alat ini akan digunakan oleh doktor untuk mengelakkan bayi daripada lemas akibat terlalu lambat dikeluarkan.
.
SAKIT BERSALIN MELALUI PEMBEDAHAN CAESAREAN (CZER)
.
Dalam keadaan tertentu, doktor mungkin akan memutuskan untuk menjalankan pembedahan jika ibu mempunyai sebarang masalah untuk melahirkan secara normal.
.
Antara masalah yang selalu menyebabkan seseorang terpaksa dibedah adalah apabila telah melepasi tarikh jangkaan bersalin (‘overdue’), ibu mengalami diabetes, darah tinggi, atau penyakit lain.
.
Pembedahan harus dijalankan bagi mengelakkan bayi berisiko lemas, terbelit oleh pusat, bayi songsang, atau kepala bayi yang tidak betul posisinya.
.
Proses ini akan mengambil masa purata 45-60 minit dan bayi akan dikeluarkan dalam tempoh 5-15 minit pertama.
.
Anda akan diberi bius epidural atau bius keseluruhan badan, bergantung kepada situasi.
.
I) SEMASA PEMBEDAHAN
.
Lazimnya, potongan akan dibuat pada bahagian abdomen secara melintang di atas bahagian ari-ari. Kemudian, barulah dipotong pada bahagian rahim.
.
Air ketuban akan disedut dan kepala bayi akan dikeluarkan terlebih dahulu supaya bahagian mulut dan hidungnya dapat dibersihkan secepat mungkin untuk bayi bernafas.
.
Kemudian, plasenta akan dikeluarkan sebelum potongan tadi dijahit semula.
.
II) SELEPAS PEMBEDAHAN
.
Selepas pembedahan, mungkin ada ibu yang berasa mual atau menggigil.
.
Ini adalah kesan daripada ubat bius, kesan rahim mengecut, atau kesan penurunan adrenalin.
.
Tapi jangan risau, kesan ini akan hilang dengan cepat dan anda akan berasa mengantuk.
.
Selepas kesan bius hilang, luka pembedahan inilah yang akan menyebabkan anda berasa sakit atau tidak selesa semasa berpantang.
.
III) PENJAGAAN KHUSUS
.
Wanita yang melahirkan bayi melalui pembedahan terpaksa tinggal di hospital lebih lama berbanding bersalin normal.
.
Walaupun tiada sebarang komplikasi selepas bersalin, mereka yang bersalin czer perlu berada di hospital antara tempoh 3-5 hari.
.
Tempoh berpantang juga adalah lebih lama sedikit berbanding mereka yang normal. Pemakanan juga perlu dijaga sebaiknya supaya tiada kesan sampingan jangka masa panjang.
.
Mungkin ada yang mendakwa rasa sakit itu masih lagi terasa selepas 6 bulan atau 1-2 tahun. Namun, ada juga yang tiada sebarang masalah selepas bersalin hingga boleh bersalin sehingga 3 kali lagi secara pembedahan caesarean.
.
SAKIT BERSALIN ITU ADA HIKMAHNYA
.
Tentulah setiap kali bersalin itu sakit, tidak kiralah anda bersalin dengan cara apa pun.
.
Namun, rasa sakit bersalin itu tentu akan terbayar setelah anda dapat memegang dan memeluk bayi anda.
.
Malah, kesakitan itu membuatkan anda lebih menghargai pengalaman bersalin dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada si kecil.
.
Ini antara komen ibu yang pernah melalui kelahiran normal mahupun pembedahan caesar.
.
😊😊😊😊

Sabtu, 27 April 2019

5 TIPS MUDAH DAN SELAMAT UNTUK MENGATASI MASALAH PENAT YANG MELAMPAU KETIKA MENGANDUNG
.
Mengandung merupakan pengalaman yang sangat berharga bagi setiap wanita. Pengalaman mengandungkan anak pertama sudah pasti merupakan pengalaman yang sangat berharga. Namun, pregnancy journey bagi setiap wanita itu berbeza-beza, malahan berbeza-beza juga untuk anak pertama, kedua dan seterusnya. Kebiasaannya, mengandung membuatkan ramai ibu-ibu menjadi penat dan lesu terutamanya pada trimester pertama. Mulalah banyak kerja-kerja rumah tertangguh. Bukan itu sahaja, badan yang penat dan lesu ini juga boleh membahayakan anak dalam kandungan.
.
Dalam post ini, saya akan kongsikan cara-cara untuk mengatasi masalah penat dan lesu yang melampau ketika mengandung supaya anda dan anak anda selamat dan sihat sepanjang tempoh 9 bulan mengandung.

=======================================

PUNCA UTAMA KENAPA IBU HAMIL CEPAT RASA PENAT DAN LESU.
.
1. MORNING SICKNESS
Anda kebiasaaannya akan mengalami morning sickness terutamanya pada trimester pertama. Morning sickness membuatkan anda rasa mual, kerap muntah dan hilang selera makan. Apabila anda kerap muntah dan hilang selera makan, badan anda akan jadi cepat penat dan letih disebabkan kurang makan.
.
2. ANEMIA KETIKA MENGANDUNG
Anda berisiko untuk mengalami anemia apabila kandungan haemoglobin dalam darah merah rendah iaitu kurang daripada 11gm/dl. Akibatnya, jumlah oksigen dan zat makanan ke seluruh badan dan juga kepada bayi dalam kandungan juga akan berkurangan. Jadi, badan anda akan cepat berasa penat dan lesu kerana kekurangan oksigen dan zat makanan. Mengikut laman kesihatan Web MD (https://www.webmd.com/baby/guide/anemia-in-pregnancy#1), bayi yang dikandungkan juga berisiko mengalami masalah tumbesaran serta keterlewatan perkembangan. Malahan, bayi juga mungkin turut terdedah kepada risiko anemia.
.
3. TIDUR YANG TIDAK NYENYAK
Ketika mengandung, anda akan mengalami beberapa perubahan fizikal pada tubuh badan anda. Proses untuk badan anda adapt dengan perubahan fizikal ini kadangkala membuatkan anda tidak selesa. Contohnya rasa senak perut dan sakit pinggang. Perkara-perkara ini akan mengganggu tidur anda. Kebiasaannya anda akan susah untuk tidur dan sering terjaga kerana rasa sakit. Tidur yang tidak berkualiti akan membuatkan badan anda penat dan emosi anda kurang stabil.
.
4. KEPERLUAN NUTRISI YANG MENINGKAT
Seiring dengan perkembangan bayi dalam kandungan, keperluan nutrisi anda juga turut meningkat. Berdasarkan Food and Nutrition Board, Institute of Medicine, National Academics, wanita mengandung memerlukan 10% – 50% nutrisi melebihi daripada wanita yang sebaya dengan mereka. Hal ini kerana nutrisi yang diambil kini dikongsi dengan bayi dalam kandungan. Jadi, wanita mengandung perlu mengambil nutrisi yang mencukupi seperti yang disarankan oleh pakar supaya ibu kekal bertenaga dan bayi dalam kandungan dapat membesar dengan sihat.

=========================================

5 TIPS MUDAH DAN SELAMAT UNTUK SELESAIKAN MASALAH PENAT DAN LESU YANG MELAMPAU KETIKA MENGANDUNG
.
1. HALIA
Cara mudah untuk anda selesaikan masalah morning sickness ialah dengan minum air rebusan halia. Air rebusan halia boleh dicampur dengan teh, madu dan lemon untuk rasa yang lebih sedap. Halia mengandungi rasa pedas yang merupakan bahan penting sebagai agen anti loya. Kajian menunjukkan pengambilan halia untuk ibu mengandung adalah selamat dan terbukti berkesan untuk menyelesaikan masalah morning sickness yang teruk. Dalam Ebook Superfood untuk Ibu Mengandung, saya ada terangkan dengan lebih lanjut manfaat-manfaat halia.
.
2. AMBIL PIL YANG DIPRESKRIPSIKAN OLEH DOKTOR
Sekiranya anda didiagnos dengan masalah anemia ketika mengandung, doktor akan mempreskripsikan ubatan khas bagi mengatasi masalah tersebut. Kebiasaannya di klinik kerajaan, anada akan dibekalkan dengan 4 jenis ubat iaitu :-
- Pil zat besi
- Pil asid folik
- Pil Vitamin C
- Pil Vitamin B complex
.
Keempat-empat pil ini perlu diambil setiap hari. Pil-pil yang dibekalkan adalah untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan bagi tujuan penghasilan haemoglobin dalam darah. Apabila, haemoglobin dalam darah meningkat, oksigen ke seluruh anggota badan dan bayi dalam kandungan juga mencukupi. Oleh itu, anda rasa lebih bertenaga dan bayi anda juga dapat membesar dengan selamat.
.
3. BANTAL BAWAH PERUT DAN BELAKANG
Bantal adalah cara yang mudah (dan murah) untuk membuatkan tidur anda lebih selesa. Sebaiknya anda tidur di posisi mengiring untuk mengurangkan tekanan terhadap bayi dalam kandungan. Bantal boleh diletakkan di bawah perut dan di belakang bahagian pinggang untuk support tulang belakang anda ketika tidur. Dengan mengubah gaya tidur anda, anda akan dapati kurang rasa sakit pinggang dan terjaga ketika tidur. Anda juga dapat berehat secukupnya sepanjang malam.
.
4. AMALKAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG
Makanan yang seimbang seharusnya mengandungi karbohidrat, protein, sayur dan buah. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah suku-suku separuh. Maksudnya di sini, satu suku daripada makanan kita ialah nasi, satu suku lagi pula adalah untuk lauk seperti ayam, ikan atau daging, manakala lagi separuh mengandungi kombinasi sayur dan buah. Dengan mengamalkan pengambilan makanan sebegini, ibu-ibu akan dapat khasiat yang cukup untuk tenaga yang berpanjangan dan juga tumbesaran bayi.
.
5. DOUBLE X
Double X merupakan produk yang dibuat khas untuk menampung keperluan nutrisi dalam badan kita. Double X mengandungi 12 jenis vitamin, 9 jenis minerals dan 17 jenis pati phytonutrient yang diambil dari ekstrak pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan. Kesannya, ibu mengandung yang mengambil Double X akan rasa cukup bertenaga sepanjang hari kerana badan anda telah menerima nutrisi yang menyeluruh untuk menghadapi perubahan fizikal dan biologi badan anda ketika mengandung. Selain itu, anda juga tidak perlu bimbang lagi tentang cukup atau tidak nutrisi yang diterima oleh anak anda dalam kandungan.
.
Dalam post ini, anda dah belajar lima tips bagaimana untuk kekal bertenaga sepanjang pregnancy journey anda. Penting untuk anda amalkan sekurangnya satu dari lima tips di atas supaya anda dapat mengatasi masalah penat dan lesu sepanjang hari dan anak anda dapat membesar dengan sihat dan selamat.
.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca artikel saya. Jangan lupa untuk share post ini supaya dapat membantu lebih ramai lagi yang mengalami masalah yang sama untuk selesaikan masalah mereka.
.

Terima kasih ya.

Selasa, 23 April 2019

Merancang untuk tambah zuriat,boleh baca 22 cara ini

22 CARA UNTUK HAMIL

.
1. KURANGKAN MINUM CAFFEINE, JIKA BOLEH ELAKKAN.

Kopi (Coffee) adalah minuman yang mengandungi caffein yang tinggi. Kalau anda begitu terigin meminumnya, anda boleh cuba decaffeinated coffee. Di label plastik atau kaca coffee ni akan ditulis 'DECAF'. Tetap ada caffeine, tetapi kandungan caffeinenya sangat-sangat kurang berbanding coffee biasa. Apapun, mengelak adalah lebih baik! .
Risiko mengurangkan kesuburan sangat tinggi bagi mereka yang consume caffeine lebih dari 5 cawan sehari. Biarpun dengan meminum minuman bercaffeine contohnya coffee akan bagi lebih tenaga, tapi limitkanlah kepada 2 cup sehari.
.
2. POSITION KETIKA "BERSAMA"
.
Position ini agak sangat penting jugak, ramai yang 'bersama' position yang biasa. Sebenarnya ada dua position yang sangat betul dimana sangat direkomen dari yang pakar. Posisi mana suami patut ada dan posisi mana isteri patut ada ketika bersama.
- Masa bersama pastikan bersama di posisi bawah dan suami di atas. Ia bertujuan supaya pancutan sperma terus ke destinasinya.
- Sesudah moment tu isteri jangan bergerak & jangan sesekali bangun sebaliknya angkat kaki ke atas dalam 10 saat dan tidur. Awak disaran bangun untuk ke tandas keesokannya bagi mengelak sperma terkeluar.
- Sambil-sambil tu berdoalah kepada Allah s.w.t agar hubungan bersama ini akan memberi good news buat awak dan semoga janin yang terbentuk ini soleh dan solehah.
.

3. KENALI WAKTU SUBUR

Ini antara punca besar wanita tidak hamil. Rata-rata wanita kata, 'Saya bersama dengan suami ketika saya ada masa, tapi saya tak berjaya hamil lagi'. Kalau tidak tahu bila tengah subur, memang tidak akan tahu bila waktu yang sesuai kalau 'bersama', telur boleh disenyawakan. Percaya atau tidak, rata-rata ibu yang berjaya hamil bagi anak pertama, mereka tidak tahu apa itu waktu subur pun. Mereka hanya bernasib baik sahaja. Biasalah, seawal-awal kahwin, mereka 'bersama' memang kerap, sehari sekali selalunya. 😃
.
Untuk hamil,telur isteri perlulah subur. Kepada yang meragui tempoh subur, selepas suci daripada haid,awak digalakkan bersama pada hari ke 7,9,11,13 & 15 period (cadangan hari). Sebab? Kita mungkin terlepas waktu subur(wanita). Telur wanita hanya bertahan 2 hari sahaja berbanding sperma suami yang mampu hidup selama 3 hari. (lebih senang gune opk banyak2)
.
Bagi wanita yang kitaran haidnya normal, waktu suburnya adalah bermula pada hari ke 7 period sehingga hari ke 16 period. Bagi wanita yang melalui PCOS iaitu keadaan kitaran haid tidak tetap, anda perlu tahu bila waktu subur anda. Ada pelbagai cara untuk mengetahui waktu subur ini dan memudahkan proses untuk hamil.
.
4. OVULATION TEST
.
Dengan membuat ovulation test, seorang wanita dapat kenalpasti waktu suburnya. Sekiranya ujian tersebut adalah positif, pastikan anda tak buang masa dan gunakan masa tersebut untuk bersama suami. Walaupun ada kewujudan tester begini, ketepatannya hanya 99%. Ada beberapa wanita kami consult, walaupun tester ini menunjukan tanda postitive, keputusan lepas 'bersama', masih tidak berjaya hamil jugak. Kami ada cara yang lebih tepat dan percuma untuk menentukan kesuburan wanita, tidak perlu guna tester kit. Hanya perlu guna 2 jari sahaja. 😃 .Teruskan membaca semua tips-tips.
.
5. ADAKAH ANDA SEDIKIT DEMAM, HAPPY SECARA TIBA TIBA? & TERASA SEKSI?
.
Ini juga salah satu petanda anda sedang subur. Jangan lepaskan peluang untuk bersama suami pada malamnya. Ingat, pastikan anda bersama dengan penuh rasa cinta & romantik. Jangan terlalu memikirkan hubungan 'bersama' ini semata mata untuk memperoleh zuriat.
.
6. ELAKKAN GUNA PELINCIR KETIKA BERSAMA
.
Mengikut kajian saintifik, pelincir yang digunakan jenis komersial akan membantutkan pergerakan sperma untuk berenang ke rahim. Tapi tidak kata tidak boleh hamil, kalau ada sperma 1-2 yang terlepas laju tanpa terkena pada pelincir ini, akan berjaya hamil juga. Tapi, kebarangkalian adalah rendah. Jadi, lakukanlah tanpa mengunakan pelincir.
.
7. "BERSAMA" SEKERAP YANG BOLEH
.
Untuk hamil, pasangan suami isteri perlu bersama ketika isterinya subur. Jangan beritahu anda ingin anak, tetapi memberi alasan penat & letih.
.
8. ELAKKAN FAST FOOD & JUNK FOOD
.
Tahukah awak makanan tidak sihat sebegini benar benar boleh memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan seorang wanita & kualiti keaktifan sperma seseorang lelaki. Elakkan!
.
9. ELAKKAN MEMAKAI BEDAK ATAU SEBARANG KRIM DI BAHAGIAN SULIT WANITA!
.
Ini adalah sangat-sangat berbahaya. Akan terjadi satu kesan yang sangat tidak diingini akan berlaku. Juga kajian membuktikan dengan meletakkan talkum di bahagian sulit wanita menyukarkan proses merancang kehamilannya.
.
10. MAKAN CARA YANG SIHAT
.
Amalkan pemakanan sihat seperti minum susu, memakan ikan, telur, daging selain memakan supplement setiap hari. Ia bukan saja penting untuk kecergasan anda malah kesihatan rahim banyak bergantung kepada cara pemakanan anda.
.
11. JAUHI ROKOK & ALKOHOL
.
Jika awak seorang perokok, pastikan awak tahu gaya hidup bukan saja boleh memudaratkan kesihatan & kecergasan awak malah boleh menyebabkan kualiti sperma anda berkurangan. Bagi wanita pula, dengan merokok anda boleh menyebabkan saluran tiub fallopio tersumbat. Alkohol pula sangat cepat beri kesan negatif seperti keguguran. Elakkan.
Baik lelaki atau wanita, keduanya dilarang merokok demi perkembangan janin. Kajian saintifik pun dah bagitau, bila seseorang tu merokok ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan & akan ambil masa yang lama untuk hamil. Say NO to ROKOK
.
12. BERSUKAN
.
Tidak dinafikan, bersukan bagus untuk kesihatan. Tapi tahukah anda dengan bersukan secara berlebihan, ia boleh menyebabkan ketidaksuburan. Bagi lelaki, pastikan anda menjaga kawasan sulit anda daripada tercedera ketika bersukan. Kadar bersenam optimum.
.
13. BERAPA BERAT ANDA?
.
Wanita yang berbadan besar mempunyai timbunan lemak yang boleh mengakibatkan kelebihan production estrogen dan membuatkan ovulasi tak teratur.
.
Bagi wanita yang berbadan terlalu kurus, boleh menyebabkan production estrogen lambat sehingga sukar untuk cepat hamil. Ketahui BMI anda.
.
14. ELAKKAN PERSEKITARAN PENUH NEGATIF
.
Bercakap baik baik. Buat yang baik baik. InsyaAllah Allah akan bagi yang terbaik. Pasangan suami isteri atau sesiapa saja sepatutnya mengelakkan diri dari perkara perkara dan environment yang tidak baik. Ia benar benar akan mempengaruhi pemikiran awak.
.
TAK PUTUS BERDOA
Allah tunggu hambanya berdoa & minta pada-Nya. Kalau bab meminta pun segan apatah lagi solat 5 waktu & solat sunat, macam mana Allah nak bagi..
Percayalah Allah ada & melihat kita. Buatlah yang terbaik, Insyaallah Dia akan permudahkan urusan kita.
.
MINTA IBU AYAH & MERTUA DOAKAN
Doa daripada ibu & ayah ni sangat mudah diterima Allah. Jangan malu untuk beritahu hajat & niat awak sambil tu minta mereka doakan. Awak akan tahu keajaibannya apabila kita tidak putus menyayangi & mengasihi mereka.
.
15. JANGAN PUTUS DOA
.
Allah Maha Berkuasa di atas sesuatu. Banyakkan berusaha & mohon padaNYA agar segala niat niat baik awak tertunai. Istighfar dengan banyak akan membuatkan anda memperoleh rezeki yang tak disangka sangka. Solat mohon agar awak dikurniakan zuriat dengan mudah dan cepat.
.
16. SOLAT HAJAT
.
Saya selalu minta pasangan suami isteri solat berjemaah & solat hajat sebelum bersama. Mohon doa padaNya agar hubungan 'bersama' kali ini akan membuatkan anda hamil. Jika ingin lebih afdal, awak bolehlah buat solat hajat bersama anak anak yatim. Tuliskan ayat ayat doa buat awak dan minta mereka doakan.
.
- BERBUAT BAIK
Lakukan kerja-kerja amal, dekati anak-anak yatim. Beritahu kepada anak anak yatim niat anda untuk peroleh zuriat. Solat hajat bersama mereka & mohon mereka bacakan & aminkan doa buat anda (seeloknya tulis dulu dalam satu kertas & minta mereka bacakan doa tersebut sambil diaminkan semua). Doa anak-anak yatim mudah dimakbul Allah.
.
17. TANAH SUCI
.
Jangan kekok untuk meminta sesiapa yang ke tanah suci Mekah untuk doakan awak. Berikan nama awak dan hajat awak kepada mereka yang kesana & minta doakan anda. InsyaAllah dipermudahkan. Jika tanya mengenai Valet Doa, kami tiada ulasan lanjut tentang hal itu. 😊
.
18. BERSEDEKAH
.
Bersedekah kepada orang orang susah & mendekati anak anak yatim antara perkara yang boleh membuatkan doa dan hajat awak di makbulkan.
.
19. APA KHABAR RAHIM ANDA?
.
Bagi wanita, anda perlu tahu tahap kesihatan rahim anda agar anda mudah melalui proses merancang kehamilan. Endometriosis, Adenemyosis, Cyst, Fibroid antara ketumbuhan di dalam rahim yang boleh membantutkan proses kehamilan & kelahiran. Kalau bawah perut awak terasa buncit sedikit,awak mungkin mengalami penyakit-penyakit di atas ni. Ini agak berbahaya juga, langkah-langkah untuk awak dapat kepastian samada anda ada penyakit-penyakit diatas atau tidak, gambar di bawah adalah gambar sebenar penyakit cyst yang sudah dibedah keluar dari rahim. Akan ada kelihatan rambut-rambut dan gigi dalam penyakit cyst tu.
.
KENALI TANDA RAHIM TIDAK SIHAT
.
1. SAKIT TUMIT
Tumit sering sakit berdenyut & menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ni lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.
,
2. SAKIT TELAPAK KAKI
Rasa sengal-sengal & bisa-bisa urat pada tapak kaki. Rasa kejang & menyucuk sekitar tapak kaki.
.
3. SAKIT PINGGANG
Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung & ke atas urat belikat. Sakit pinggang ni lebih kurang macam lenguh & rasa senggugut juga, tapi diluar waktu datang bulan.
.
4. SAKIT ARI-ARI
Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal & lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.
.
5. KERAP KENCING ATAU KENCING TAK LAWAS
Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga di jangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.
.
6. SAKIT KETIKA BERSETUBUH
Sakit ketika melakukan hubungan kelamin. Sukar melakukan hubungan suami isteri & sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh. Perkara ni, juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.
.
7. KENTUT VAGINA
Sering mengalami kentut vagina. Maknanya, rahim bermasalah & vagina kembang.
.
8. SELALU KEMBUNG PERUT
Badan berangin & sering kembung perut. Badan mudah masuk angin &perut menyucuk akibat angin dalam rahim & perut.
.
9. SENTIASA BASAH
Vagina berair & berbau. Berlaku keputihan luar biasa & salah satu tanda peranakan kembang.
.
- MINTA NASIHAT DOKTOR
Nasihat dari doktor sangat penting buat mereka yang belum lagi dikurniakan zuriat. Minta doktor scan rahim anda, lihat keadaannya, sihat atau tidak. Percayalah tidak ramai yang berani untuk minta doktor buat semua itu untuknya melainkan dia benar-benar tahu mengapa rahim itu perlu di scan. Jangan takut & malu berjumpa Doktor untuk dirawat. Rawat sebelum terlambat. Jangan menyesal kemudian hari.
.
20. ALAM GHAIB
.
Disebalik dunia nyata anda perlu percaya ada yang 'memerhati' anda dan kita semua. Syaitan & Iblis sentiasa bersedia untuk menyesatkan anak cucu Adam. Pastikan anda dengar surah Ruqyah, membaca Al Quran dan berzikir setiap hari. Ada di antara wanita yang sentiasa mengalami keguguran. Ada satu kes, 4 kali mengandung dan keempat-empat kali itu pun gugur, walaupun doktor sahkan rahim dan segala-gala kondisi tip-top. Rupa rupanya dia di'intai' makhluk lain. Dekatkan diri dengan Allah. InsyaALLAH kita dijauhkan dari semua ni.
.
21. MAKAN ASID FOLIK & ELAK KECACATAN
.
Seorang wanita WAJIB makan Asid Folik 3 bulan sebelum bersedia untuk hamil. Jika anda tidak tahu tentang perkara ini, dan anda ingin hamil, anda kemungkinan berdepan masalah yang sangat besar. Asid Folik ini sangat penting untuk perkembangan janin di dalam kandungan. Ada di antara bayi mengalami kecacatan seumur hidup disebabkan ibunya tidak mengambil asid folik ketika hamil. Alert dear mommy! Gambar di bawah ialah kecacatan pada bayi iaitu Spina Bifida. Ia disebabkan oleh ibu tidak makan asid folik ketika awal kehamilan. Asid folik boleh didapati dimana-mana farmasi atau klinik kerajaan. Di farmasi, satu papan yang ada lebih kurang 10 biji ubat. Pastikan makan! Jika anda tidak makan asid folik lagi, berhenti baca sekarang pergi ke mana-mana farmasi dengan segera. Beli asid folik dan makan dulu, dan anda boleh sambung baca lepas tu. Pemakanan asid folik tidak boleh lebih dan kurang, terlebih boleh ada masalah, kurang pun akan terjadi lain juga.
.
22. KETAHUI ILMU KEHAMILAN & KELAHIRAN ITU SANGAT SANGAT SANGAT PENTING!!
.
- BELAJAR ILMU KESUBURAN & KEHAMILAN
Ilmu sangat penting untuk hamil. Jangan MALAS & SOMBONG untuk belajar & menggali ilmu Kesuburan & Kehamilan. Kalau waktu subur pun kita tak tahu, tips mudah hamil pun terkapai-kapai, ia akan sukarkan impian kita untuk jadi ibu & ayah dengan mudah. Banyakkan ambil tahu & membaca. Boleh cari info di Google, bertanyakan pada mereka yang berpengalaman & berpengetahuan serta berjumpa Doktor untuk sebarang kemusykilan.
.
Disebabkan kurang ilmu, ramai pasangan suami isteri yang tersasar. Ramai yang ingat, jika dah berkahwin ni maknanya sudah mudah hamil. SEBENARNYA TIDAK. Ada perkara yang anda perlu bersedia sebelum hamil. Anak di dalam kandungan berkemungkinan besar mengalami komplikasi jika ibu & ayahnya tidak cukup ilmu. Saya merayu sangat sangat, tolong ambil berat dan serius terhadap ilmu kehamilan & kelahiran ini. Zaman kita sudah lain daripada zaman ibu & ayah kita dulu, cara pemakanan kita berbeza, cara kita bekerja berbeza, udara, cuaca dan jenis penyakit yang kita ada zaman sekarang jauh lebih berbeza.
.
INI MUNGKIN TERJADI PADA ANAK ANDA JIKA ANDA TIDAK BERJAGA-JAGA!
.
Keguguran 10 minggu yang dialami akibat tidak tahu apa pantang larang pemakanan ketika hamil.
.
Penyakit Jaundice setelah kelahiran akibat tidak tahu apa yang patut makan dan tidak ketika hamil dan lepas melahirkan anak.
.
Penyakit Hydrocephalus disebabkan tidak makan ubat yang sepatutnya.
.
Bayi sesak nafas akibat pelawat yang baru lepas merokok mencium dia.
.
DAN BANYAK LAGI KEJADIAN KETIKA HAMIL DAN SELEPAS KELAHIRAN YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU DAN TIDAK ALERT JUGA
.
- ELAKKAN TEKANAN
Wanita ini diuji dengan pelbagai sebab. Hormon tidak stabil pun dah cukup menekan emosinya apatah lagi jika dibebani dengan kerja di rumah yang tak pernah henti. Ditambah pula dengan kerja kat office. Ni antara punca kenapa wanita nak bersama suami pun dia tak mampu nak bersama sepenuh hati. Tips, kawal stress, senyum & fikir baik baik. Allah kan ada.. 😉-
.
JANGAN PUTUS ASA
Banyak produk kesuburan & kehamilan di pasaran. Tak salah ambil tahu mengenai produk-produk berkenaan seperti Furmon Nano Cream yang membantu stabilkan hormon, lancarkan haid, kurangkan senggugut, bersihkan rahim, suburkan rahim.
.

Sila SHARE untuk manfaat bersama..
Boleh tag rakan nak Hamil atau Tag Encik Suami..👍
.
Admin doakan setiap wanita dapat merasai nikmat mengandung & melahirkan tak lama lagi.
Allahhumma Amin.

Isnin, 22 April 2019



Tips Puasa Untuk Ibu Hamil









Tips Puasa Ibu Hamil - Pada bulan ramadhan ibu hamil memang diberi keringanan dengan tidak diwajibkan untuk menjalankan ibadah puasa. Namun sebenarnya seorang wanita yang sedang hamil diperbolehkan untuk menjalankan ibadah pada bulan yang penuh berkah dan rahmat ini asalkan kondisinya tidak mengganggu kesehatan janin yang sedang dikandungnya. Akan tetapi untuk wanita hamil yang tidak berpuasa dapat mengganti ibadah puasanya pada bulan lain atau sesudah ia bersih dari nifas setelah melahirkan. Karena ibadah dibulan ramadhan ini merupakan salah satu ibadah wajib yang harus di laksanakan bagi setiap orang muslim. Menjalankan ibadah puasa bagi mereka yang sedang hamil memang dibutuhkan perhatian khusus karena wanita hamil tidak boleh kekurangan nutrisi untuk tumbuh dan kembang janin di dalam kandungan. Dengan kata lain disini anda harus memperhatikan gizi serta kualitas dan nutrisi dari makanan yang dikonsumsi sepanjang harinya.

Dengan mengkonsumsi makanan empat sehat lima sempurna selama sahur dan berbuka, merupakan salah satu cara untuk memenuhi asupan nutrisi dan gizi yang teoat bagi wanita hamil. Selain itu anda juga dapat menambahkan suplemen vitamin guna memenuhi kebutuhan nutrisi ibu hamil selama berpuasa.

Tetapi agar tidak salah dalam mengambil suatu keputusan ada baiknya untuk ibu hamil yang ingin tetap menjalankan ibadah puasa berkonsumtasi terlebih dahulu kepada ahli kesehatan atau kandungan secara langsung. Karena dengan begitu hasil fisik kesehatan dari ibu dan janin akan lebih terbukti sehingga dapat diputuskan apakah siap atau tidak untuk melakukan puasa selama bulan ramadahan.

Untuk mereka yang sudah memperoleh kepastian dapat melaksanakan ibadah puasa di bulan ramadhan, ada baiknya tetap memperhatikan nutrisi dan gizi dari setiap makanan yang dikonsumsinya, karena seorang ibu hamil yang melakukan puasa bukan berarti si jabang bayi yang dikandungnya juga ikut berpuasa.

Tips Puasa Untuk Ibu Hamil, Antara Lain :
Sahur Untuk Ibu Hamil
1. Ketika sahur, pilihlah makanan yang mengandung protein dan lemak dalam jumlah cukup. Karena kedua jenis zat gizi ini dapat bertahan lebih lama pada pencernaan sehingga akan memperlambat rasa lapar di siang hari.

2. Selain itu Buah-buahan juga wajib ada pada menu sahur ibu hamil, agar BAB lancar sehingga mencegah potensi wasir yang sering terjadi pada ibu hamil.

3. Usahakan mengkonsumsi makanan yang kaya vitamin C dan mineral seng atau zinc yang berfungsi untuk menjaga vitalitas tubuh.

4. Jangan mengonsumsi makanan manis pada saat sahur agar tubuh tidak terasa lemas dan cepat lapar.

5. Jangan mengonsumsi makanan pedas.

6. Minumlah satu gelas susu yang kemudian dilanjutkan kembali dengan mengkonsumsi air putih sebanyak-banyaknya karena dapat mengurangi ancaman terkena anemia pada ibu hamil.

Berbuka Untuk Ibu Hamil
1. Untuk ibu hamil yang sedang berbuka puasa dianjurkan mengkonsumsi minuman hangat dan manis namun tetap harus dibatasi. Sedangkan yang harus dihindari yaitu mengkonsumsi aneka macam minuman dingin pada awal berbuka.

2. Setelah itu barulah anda dapat langsung menyantap makanan yang mengandung karbohidrat simpleks sehingga lebih mudah diserap tubuh. Seperti kurma dan kolak.

3. Lalu dapat anda lanjutkan dengan mengkonsumsi makanan dengan porsi yang lebih besar. Namun tetap harus dalam batasan yang wajar karena makan yang berlebihan dapat membuat tubuh anda menjadi lemas.

4. Sebelum tidur ada baiknya ibu hamil mengkonsumsi makanan ringan yang didampingi denagn minum air hangat agar dapat memproduksi asi dengan baik dan maksimal.

Demikianlah beberapa tips puasa untuk ibu hamil dibulan ramadhan. Dengan niatan tulus beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah memang tidak mampu menghalangi manusia untuk tetap menjalankan ibadah wajibnya termasuk dalam keadaan hamil sekalipun. Akan tetapi alangkah baiknya apabila anda merasakan gejala-gejala yang tidak memungkinkan untuk seorang wanita hamil berpuasa segeralah berbuka. Karena apabila anda terlalu memaksakan keadaan malah ditakutkan akan berpengaruh buruk terhadap kehamilan beserta janin yang dikandungnya.

Rabu, 17 April 2019

Nak tidor lena masa mengandung ini. Tips nyer



TIPS IBU HAMIL MENDAPATKAN TIDUR YANG LENA SETIAP MALAM
.
1. Mandi dengan air suam.
2. Segelas susu panas/suam sebelum tidur. Susu membantu ibu untuk tidur.
3. Menjelang malam elakkan minum air berlebihan. Mengurangkan kekerapan ibu hamil ke bilik air.
4. Jangan makan banyak sangat sebelum tidur. Cukup makan makanan ringan seperti biskut atau segelas susu panas.
5. Praktikkan ‘Deep Breath’ untuk tidur malam yg selesa. Tarik nafas melalui hidung secara perlahan, tahan nafas beberapa detik. Keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan, lakukan beberapa kali.
6. Buat aktiviti yg ibu suka sebelum tidur. Cth: membaca buku / mendengar muzik
7. Berehatlah ibu. Sempatkan berehat selagi ada peluang. Kenali gerakan janin yg aktif.
8. Pilih posisi tidur paling selesa. Tidur mengiring ke sisi kiri.
9. Sokong badan dengan bantal.
10. Kalsium jangan ditinggalkan. Kalsium yg lengkap bagus untuk ibu.
11. Banyakkan berzikir dan berdoa. Jangan lupa berdoa mengikut agama yg dianuti dgn cara masing-masing agar hati jadi tenang, jiwa bertambah lapang.

Semoga bermanfaat utnuk memudahkan ibu hamil tidur dengan lena.

credit: Mingguan wanita
Hanya WANITA faham sakit ini 😢😢

Tiap bulan kalau delayed period.. excited igt pregnant......
Pastu pegang2 perut cakap sorang2 macam dah ada baby..... =)
Excited beli upt... excited masuk toilet... excited check air kencing pagi......
Masa nmpak line pertama.. harap ada line 1 lagi...... tunggu punya tunggu..... nampak single line yang terang =(

Tiap bulan..... kami lalui perkara yg sama...
Tiap bulan juga ditanya mana zuriat?
Tiap bulan ditanya kenapa tak mengandung?

Siapa yg taknak rezeki anak?
Kadang bila dah lambat period.... kami usap2 rahim ni.....

"sayang.... tolonglah jangan jadi period... jadilah zuriat buat ayah & ibu... tolonglah"

Teringinnya nak merasa moment #9bulan10hari... moment sakit pinggang dan ulu hati....

Sebak..... sebak bila tak dapat hamilkan anak buat suami..... =(

Bila period...... dalam toilet... kami pandang darah yang sedikit ketul tu...

Menitik air mata... walaupun tu hanya darah haid......

"Kalaulah awak kuat... kalaulah Allah izinkan.. mesti darah2 ini dah bercantum jadi anak saya & suami"

Kembali counting days.... cuba lagi waktu subur.... ikut petua itu & ini....

& perkara yg sama berulang lagi & lagi...... =(

Ya Allah..... dengan kekayaanMU... dengan kekuasaanMU... KAU berilah rezeki anak buat semua isteri yg ttc dengan mudah dan cepat ya Allah..... makbulkanlah niat2 kami semua...

aamiin........

Percayalah.. banyak good news akan menghampiri kalian selepas ini 😊

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...