Kalau kau pilih wanita yang punya karier sendiri, kau kena akur bahawa dia tak boleh uruskan rumahtangga sepenuh masa.
Kalau kau pilih wanita tanpa kerjaya sebagai suri hatimu, jangan merungut jika segala perbelanjaan dan komitmen rumahtangga tergalas atas bahumu.
Kalau kau pilih wanita yang tidak berdikari, kau kena tahu bahawa dia akan bergantung kepadamu.
Kalau kau pilih wanita yang berani dan lantang bersuara, kau jangan marah jika dia keras kepala dan berani berdebat denganmu.
Kalau kau pilih wanita yang cantik bergaya, kau kena terina yang dirinya high maintainance. Perlu belanja yang besar untuk kekalkan kecantikannya.
Kalau kau pilih wanita yang berpendidikan tinggi, kau jangan terkejut kalau dia tegas dengan pendiriannya.
Siapa pon wanita yang kau pilih, dia adalah tulang rusukmu yang akan setia dalam susah dan senangmu.
Maka hargailah mereka selayaknya bidadari duniamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan