5 TIPS MUDAH DAN SELAMAT UNTUK MENGATASI MASALAH PENAT YANG MELAMPAU KETIKA MENGANDUNG
.
Mengandung merupakan pengalaman yang sangat berharga bagi setiap wanita. Pengalaman mengandungkan anak pertama sudah pasti merupakan pengalaman yang sangat berharga. Namun, pregnancy journey bagi setiap wanita itu berbeza-beza, malahan berbeza-beza juga untuk anak pertama, kedua dan seterusnya. Kebiasaannya, mengandung membuatkan ramai ibu-ibu menjadi penat dan lesu terutamanya pada trimester pertama. Mulalah banyak kerja-kerja rumah tertangguh. Bukan itu sahaja, badan yang penat dan lesu ini juga boleh membahayakan anak dalam kandungan.
.
Dalam post ini, saya akan kongsikan cara-cara untuk mengatasi masalah penat dan lesu yang melampau ketika mengandung supaya anda dan anak anda selamat dan sihat sepanjang tempoh 9 bulan mengandung.
=======================================
PUNCA UTAMA KENAPA IBU HAMIL CEPAT RASA PENAT DAN LESU.
.
1. MORNING SICKNESS
Anda kebiasaaannya akan mengalami morning sickness terutamanya pada trimester pertama. Morning sickness membuatkan anda rasa mual, kerap muntah dan hilang selera makan. Apabila anda kerap muntah dan hilang selera makan, badan anda akan jadi cepat penat dan letih disebabkan kurang makan.
.
2. ANEMIA KETIKA MENGANDUNG
Anda berisiko untuk mengalami anemia apabila kandungan haemoglobin dalam darah merah rendah iaitu kurang daripada 11gm/dl. Akibatnya, jumlah oksigen dan zat makanan ke seluruh badan dan juga kepada bayi dalam kandungan juga akan berkurangan. Jadi, badan anda akan cepat berasa penat dan lesu kerana kekurangan oksigen dan zat makanan. Mengikut laman kesihatan Web MD (https://www.webmd.com/baby/guide/anemia-in-pregnancy#1), bayi yang dikandungkan juga berisiko mengalami masalah tumbesaran serta keterlewatan perkembangan. Malahan, bayi juga mungkin turut terdedah kepada risiko anemia.
.
3. TIDUR YANG TIDAK NYENYAK
Ketika mengandung, anda akan mengalami beberapa perubahan fizikal pada tubuh badan anda. Proses untuk badan anda adapt dengan perubahan fizikal ini kadangkala membuatkan anda tidak selesa. Contohnya rasa senak perut dan sakit pinggang. Perkara-perkara ini akan mengganggu tidur anda. Kebiasaannya anda akan susah untuk tidur dan sering terjaga kerana rasa sakit. Tidur yang tidak berkualiti akan membuatkan badan anda penat dan emosi anda kurang stabil.
.
4. KEPERLUAN NUTRISI YANG MENINGKAT
Seiring dengan perkembangan bayi dalam kandungan, keperluan nutrisi anda juga turut meningkat. Berdasarkan Food and Nutrition Board, Institute of Medicine, National Academics, wanita mengandung memerlukan 10% – 50% nutrisi melebihi daripada wanita yang sebaya dengan mereka. Hal ini kerana nutrisi yang diambil kini dikongsi dengan bayi dalam kandungan. Jadi, wanita mengandung perlu mengambil nutrisi yang mencukupi seperti yang disarankan oleh pakar supaya ibu kekal bertenaga dan bayi dalam kandungan dapat membesar dengan sihat.
=========================================
5 TIPS MUDAH DAN SELAMAT UNTUK SELESAIKAN MASALAH PENAT DAN LESU YANG MELAMPAU KETIKA MENGANDUNG
.
1. HALIA
Cara mudah untuk anda selesaikan masalah morning sickness ialah dengan minum air rebusan halia. Air rebusan halia boleh dicampur dengan teh, madu dan lemon untuk rasa yang lebih sedap. Halia mengandungi rasa pedas yang merupakan bahan penting sebagai agen anti loya. Kajian menunjukkan pengambilan halia untuk ibu mengandung adalah selamat dan terbukti berkesan untuk menyelesaikan masalah morning sickness yang teruk. Dalam Ebook Superfood untuk Ibu Mengandung, saya ada terangkan dengan lebih lanjut manfaat-manfaat halia.
.
2. AMBIL PIL YANG DIPRESKRIPSIKAN OLEH DOKTOR
Sekiranya anda didiagnos dengan masalah anemia ketika mengandung, doktor akan mempreskripsikan ubatan khas bagi mengatasi masalah tersebut. Kebiasaannya di klinik kerajaan, anada akan dibekalkan dengan 4 jenis ubat iaitu :-
- Pil zat besi
- Pil asid folik
- Pil Vitamin C
- Pil Vitamin B complex
.
Keempat-empat pil ini perlu diambil setiap hari. Pil-pil yang dibekalkan adalah untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan bagi tujuan penghasilan haemoglobin dalam darah. Apabila, haemoglobin dalam darah meningkat, oksigen ke seluruh anggota badan dan bayi dalam kandungan juga mencukupi. Oleh itu, anda rasa lebih bertenaga dan bayi anda juga dapat membesar dengan selamat.
.
3. BANTAL BAWAH PERUT DAN BELAKANG
Bantal adalah cara yang mudah (dan murah) untuk membuatkan tidur anda lebih selesa. Sebaiknya anda tidur di posisi mengiring untuk mengurangkan tekanan terhadap bayi dalam kandungan. Bantal boleh diletakkan di bawah perut dan di belakang bahagian pinggang untuk support tulang belakang anda ketika tidur. Dengan mengubah gaya tidur anda, anda akan dapati kurang rasa sakit pinggang dan terjaga ketika tidur. Anda juga dapat berehat secukupnya sepanjang malam.
.
4. AMALKAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG
Makanan yang seimbang seharusnya mengandungi karbohidrat, protein, sayur dan buah. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah suku-suku separuh. Maksudnya di sini, satu suku daripada makanan kita ialah nasi, satu suku lagi pula adalah untuk lauk seperti ayam, ikan atau daging, manakala lagi separuh mengandungi kombinasi sayur dan buah. Dengan mengamalkan pengambilan makanan sebegini, ibu-ibu akan dapat khasiat yang cukup untuk tenaga yang berpanjangan dan juga tumbesaran bayi.
.
5. DOUBLE X
Double X merupakan produk yang dibuat khas untuk menampung keperluan nutrisi dalam badan kita. Double X mengandungi 12 jenis vitamin, 9 jenis minerals dan 17 jenis pati phytonutrient yang diambil dari ekstrak pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan. Kesannya, ibu mengandung yang mengambil Double X akan rasa cukup bertenaga sepanjang hari kerana badan anda telah menerima nutrisi yang menyeluruh untuk menghadapi perubahan fizikal dan biologi badan anda ketika mengandung. Selain itu, anda juga tidak perlu bimbang lagi tentang cukup atau tidak nutrisi yang diterima oleh anak anda dalam kandungan.
.
Dalam post ini, anda dah belajar lima tips bagaimana untuk kekal bertenaga sepanjang pregnancy journey anda. Penting untuk anda amalkan sekurangnya satu dari lima tips di atas supaya anda dapat mengatasi masalah penat dan lesu sepanjang hari dan anak anda dapat membesar dengan sihat dan selamat.
.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca artikel saya. Jangan lupa untuk share post ini supaya dapat membantu lebih ramai lagi yang mengalami masalah yang sama untuk selesaikan masalah mereka.
.
Terima kasih ya.
Sabtu, 27 April 2019
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.
Sapu je lega
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...
-
*TEKNIK DOA YANG BETUL* Mungkin ramai yang dah tau tapi yaa nak share untuk ingatkan balik sesama kita 💕 1. Kalau sebelum ni kita sel...
-
Assalamualaikum.. ZIKIR MUNAJAT🌺 1) *سُبْØَانَ اللهِ ÙˆَالْØَÙ…ْدُ للهِ Ùˆَلاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ Ùˆَاللهُ Ø£َÙƒْبَرُ*💞 Subhanallah wa...
-
GBS ni apa? Bukan Geng Bas Sekolah ye Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum ( tempat simpan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan