Selasa, 23 April 2019

Merancang untuk tambah zuriat,boleh baca 22 cara ini

22 CARA UNTUK HAMIL

.
1. KURANGKAN MINUM CAFFEINE, JIKA BOLEH ELAKKAN.

Kopi (Coffee) adalah minuman yang mengandungi caffein yang tinggi. Kalau anda begitu terigin meminumnya, anda boleh cuba decaffeinated coffee. Di label plastik atau kaca coffee ni akan ditulis 'DECAF'. Tetap ada caffeine, tetapi kandungan caffeinenya sangat-sangat kurang berbanding coffee biasa. Apapun, mengelak adalah lebih baik! .
Risiko mengurangkan kesuburan sangat tinggi bagi mereka yang consume caffeine lebih dari 5 cawan sehari. Biarpun dengan meminum minuman bercaffeine contohnya coffee akan bagi lebih tenaga, tapi limitkanlah kepada 2 cup sehari.
.
2. POSITION KETIKA "BERSAMA"
.
Position ini agak sangat penting jugak, ramai yang 'bersama' position yang biasa. Sebenarnya ada dua position yang sangat betul dimana sangat direkomen dari yang pakar. Posisi mana suami patut ada dan posisi mana isteri patut ada ketika bersama.
- Masa bersama pastikan bersama di posisi bawah dan suami di atas. Ia bertujuan supaya pancutan sperma terus ke destinasinya.
- Sesudah moment tu isteri jangan bergerak & jangan sesekali bangun sebaliknya angkat kaki ke atas dalam 10 saat dan tidur. Awak disaran bangun untuk ke tandas keesokannya bagi mengelak sperma terkeluar.
- Sambil-sambil tu berdoalah kepada Allah s.w.t agar hubungan bersama ini akan memberi good news buat awak dan semoga janin yang terbentuk ini soleh dan solehah.
.

3. KENALI WAKTU SUBUR

Ini antara punca besar wanita tidak hamil. Rata-rata wanita kata, 'Saya bersama dengan suami ketika saya ada masa, tapi saya tak berjaya hamil lagi'. Kalau tidak tahu bila tengah subur, memang tidak akan tahu bila waktu yang sesuai kalau 'bersama', telur boleh disenyawakan. Percaya atau tidak, rata-rata ibu yang berjaya hamil bagi anak pertama, mereka tidak tahu apa itu waktu subur pun. Mereka hanya bernasib baik sahaja. Biasalah, seawal-awal kahwin, mereka 'bersama' memang kerap, sehari sekali selalunya. 😃
.
Untuk hamil,telur isteri perlulah subur. Kepada yang meragui tempoh subur, selepas suci daripada haid,awak digalakkan bersama pada hari ke 7,9,11,13 & 15 period (cadangan hari). Sebab? Kita mungkin terlepas waktu subur(wanita). Telur wanita hanya bertahan 2 hari sahaja berbanding sperma suami yang mampu hidup selama 3 hari. (lebih senang gune opk banyak2)
.
Bagi wanita yang kitaran haidnya normal, waktu suburnya adalah bermula pada hari ke 7 period sehingga hari ke 16 period. Bagi wanita yang melalui PCOS iaitu keadaan kitaran haid tidak tetap, anda perlu tahu bila waktu subur anda. Ada pelbagai cara untuk mengetahui waktu subur ini dan memudahkan proses untuk hamil.
.
4. OVULATION TEST
.
Dengan membuat ovulation test, seorang wanita dapat kenalpasti waktu suburnya. Sekiranya ujian tersebut adalah positif, pastikan anda tak buang masa dan gunakan masa tersebut untuk bersama suami. Walaupun ada kewujudan tester begini, ketepatannya hanya 99%. Ada beberapa wanita kami consult, walaupun tester ini menunjukan tanda postitive, keputusan lepas 'bersama', masih tidak berjaya hamil jugak. Kami ada cara yang lebih tepat dan percuma untuk menentukan kesuburan wanita, tidak perlu guna tester kit. Hanya perlu guna 2 jari sahaja. 😃 .Teruskan membaca semua tips-tips.
.
5. ADAKAH ANDA SEDIKIT DEMAM, HAPPY SECARA TIBA TIBA? & TERASA SEKSI?
.
Ini juga salah satu petanda anda sedang subur. Jangan lepaskan peluang untuk bersama suami pada malamnya. Ingat, pastikan anda bersama dengan penuh rasa cinta & romantik. Jangan terlalu memikirkan hubungan 'bersama' ini semata mata untuk memperoleh zuriat.
.
6. ELAKKAN GUNA PELINCIR KETIKA BERSAMA
.
Mengikut kajian saintifik, pelincir yang digunakan jenis komersial akan membantutkan pergerakan sperma untuk berenang ke rahim. Tapi tidak kata tidak boleh hamil, kalau ada sperma 1-2 yang terlepas laju tanpa terkena pada pelincir ini, akan berjaya hamil juga. Tapi, kebarangkalian adalah rendah. Jadi, lakukanlah tanpa mengunakan pelincir.
.
7. "BERSAMA" SEKERAP YANG BOLEH
.
Untuk hamil, pasangan suami isteri perlu bersama ketika isterinya subur. Jangan beritahu anda ingin anak, tetapi memberi alasan penat & letih.
.
8. ELAKKAN FAST FOOD & JUNK FOOD
.
Tahukah awak makanan tidak sihat sebegini benar benar boleh memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan seorang wanita & kualiti keaktifan sperma seseorang lelaki. Elakkan!
.
9. ELAKKAN MEMAKAI BEDAK ATAU SEBARANG KRIM DI BAHAGIAN SULIT WANITA!
.
Ini adalah sangat-sangat berbahaya. Akan terjadi satu kesan yang sangat tidak diingini akan berlaku. Juga kajian membuktikan dengan meletakkan talkum di bahagian sulit wanita menyukarkan proses merancang kehamilannya.
.
10. MAKAN CARA YANG SIHAT
.
Amalkan pemakanan sihat seperti minum susu, memakan ikan, telur, daging selain memakan supplement setiap hari. Ia bukan saja penting untuk kecergasan anda malah kesihatan rahim banyak bergantung kepada cara pemakanan anda.
.
11. JAUHI ROKOK & ALKOHOL
.
Jika awak seorang perokok, pastikan awak tahu gaya hidup bukan saja boleh memudaratkan kesihatan & kecergasan awak malah boleh menyebabkan kualiti sperma anda berkurangan. Bagi wanita pula, dengan merokok anda boleh menyebabkan saluran tiub fallopio tersumbat. Alkohol pula sangat cepat beri kesan negatif seperti keguguran. Elakkan.
Baik lelaki atau wanita, keduanya dilarang merokok demi perkembangan janin. Kajian saintifik pun dah bagitau, bila seseorang tu merokok ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan & akan ambil masa yang lama untuk hamil. Say NO to ROKOK
.
12. BERSUKAN
.
Tidak dinafikan, bersukan bagus untuk kesihatan. Tapi tahukah anda dengan bersukan secara berlebihan, ia boleh menyebabkan ketidaksuburan. Bagi lelaki, pastikan anda menjaga kawasan sulit anda daripada tercedera ketika bersukan. Kadar bersenam optimum.
.
13. BERAPA BERAT ANDA?
.
Wanita yang berbadan besar mempunyai timbunan lemak yang boleh mengakibatkan kelebihan production estrogen dan membuatkan ovulasi tak teratur.
.
Bagi wanita yang berbadan terlalu kurus, boleh menyebabkan production estrogen lambat sehingga sukar untuk cepat hamil. Ketahui BMI anda.
.
14. ELAKKAN PERSEKITARAN PENUH NEGATIF
.
Bercakap baik baik. Buat yang baik baik. InsyaAllah Allah akan bagi yang terbaik. Pasangan suami isteri atau sesiapa saja sepatutnya mengelakkan diri dari perkara perkara dan environment yang tidak baik. Ia benar benar akan mempengaruhi pemikiran awak.
.
TAK PUTUS BERDOA
Allah tunggu hambanya berdoa & minta pada-Nya. Kalau bab meminta pun segan apatah lagi solat 5 waktu & solat sunat, macam mana Allah nak bagi..
Percayalah Allah ada & melihat kita. Buatlah yang terbaik, Insyaallah Dia akan permudahkan urusan kita.
.
MINTA IBU AYAH & MERTUA DOAKAN
Doa daripada ibu & ayah ni sangat mudah diterima Allah. Jangan malu untuk beritahu hajat & niat awak sambil tu minta mereka doakan. Awak akan tahu keajaibannya apabila kita tidak putus menyayangi & mengasihi mereka.
.
15. JANGAN PUTUS DOA
.
Allah Maha Berkuasa di atas sesuatu. Banyakkan berusaha & mohon padaNYA agar segala niat niat baik awak tertunai. Istighfar dengan banyak akan membuatkan anda memperoleh rezeki yang tak disangka sangka. Solat mohon agar awak dikurniakan zuriat dengan mudah dan cepat.
.
16. SOLAT HAJAT
.
Saya selalu minta pasangan suami isteri solat berjemaah & solat hajat sebelum bersama. Mohon doa padaNya agar hubungan 'bersama' kali ini akan membuatkan anda hamil. Jika ingin lebih afdal, awak bolehlah buat solat hajat bersama anak anak yatim. Tuliskan ayat ayat doa buat awak dan minta mereka doakan.
.
- BERBUAT BAIK
Lakukan kerja-kerja amal, dekati anak-anak yatim. Beritahu kepada anak anak yatim niat anda untuk peroleh zuriat. Solat hajat bersama mereka & mohon mereka bacakan & aminkan doa buat anda (seeloknya tulis dulu dalam satu kertas & minta mereka bacakan doa tersebut sambil diaminkan semua). Doa anak-anak yatim mudah dimakbul Allah.
.
17. TANAH SUCI
.
Jangan kekok untuk meminta sesiapa yang ke tanah suci Mekah untuk doakan awak. Berikan nama awak dan hajat awak kepada mereka yang kesana & minta doakan anda. InsyaAllah dipermudahkan. Jika tanya mengenai Valet Doa, kami tiada ulasan lanjut tentang hal itu. 😊
.
18. BERSEDEKAH
.
Bersedekah kepada orang orang susah & mendekati anak anak yatim antara perkara yang boleh membuatkan doa dan hajat awak di makbulkan.
.
19. APA KHABAR RAHIM ANDA?
.
Bagi wanita, anda perlu tahu tahap kesihatan rahim anda agar anda mudah melalui proses merancang kehamilan. Endometriosis, Adenemyosis, Cyst, Fibroid antara ketumbuhan di dalam rahim yang boleh membantutkan proses kehamilan & kelahiran. Kalau bawah perut awak terasa buncit sedikit,awak mungkin mengalami penyakit-penyakit di atas ni. Ini agak berbahaya juga, langkah-langkah untuk awak dapat kepastian samada anda ada penyakit-penyakit diatas atau tidak, gambar di bawah adalah gambar sebenar penyakit cyst yang sudah dibedah keluar dari rahim. Akan ada kelihatan rambut-rambut dan gigi dalam penyakit cyst tu.
.
KENALI TANDA RAHIM TIDAK SIHAT
.
1. SAKIT TUMIT
Tumit sering sakit berdenyut & menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ni lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.
,
2. SAKIT TELAPAK KAKI
Rasa sengal-sengal & bisa-bisa urat pada tapak kaki. Rasa kejang & menyucuk sekitar tapak kaki.
.
3. SAKIT PINGGANG
Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung & ke atas urat belikat. Sakit pinggang ni lebih kurang macam lenguh & rasa senggugut juga, tapi diluar waktu datang bulan.
.
4. SAKIT ARI-ARI
Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal & lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.
.
5. KERAP KENCING ATAU KENCING TAK LAWAS
Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga di jangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.
.
6. SAKIT KETIKA BERSETUBUH
Sakit ketika melakukan hubungan kelamin. Sukar melakukan hubungan suami isteri & sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh. Perkara ni, juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.
.
7. KENTUT VAGINA
Sering mengalami kentut vagina. Maknanya, rahim bermasalah & vagina kembang.
.
8. SELALU KEMBUNG PERUT
Badan berangin & sering kembung perut. Badan mudah masuk angin &perut menyucuk akibat angin dalam rahim & perut.
.
9. SENTIASA BASAH
Vagina berair & berbau. Berlaku keputihan luar biasa & salah satu tanda peranakan kembang.
.
- MINTA NASIHAT DOKTOR
Nasihat dari doktor sangat penting buat mereka yang belum lagi dikurniakan zuriat. Minta doktor scan rahim anda, lihat keadaannya, sihat atau tidak. Percayalah tidak ramai yang berani untuk minta doktor buat semua itu untuknya melainkan dia benar-benar tahu mengapa rahim itu perlu di scan. Jangan takut & malu berjumpa Doktor untuk dirawat. Rawat sebelum terlambat. Jangan menyesal kemudian hari.
.
20. ALAM GHAIB
.
Disebalik dunia nyata anda perlu percaya ada yang 'memerhati' anda dan kita semua. Syaitan & Iblis sentiasa bersedia untuk menyesatkan anak cucu Adam. Pastikan anda dengar surah Ruqyah, membaca Al Quran dan berzikir setiap hari. Ada di antara wanita yang sentiasa mengalami keguguran. Ada satu kes, 4 kali mengandung dan keempat-empat kali itu pun gugur, walaupun doktor sahkan rahim dan segala-gala kondisi tip-top. Rupa rupanya dia di'intai' makhluk lain. Dekatkan diri dengan Allah. InsyaALLAH kita dijauhkan dari semua ni.
.
21. MAKAN ASID FOLIK & ELAK KECACATAN
.
Seorang wanita WAJIB makan Asid Folik 3 bulan sebelum bersedia untuk hamil. Jika anda tidak tahu tentang perkara ini, dan anda ingin hamil, anda kemungkinan berdepan masalah yang sangat besar. Asid Folik ini sangat penting untuk perkembangan janin di dalam kandungan. Ada di antara bayi mengalami kecacatan seumur hidup disebabkan ibunya tidak mengambil asid folik ketika hamil. Alert dear mommy! Gambar di bawah ialah kecacatan pada bayi iaitu Spina Bifida. Ia disebabkan oleh ibu tidak makan asid folik ketika awal kehamilan. Asid folik boleh didapati dimana-mana farmasi atau klinik kerajaan. Di farmasi, satu papan yang ada lebih kurang 10 biji ubat. Pastikan makan! Jika anda tidak makan asid folik lagi, berhenti baca sekarang pergi ke mana-mana farmasi dengan segera. Beli asid folik dan makan dulu, dan anda boleh sambung baca lepas tu. Pemakanan asid folik tidak boleh lebih dan kurang, terlebih boleh ada masalah, kurang pun akan terjadi lain juga.
.
22. KETAHUI ILMU KEHAMILAN & KELAHIRAN ITU SANGAT SANGAT SANGAT PENTING!!
.
- BELAJAR ILMU KESUBURAN & KEHAMILAN
Ilmu sangat penting untuk hamil. Jangan MALAS & SOMBONG untuk belajar & menggali ilmu Kesuburan & Kehamilan. Kalau waktu subur pun kita tak tahu, tips mudah hamil pun terkapai-kapai, ia akan sukarkan impian kita untuk jadi ibu & ayah dengan mudah. Banyakkan ambil tahu & membaca. Boleh cari info di Google, bertanyakan pada mereka yang berpengalaman & berpengetahuan serta berjumpa Doktor untuk sebarang kemusykilan.
.
Disebabkan kurang ilmu, ramai pasangan suami isteri yang tersasar. Ramai yang ingat, jika dah berkahwin ni maknanya sudah mudah hamil. SEBENARNYA TIDAK. Ada perkara yang anda perlu bersedia sebelum hamil. Anak di dalam kandungan berkemungkinan besar mengalami komplikasi jika ibu & ayahnya tidak cukup ilmu. Saya merayu sangat sangat, tolong ambil berat dan serius terhadap ilmu kehamilan & kelahiran ini. Zaman kita sudah lain daripada zaman ibu & ayah kita dulu, cara pemakanan kita berbeza, cara kita bekerja berbeza, udara, cuaca dan jenis penyakit yang kita ada zaman sekarang jauh lebih berbeza.
.
INI MUNGKIN TERJADI PADA ANAK ANDA JIKA ANDA TIDAK BERJAGA-JAGA!
.
Keguguran 10 minggu yang dialami akibat tidak tahu apa pantang larang pemakanan ketika hamil.
.
Penyakit Jaundice setelah kelahiran akibat tidak tahu apa yang patut makan dan tidak ketika hamil dan lepas melahirkan anak.
.
Penyakit Hydrocephalus disebabkan tidak makan ubat yang sepatutnya.
.
Bayi sesak nafas akibat pelawat yang baru lepas merokok mencium dia.
.
DAN BANYAK LAGI KEJADIAN KETIKA HAMIL DAN SELEPAS KELAHIRAN YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU DAN TIDAK ALERT JUGA
.
- ELAKKAN TEKANAN
Wanita ini diuji dengan pelbagai sebab. Hormon tidak stabil pun dah cukup menekan emosinya apatah lagi jika dibebani dengan kerja di rumah yang tak pernah henti. Ditambah pula dengan kerja kat office. Ni antara punca kenapa wanita nak bersama suami pun dia tak mampu nak bersama sepenuh hati. Tips, kawal stress, senyum & fikir baik baik. Allah kan ada.. 😉-
.
JANGAN PUTUS ASA
Banyak produk kesuburan & kehamilan di pasaran. Tak salah ambil tahu mengenai produk-produk berkenaan seperti Furmon Nano Cream yang membantu stabilkan hormon, lancarkan haid, kurangkan senggugut, bersihkan rahim, suburkan rahim.
.

Sila SHARE untuk manfaat bersama..
Boleh tag rakan nak Hamil atau Tag Encik Suami..👍
.
Admin doakan setiap wanita dapat merasai nikmat mengandung & melahirkan tak lama lagi.
Allahhumma Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...