Bilakah Waktu Subur Wanita Itu?
Setelah kita benar-benar mengerti tentang kitaran haid seorang wanita, maka sebenarnya waktu subur wanita itu adalah pada hari ovulasi itu terjadi atau semasa fasa ke3 bermula kerana telur telah dirangsang keluar dari sarangnya. Jika mahu dihitung dengan tepat, tempohnya adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama kita didatangi haid pada kitaran seterusnya atau bulan berikutnya.
Misalnya, jika tempoh haid kita adalah 28 hari, justeru waktu subur adalah :
28 hari – 14 hari = 14 hari. Hari ke 14 adalah waktu paling subur.
Jika tempoh haid bulan tersebut adalah 30 hari:
30 hari – 14 hari = 16 hari. Hari ke 16 adalah waktu subur.
Jika tempoh haid bulan tersebut adalah 33 hari:
33 hari – 14 hari = 19 hari. Hari ke 19 adalah waktu subur wanita.
Biasanya, fasa ke 3 atau fasa luteal ini adalah tepat 14 hari selepas proses ovulasi berlaku. Justeru, hari subur ialah 14 hari sebelum hari pertama datang bulan pada kitaran seterusnya. Jika anda mempunyai kitaran haid yang teratur, sangat mudah untuk membuat kiraan. Biasanya, individu yang mengalami kitaran haid yang tak teratur ini yang sukar untuk membuat anggaran.
Kesimpulannya, jika anda ingin hamil. Pastikan anda ‘bersama’ dengan suami setiap malam atau siang pada hari ke 11, 12, 13,14, 15 atau 16. Ini sekiranya anda mempunyai kitaran haid 28 hari. Manakala sekiranya anda ingin membuat perancangan keluarga dan tak mahu hamil dalam waktu terdekat dengan cara semulajadi, anda boleh elakkan untuk bersama suami pada hari-hari yang disebutkan tadi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.
Sapu je lega
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...
-
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...
-
21 Khasiat Rambutan AWESOME Anda Wajib Tahu Sedapnya rambutan dimakan sejuk-sejuk, berjus dan manis! Tapi tahukah anda, rambutan turut memb...
-
Ibu,masak apa tu? Masak ikan goreng la macam ainul suka Ohh' ikan yang warna kuning tu ker? Ahh betul ikan gelama masak goreng cencuan B...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan