Selasa, 10 September 2019
10 Tips Bisnes untuk Berjaya
10 Tips Bisnes untuk Berjaya
1. Buat. Buat. Buat.
Ramai orang dia ada idea yang bagus, tetapi tak buat. Sudahnya idea dia diambil orang.
Nak berjaya, kena buat. Mana ada benda yang datang dengan sendiri. Banyak bisnes besar, bermula kecil-kecilan.
2. Fokus.
Banyak bisnes gagal bukan kerana tak ada idea, tetapi idea terlalu banyak kat kepala. Buat keputusan bisnes mana yang kita nak buat, kemudian tumpukan kepada bisnes tersebut. Bukan beri 100% effort tapi beri 250%.
3. Usah berhenti belajar
Belajarlah dari sesiapa sahaja. Usah pilih bulu untuk belajar. Setiap orang ada kelebihan dan kepakaran sendiri. Dari staf bawahan sampai tauke besar.
Jangan pernah rasa kita hebat. Apabila kita berasa sudah cukup pandai, ketika itulah kita sebenarnya menempah kegagalan.
4. Fokus kepada bisnes kita
Usah buang masa mengkritik dan mencari salah bisnes orang lain. Orang lain salah, belum tentu kita betul. Baik fikirkan cara untuk baiki bisnes kita sendiri.
5. Usah harap orang lain tolong bisnes kita
Kita usahawan, buat sendiri. Usahawan usah ada minda peminta sedekah. Tak payah mengemis bantuan orang. Buat selagi terdaya.
6. Jangan putus semangat
Elakkan mudah rasa kecewa dan putus semangat. Dalam bisnes, ada masa naik, ada masa turun. Itu lumrah. Mana ada bisnes untung sepanjang masa. Jangan gelojoh.
7. Fokus kepada penyelesaian
Semua bisnes ada masalah. Ada orang gunakan istilah cabaran. Apa pun, usah fokus kepada masalah. Cari penyelesaian. Lihat masalah daripada sudut yang positif.
8. Terus belajar
Belajar memang betul dari sesiapa sahaja, namun akhir sekali bila buat keputusan, mesti kena dari diri sendiri. Usahawan mesti berani ambil keputusan tak popular, ada masa bertentangan dengan pemikiran sesiapa sahaja, termasuklah apa yang dikatakan mentor dan sifu itu.
9. Berhenti salahkan orang lain
Orang berjaya berikan hasil, orang gagal berikan alasan. Orang berjaya belajar dari kesilapan, orang gagal menuding jari kepada orang lain.
10. Buktikan dengan hasil
Sekiranya setiap kali anjing menyalak kita berhenti, maka lambatlah sampai ke destinasi. Biarkanlah suara sumbang memperlekeh apa yang kita lakukan. Kita jalan terus. Buktikan dia salah bukan dengan cakap-cakap, tetapi dengan menunjukkan hasil kejayaan yang kita capai.
Credit : Ade azhar ismail
Ceo jurujual jalanan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.
Sapu je lega
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...
-
*TEKNIK DOA YANG BETUL* Mungkin ramai yang dah tau tapi yaa nak share untuk ingatkan balik sesama kita 💕 1. Kalau sebelum ni kita sel...
-
Assalamualaikum.. ZIKIR MUNAJAT🌺 1) *سُبْØَانَ اللهِ ÙˆَالْØَÙ…ْدُ للهِ Ùˆَلاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ Ùˆَاللهُ Ø£َÙƒْبَرُ*💞 Subhanallah wa...
-
GBS ni apa? Bukan Geng Bas Sekolah ye Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum ( tempat simpan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan