KHASIAT DAN CARA MAKAN
HABBATUSSAUDA
Orang Melayu jarang menggunakan herba Jintan hitam ini. Dalam bahasa inggeris disebut black cumin seed. Ia lebih digunakan oleh masyarakat India terutama dalam masakan kari. Herba hitam ini sama penting dengan rempah penyedap masakan lain seperti jintan putih, jintan manis, ketumbar, bunga cengkih, kulit kayu manis dan sebagainya.
Herba hitam ini tentulah berwarna hitam, Saiznya kira-kira sebesar biji sawi dan rasanya pahit-pahit pedas. Harganya murah namun khasiatnya amat tinggi.
Nama popularnya ialah Habbatus Sauda. Ada juga yang menyebut Habbatul sauda atau Sauda Seed.
Banyaknya khasiat Jintan Hitam ini hingggakan Baginda Nabi Muhammad SAW mahu umatnya mengamal makan Jintan Hitam ini. Imam Muslim meriwayatkan hadis Nab dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud, “Tetaplah dengan Habbatus Sauda (Jintan Hitam) kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi banyak (segala) penyakit kecuali tua dan mati.”
Berikut adalah kaedah memakan Jintan Hitam untuk menjaga kesihatan;
✔Makan 7 biji Jintan Hitam sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur.
Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.
✔Goreng 1 sudu kecil Jintan Hitam dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu.
Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.
✔Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Jintan Hitam. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isterii. Kebaikan: kesihatan tenaga batin.
✔Campur serbuk Jintan Hitam dengan air suam dan berkumur.
Kebaikan: mengurangkan sakit gigi.
✔ Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Jintan Hitam.
Kebaikan: membunuh cacing dalam perut.
✔ Campur 1 sudu kecil Jintan Hitam, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari.
Kebaikan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.
Ada kebaikan lain dan kaedah lain dalam mengamalkan Jintan Hitam selain 6 perkara di atas. Anda boleh carinya dalam Internet atau baca buku berkaitan perubatan Islam. Amat panjang kalau mahu dicatatkan semuanya.
Bagaimanapun, kini ramai yang mengamalkan atau mengambil habbatus sauda dalam bentuk biji ,serbuk dan juga minyak.
#khasiatHabbatussauda
#chetaAsmak
Memaparkan catatan dengan label "Jangan abaikan sila baca". Papar semua catatan

Selasa, 24 September 2019
Jumaat, 26 Julai 2019
Obesiti kanak-kanak
Minuman bubble tea TIDAK SESUAI untuk kanak-kanak . Gula sangat lebih !
Makan tengahari buat kanak-kanak pula 10 sudu besar nasi + lauk sudah memadai untuk mereka .
JANGAN KERAP BAGI MAKAN FAST FOOD kepada anak-anak . Jika anak-anak suka makan fast food , ibubapa perlu buat sendiri ... HOMEMADE !
Contoh :- Anak suka makan ayam goreng , so ... ibu boleh buat ayam goreng di rumah . Itu lebih baik ...
Faktor obes boleh terjadi juga disebabkan faktor genetik dan persekitaran . Kanak-kanak sekarang makin kurang aktif , sebab banyak main gajet . Emosi mula tak stabil .
Makan bersama keluarga itu penting . Ibubapa yang perlu main peranan penting untuk ubah tahap kesihatan anak supaya lebih baik .
Gula berlebihan yang tidak dibakar @ digunakan , akan disimpan dalam badan dan menjadi lemak .
Halangan kanak-kanak obes , psikologi . Kawan-kawan mula ejek ... dari situ harga diri down .
Kanak-kanak yang kerap makan-makanan tinggi garam , tinggi gula dan perasa tiruan ... susah nak kawal @ patah balik pada makanan sihat .
Ibu perlu buat menu simple dan sihat .
Junk food boleh digantikan dengan buah-buahan . Ibubapa perlu tahu kepentingan makanan itu , dan tak boleh buat dalam keadaan mendadak . Step by step ...
Jika anak suka makanan manis boleh gantikan kurma , kismis dan kacang .
" APA YANG ANDA MAKAN MINUM , PERLU DIBAKAR @ DIGUNAKAN SEMULA . "
Kurus dengan cara sihat .
IBUBAPA PERLU JADI CONTOH BUAT ANAK-ANAK !
Dr. David Manickam (Pakar Pediatrik)
Puan Kong Woan Fei (Pakar Pemakanan)
kredit :- Ain Rosli
#helodoktor - tv3
#obesitikanakkanak
#sweetalityfif Jom !
Ahad, 21 Julai 2019
Zikir
Banyakkan Berzikir Boleh Menghidupkan Hati Dan Sentiasa Di Kasihi Allah.
.
❤Seorang pemuda bertanya kepada Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah, sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu banyak, tapi aku tak mampu melakukan seluruhnya. Beritahukanlah kepadaku nasihat apa yang dapat aku pegang teguh, nasihat yang singkat sehingga aku tidak mudah melupakannya.”Rasulullah SAW menjawab, “Basahlah lidahmu selalu dengan zikrullah.”(Hadis Riwayat Tirmizi)
.
Terdapat 15 Kebaikan Zikir :
.
✏1. Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya
.
✏2. Zikir menyebabkan Allah redha
.
✏3. Zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia
.
✏4. Zikir menggembirakan hati
.
✏5. Zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari
.
✏6. Zikir memurahkan rezeki
.
✏7. Zikir adalah sinaran hati dan muka.
.
✏8. Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar
.
✏9. Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.
.
✏10. Zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya
.
✏11. Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.
.
✏12. Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.
.
✏13. Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah.
.
✏14. Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat merapatkan diri kepada Allah.
.
✏15. Zikir adalah menyebabkan Allah ingat kepada seseorang yang ingat kepada-Nya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran (surah Al Baqarah ayat 152) "Fazkuruunii azkurkum" ertinya; "kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepada mu".
AAAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
#KetukanHatiAkhtar

Selasa, 16 Julai 2019
TEKNIK KURUS WALAU MAKAN NASI
Siapa cakap nak kurus TAKLEH MAKAN NASIK? TIPU WEIII
.
Orang lain relaks je makan nasik turun 2-5kg sebulan. Rentikan lah makan sekali sehari, diet biskut yang sekilo gula tu. Cuba cara ni 👇
.
1- NASI SEGENGGAM / SEPENUMBUK
menggunung ataupun penuh sepinggan tak boleh yer cukup sekadar 200 kalori nasi bersamaan dengan segenggam tangan kita
.
2- PROTEIN SEBESAR TAPAK TANGAN
ikan atau ayam yang masak kukus, panggang atau steam. Size dia sebesar tapak tangan kita. Protein buat perut lebih kenyang dan tak cepat lapar
.
3- BANYAKKAN SAYUR
Sayur mempunyai vitamin, mineral dan fibre yg mana badan tak boleh proses sendiri. Ia juga bantu proses turun berat badan detox dan pembakaran lemak
.
4-JANGAN AMBIL KUAH BANJIR
Kuah kari, kuah lemak, kuah kurma ke tak payah ambik dulu sepanjang tempoh nak kurus ni. 1 sudu kuah boleh jadi 100 kalori. Mana taknya ada santan, minyak, gula, garam!! Fuh penuh lemak tepu

Isnin, 15 Julai 2019
Awas!
Tergerak hati nak share benda ni, mgkin ada yg xsuka sbb dia suka minum tp bila wife sya sendiri hampir botak sbb ketagih benda ni, sya share jugalah. Benda ni jadi zaman wife study (bujang), hari2 minum sbb mudah dan tahan mengantuk utk belajar, sampailah rambut dia gugur dan botak, skrg bila jadi kt korg lain pula, sya rasa kena share!
Peringatan sahaja.. kebenarannya terpulang kepada anda sendiri menilainya. Saya minum juga nescafe, tapi bukan 3 in 1 dan jarang2 sekali.
Kawan2 yang suka minum Nescafe..nah ini dia Keburukan Nescafe 3 in 1.
Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung dan buah pinggang.
Kawan saya (dah arwah)...
dari usia muda...
pagi nescafe...2 X..
petang nescafe...2X...
malam nescafe...2X...
depan mata saya...
bengun dari kerusi ...
kaki dia terus patah...tulang dia reput...
Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakananan.
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.
Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:
Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.
Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya.
Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah.
.
Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one.
.
Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung.
Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'
.
Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:
1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, nugget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan :Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.
Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.
So, hope for best for those who still love Nescafe.
Dah lama dah tinggalkan Nescafe, lagipun Nestle tu kan syarikat Yahudi, Yahudi Zionis dah lama rancang untuk memusnahkan umat Islam. Tepuk dada, tanya perut.
Masih ada yg meragui. Blh google byk artikal pasal kenapa produk 3in1 bahaya :
Bahaya Minuman 3-in-1 Yang Kita Wajib Tahu
Mengikut Pensyarah Program Diatetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, bahaya minuman 3 dalam 1 kepada kita ialah:
bahaya-minuman-3-in-1
1. Minuman 3 in 1 mengandungi lebih dari 3 sudu teh gula dalam setiap pek.
2. Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit di dalam minuman 3 in 1 tersebut.
3. Minuman 3 in 1 menggunakan krimer bukan tenusu, yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit, iaitu sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
4. Minuman 3 in 1 turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi), dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
5. Setiap pek minuman 3 in 1 mengandungi sehingga 200 kalori.
6. Jumlah 200 kalori itu sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.
7. Jika di ambil 3 paket minuman 3 in 1 sehari, ia bersamaan 600 kalori, sekaligus menyumbang kepada berat badan berlebihan.
8. Bagi minuman 3 in 1 yang dikatakan membantu meningkatkan tenaga, kandungan seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana ianya mahal dan sukar untuk diperolehi.
Sekian. Wassalam. c/p : Whatsapp Group
والله أعلم.
Share!

Langgan:
Catatan (Atom)
Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.
Sapu je lega
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...
-

21 Khasiat Rambutan AWESOME Anda Wajib Tahu Sedapnya rambutan dimakan sejuk-sejuk, berjus dan manis! Tapi tahukah anda, rambutan turut memb...
-
Ibu,masak apa tu? Masak ikan goreng la macam ainul suka Ohh' ikan yang warna kuning tu ker? Ahh betul ikan gelama masak goreng cencuan B...