Jumaat, 27 September 2019

SEDEKAH PETUA DI HARI JUMAAT..
Sakit kerana melahirkan anak yang dirasai oleh seorang wanita itu... lebih lagi sakitnya seorang wanita yang tidak hamil2.
Jangan ingat usaha untuk hamil semudah ABC.
Ada pasangan suami isteri yang dikurniakan rezeki anak dengan cepat. Ada pula yang terpaksa menunggu bertahun2.. Jangan patah semangat, jangan rasa Allah tak sayang, sebabnya ujian zuriat ini memang hebat sekali.

Di hari Jumaat penuh barakah ini.. saya nak sedekahkan ilmu/petua untuk hamil yang dikongsikan oleh Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, menggunakan kurma yang liat, kering.. yang baik kualitinya dan susu kambing:

Hari Pertama
1 kilo kurma yang liat dan kering (elak yang lembik )
1 liter susu kambing (ambil yang fresh lebih afdhal)

Suami ambil 1 genggam dari 1 kilo kurma tadi.
Isteri pun ambil 1 genggam dari 1 kilo kurma tadi.
Buangkan biji, masukkan kurma-kurma tadi dalam blender.
Tuangkan 1 liter air susu kambing. Kisar.
Isteri minum separuh, suami minum separuh.
Habiskan dalam masa 1 hari

Hari Kedua Dan hari-hari Seterusnya
Pasangan Suami dan isteri makan 7 biji kurma yang kering dan liat (jangan yang lembik) setiap pagi.
Selepas ambil kurma minum 1 gelas susu kambing setiap pagi.
Kurma boleh dimakan sekali gus atau berselang asalkan dihabiskan untuk 1 hari.

Berterusanlah melakukan petua ini serta membaca doa2 yang disarankan..
Baca Doa dalam surah Maryam, ayat 1-12.
Baca doa dari Surah AlFurqan, ayat 74

Yang dah plan untuk hamil.. jangan lupa makan Asid Folik juga ye.. sehari sebiji..

Bismillah.. Yakinlah pada Allah.. moga Allah kurniakan zuriat yang sihat soleh & solehah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...