TIPS PENJAGAAN KEHAMILAN 😇
Seronokknya bergelar ibu, lagi excited anak pertama. Jom sama sama belajar penjagaan kehamilan .
1) Jangan sesekali menangguh/menunda untuk membuat temujanji doktor setelah anda mengetahui anda telah hamil. Hal ini kerana, doktor biasanya akan membekalkan vitamin yang sesuai untuk mengikut tempoh kehamilan anda 🙂 .
*USAH PERDENGARKAN MITOS yang mengatakan vitamin doktor tidak elok/menjejaskan bayi/ bayi akan cepat membesar di dalam perut / bahaya . Percaya atau tidak masih wujud mentality sebegini dalam masyarakat kita !!!
Doktor tahu, apa yang terbaik buat bayi kita.
2) Hindari junk food/fast food/ (jeruk/makanan segera) makanan manis dan lain lain. Sangat bahaya untuk kesihatan otak dan tumbesaran bayi. Makanan manis amatbsensitif sbnarnya untuk ibu mengandung. Perbanyakkan sayuran hijau dan buahan segar. NOTED : ELAKKAN PENGAMBILAN BUAH NENAS !!
KURANGKAN PEMAKANAN PEDAS .
3) Senaman . Senaman yang sesuai juga penting untuk ibu mengandung iaitu senaman khas untuk ibu mengandung *tidak sama seperti senaman biasa* . Senaman penting untuk memastikan bayi aktif di dalam perut .
4) Air putih .
Saat mengandung. Perbanyakkan meminum air putih. Air putih membekalkan oksigen yang baik buat diri dan juga bayi. Itu sangat penting . Pastikan pengambilan ar putih banyak 4liter dan ke atas setiap hari. Jangan malas untuk kerap membuang air . Air putih juga melancarkan metabolisma tubuh ibu mengandung. Pastikan setiap hari membuang air besar .
5) JANGAN MEROKOK/MENGAMBIL ALKOHOL . mungkin ada yang kata, islam mana ambil benda ni semua, hakikatnya segelintir masyarakat kita lebih kurang je dengan non muslim, ramai yang salah guna ..
6) Ambil vitamin/Supplement yang sesuai yang mendapat pengiktirafan daripada doktor. Penting untuk nutrisi bayi yang sihat .
7)Elakkan melakukan aktiviti fizikal yang terlalu berat dan membahayakan ya 😌
8) Buat catatan kehamilan anda dari minggu ke minggu sehingga anda boleh memantau kesihatan anak anda.
9) Jangan stress. Terlalu memikirkan sesuatu masalah sebabnya akan menjejaskan tahap kehamilan. Selalu bersangka baik dan positifkan diri..
10) Jangan cepat marah marah . Biasanya orang hamil agak sensitif dan garang. Perbanyakkan bersabar, dan kata yang baik baik , ingat kata kata ialah doa, bayi anda turut mendengarkan apa yang dikata oleh ibunya 🙉..
11) Selalu membaca, mendengar alquran. Alunan ayat suci alquran . Kajian membuktikan , ibu yang saat hamil sering membaca/menghafal/mendengar ayat suci alquran akan memudahkan anakknya kelak dalam menghafal alquran 🙂.
Selamat Mencuba Ya 😉
Tahniah untuk semua ibu, Bakal ibu . Anda merupakan manusia sangat hebat .
Ayah juga hebat , Buat bakal bergelar ayah. Tahniah . Boleh praktikkan tipstips terbaik untuk isteri dan bayi anda .
Kredit Petua Dan Kesihatan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.
Sapu je lega
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...
-
*TEKNIK DOA YANG BETUL* Mungkin ramai yang dah tau tapi yaa nak share untuk ingatkan balik sesama kita 💕 1. Kalau sebelum ni kita sel...
-
Assalamualaikum.. ZIKIR MUNAJAT🌺 1) *سُبْØَانَ اللهِ ÙˆَالْØَÙ…ْدُ للهِ Ùˆَلاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ Ùˆَاللهُ Ø£َÙƒْبَرُ*💞 Subhanallah wa...
-
GBS ni apa? Bukan Geng Bas Sekolah ye Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum ( tempat simpan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan