Khamis, 16 Mei 2019

JANGAN DI LAYAN!

Orang bisness anda TAK PERLU layan mereka yang
.
Banyak songeh
Banyak komplen
Sangka buruk
Nak free
Nak murah
Apa lagi?
.
Cari prospek yang betul. Jangan biarkan mereka golongan atas ni rosakkan emosi anda dan anda rosakkan bisness anda kerana mereka. Ramai lagi dekat luar sana yang perlukan produk dan bantuan anda.
.
Ingat. Kita berbisness bukannya badan kebajikan masyarakat. Korang nak berbisness nak buat untung ke, berbisness nak buat rugi. Yang takut sangat dengan kastemer tu dah kenapa. πŸ˜…
.
Pelik-pelik seller pun. Hat pembeli lagi pelik. Tak dapat apa dia nak, membawang merata. Komplen mahal lah apa. Dah taknak bayar, macam mana nak bagi? Nak murah mintak diskaun sampai cekik harga modal penjual. Jangan macam tu cik jah.
.
Tengok hantu kak limah sampai 3 4 kali kat wayang buleh je. Kaya je orang Malaysia ni. 😏
Mana taknya, terkumpul dekat 30 juta.. Fuh...
.
.
So korang seller sekalian, Rakyat Malaysia ni ada je duit sebenarnya, kalau benda tak berfaedah depa suka bayar. Beg ke, kasut ke, baju ke, tudung ke, kfc ke, mcd ke. Tengok wayang ke. Tiap bulan beli. Tak kisah duit boleh cari lagi katanya, Nfon baru ke. Pergi bercuti ke. Haa tu depa suka sangat. πŸ˜…
.
Bab nak beli barang korang? πŸ˜‚
.
Nak free gift
Nak free postage
Nak free COD
Nak diskaun
Nak harga promo.
.
Memanjang.
.
Caranya carilah kastemer yang betul dan yang perlukan produk korang. Okey. Move on. Usaha kuat lagi. Jangan sedih-sedih ke down ke. Next!
.
Copypaste Nora Yusof.

!
#TipsSuriAsmak
"MERIAH SUSU!"

Comel tak Madu Kurma Merah dalam packaging kecik ni?

Teristimewa buat mommies yang nak meriahkan susu badan. 😘

Kita semua tahu manfaat madu dan semestinya yang terbaik kalau makanan sunnah ni kan? Kalau Madu Kurma Merah? Inilah 3 manfaat utamanya :

✅ Boleh merangsang pembentukan air susu untuk ibu yang menyusui.
✅ Melancarkan sistem pencernaan.
✅ Mampu turunkan kandungan kolesterol yang dapat membuat perlindungan manfaat hati (liver).

Kesian bila ada mommies yang stress susu badan kurang. I feel you sebab kita pun penah melalui fasa tu. Kalau sebelum ni stress sebab :

😭 Bekalan susu badan tak mencukupi
😭 Anak tak kenyang bila menyusu
😭 Kena bagi susu formula sebagai susu tambahan

InshaAllah dengan Madu Kurma Merah Asmak ni dapat membantu membekalkan susu yang banyak.

Yang penting ikhtiar kan? Selebihnya kita berdoa supaya dilimpahkan seberapa banyak rezeki untuk si comel kita dapat menyusu badan.

#Asmak #WeAreFamily
#AnakSihatHatiTenang #GoNaturalForABetterLife
#MaduKurmaMerah
#MaduTerbaik

Rabu, 15 Mei 2019

Rahsia jus asmak gold

Jus Asmak Gold ni untuk apa???

Ramai yang nak tahu apa khasiat JAG ni..katanya dah ada minyak asmak kenapa nak ada jus pulak..fungsinya mcm mana pulak

Jangan risau ye adik kakak, jus ni tak sama dengan minyak.sebab apa tak sama? Sebab jus ni untuk rawatan dalaman, minyak untuk sapu luaran.

Jadi kalau yg asma kahak batuk kronik boleh sangat guna dua². Tak perlu berkira² untuk kesihatan yg lebih baik.😊

Berasa nak demam elok cepat minum..Hat mana sakit tekak pun boleh minum..Insya Allah dapat melegakan..bukan terus baik na..ikut badan jugak ada yang segera dan ada yang makan masa tapi pemakanan kena jaga jugak..jangan hentam semua..tak jadi apa lah kan..

Jus Asmak gold sentiasa mendapat permintaan tinggi dari pengguna.

Jom dapatkan sekarang.

www.wasap.my/60176730318
/Jag

KEMAS BEG NAK BALIK BERAYA BUKAN SEMUDAH ABC

PESANAN BUAT KAUM "SUAMI"

Jangan kau pertikai apa bini kau buat.

Jangan ingat kemas beg tu senang.

Walaupun kemas beg tu like kemas BEG je, tapi ia merupakan task paling mencabar bagi seorang isteri.

Dia perlu fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus yang bertumpu dan masa yang optimum untuk lakukan task tu dengan baik.

Jangan kau fikir semua baju adalah BAJU.

Baju ni ada banyak jenis baju.

Baju balik kampung.
Baju untuk masak di malam raya.
Baju pagi raya.
Baju ke dapur pada hari raya.
Baju berjalan ke rumah saudara.
Baju casual di malam hari pada hari raya.

Tu baru kategori baju isteri tu sendiri.
Belum masuk tudung.
Tudung jangan kau ingat satu jenis je.
Ada tudung sarung untuk ke dapur.
Ada shawl nak pakai pagi raya.
Ada tudung bawal nak match dengan baju casual.
Inner tudung.
Anak tudung.
Pin tudung.

Pin ni pun ada banyak kelas.
Pin kat telinga kena tajam.
Pin kat dagu kene kecik.
Pin kat bahu kena besar sikit.
Pin kat baju kebaya kena besar gedabak.
Pin baju biasa tu pun kena ada takut kain longgar πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Belum baju anak.
Uiii..tu lagi banyak jenis.

Baju raya.
Baju bila dah tengah hari.
Baju tidur.
Baju ganti kalau baju raya dah comot.
Baju kalau tido dalam aircond.
Baju untuk turn tidur rumah yang takde aircond.
Baju berlubang, baju takde lubang.

Tu kalau seorang anak.
Kalau ada 5?6? πŸ˜‚

Suami punya pun dia kena fikirkan jugak.
Bukan takat baju melayu je.
Butangnya, sampin nya, songkoknya.

Itu baru baju.
Baju tu pulak ada dekat 20 pasang yang dia dah siap iron. Siap congak hari pertama baju ni, hari kedua baju ni. Kalau seminggu kau balik kampung, ha memang nak roboh lah handle tangan kat ceiling kereta tu dia sangkut. Silap aribulan boleh melengkung bumbung kereta.

Belum dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak anak lena.

Iron pun dia bawak weh!

Kasut?
Ha..ada kasut raya.
Ada kasut kalau nak pergi pasar kat rumah mak nanti.
Ada kasut kalau nak jalan jauh.
Hmmmmmm 😯

Fuh...tu je..
Tu je?
Belummmmmm...

Kuih raya..kerepek raya..kek lapis..kek coklat...serunding..dodol...

Ha...mandi cemane mandi...
Sabun mak..sabun anak..sabun bapak tak payah. Dia tibai je sabun apa apa yang ada dalam bilik mandi tu karang.

Shampu, ubat gigi, berus gigi, semua tu mesti cukup. Takde nak main sebat je orang lain punya walaupun dalam bilik air rumah mak tu karang ada dekat 10 jenis sabun mandi sebab semua orang bawak sendiri punya πŸ˜‚

Ha..ok...cukup dah kot. Nak meletup dah pun beg tu ha.

Eh...ada lagi!
Barang mekaaappppp...

Bedak anak, bedak mak, shaver bapak, minyak rambut bapak..deodoran aih semualah... Ketip kuku pun dia bawak.. Cotton bud.. Dan penyepit bulu ketiak pun ada. Entah bila dia ada masa nak proses pun tak tahu 😜

Charger handphone..charger charger..
Tuuuuu kalau dia tak ingat memang takde le bercaj handphone tu karang.

Dan...dan...
Dia siap ada plan kontigensi.
Bawak panadol..minyak angin..blood pressure meter..home thermometer..mopiko..tiger balm..kot anak demam lah..takut anak kene gigit sengkenit lah. Macam macam.

Jarum jahit pun ada..benang..gunting...kot tertetas jahitan kat ketiak ke..tercabut butang baju raya anak ke..

Haaaaa......
Ok.
Ada dah semua.
Fuhh...legaa....
Ok zip beg!

Suami kerjanya apa?
Angkat je beg banyak banyak tu susun dalam kereta.
Jangan cakap pape.

Angkat.susun.senyum.

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Kredit : Via Izyan Izdihar Shaarani

Selasa, 14 Mei 2019

TARBIYYAH ALLAH

Bila ada orang mengadu masalah dia pada kita, pelbagai cara kita boleh pujuk dia. Tetap pujuk sampai dia rasa terpujuk. Heh!..Tapi bila kita yang kena dan ada masalah, kita tak berupaya hatta pujuk diri sendiri. Orang yang melihat selalunya akan kata "sabar, tabah, cekal, kuat." Senang diungkap, sukar untuk dilaksanakan.

Mulut diam, hati menangis. Mungkin kita boleh tipu orang lain dengan kata "takpe, aku okay. Jangan risau." padahal hati dah koyak rabak macam apa. Dan masa tu kita akan banyak diam. Fikir balik. Refleksi diri. Ujian adalah tarbiyyah dari ALLAH adakah kita sabar atau sebaliknya. Kesenangan akan datang selepas kesusahan adalah nikmat dari Tuhan.

Lalu, kita akan rasa betapa ALLAH itu sangat dekat dengan kita. Kalau kita tak diuji, ada ke kita nak duduk diam diam, sorang sorang, fikir balik kenapa semua ni terjadi dan apa tujuan hidup? Mungkin tak, kerana kita tak rasa keperluan dan kebergantungan pada ALLAH. Kita lupa bahawa yang mengizinkan segalanya terjadi adalah DIA. Kita lupa semua tu. Tapi saat diri diuji, hati akan lebih lembut. Saat itulah kita akan letak sepenuhnya pengharapan pada ALLAH.

Banyak sebab kenapa DIA beri kita ujian. Mungkin sebab kita lupa pada Ilahi? Mungkin untuk menguatkan keimanan dalam diri? Mungkin, bila mana ada orang datang untuk berkongsi masalah, kita akan lebih memahami kerana diri sendiri pernah mengalami. Segalanya mungkin, kerana ALLAH tak pernah menjadikan sesuatu itu dengan tujuan yang sia-sia kan?..kan?

So, chill! Ujian ini adalah tarbiyah daripada DIA. Anda sepatutnya gembira dan bersyukur kerana masih ditarbiyah olehNYA!. Dan yang paling penting, itu tandanya DIA masih sayang anda. ALLAH itu Maha Bijaksana, DIA mempunyai banyak cara untuk tunjuk kasih sayangNYA terhadap hamba hambaNYA. Sudah, jangan menangis guling guling atas lantai lagi. Memenatkan mata. Simpanlah air mata untuk muhasabah diri. Peganglah dan genggamlah janji ALLAH seerat eratnya yang telah terkandung di dalam surat cintaNYA.

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." [Al-Insyirah ; 5 & 6]

Janji ALLAH itu pasti. Biar rebah, jangan berubah. Biar terbuang, terus berjuang. Ujian itu tarbiyah dari ALLAH. Semakin dekat kita kepadaNYA, semakin banyak tarbiyah yang beratur di hadapan untuk bertemu dengan kita. Bukan untuk menghalang kita mendekatiNya, tetapi untuk melihat seteguh mana kita berusaha mendekatiNYA.

"Dan sesungguhnya DIAlah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
[An-Najm ; 43]

Kenapa tak FOLLOW UP??

Sebenarnya saya pelik...


Ramai rupanya orang bisnes yang TIDAK BUAT FOLLOW UP!
Boleh kata tiada langsung! Seciput dua saja yang buat follow up.
Yang lain: buat iklan, dapat prospek... siapa beli baguslah, siapa tak beli buang.
Esok ulang semula.
Sibuk komplen sana sini iklan mahal, prospek tak beli, susah close sale.
Ini dosa besar dan rugi besar, bagi saya. Rasa macam nak hantuk-hantuk kepala ke dinding sehingga darah mengalir bersama-sama peluh.
.
.
Soalnya: Kenapa?
Ramai yang jawab: Takut prospek menyampah.
Jika kita menjual secara robot...
Jika kita asyik sibuk menjual...
Memang prospek akan menyampah dengan kita!
Tanamkan niat memberi kebaikan dan manfaat. Niat baik ini akan buatkan kita yakin untuk beritahu dan sampaikan manfaat produk kita.
Jadilah manusia normal, jangan jadi robot!
KLIK SINI untuk belajar buat follow up dengan yakin dan tingkatkan jualan sekarang:
http://brc.my/panduan-follow-up/?ref=72
.
★★★
"Terima kasih atas panduan ni. Terima kasih kerana ingatkan supaya jadi manusia.
"Lepas je follow up, saya dah kurangkan kos FB Ads saya. Selebihnya follow-up customer lama. Memang untung berkali ganda. Customer lama happy. Lega rasa."
~ Tuan Firdaus Latib
.
★★★
"Bagi saya, perkara paling mahal yang kita dapat dalam video ini ialah tentang mindset.
"Kalau ditanya follow up tu apa, rasanya ramai yang mengaku tahu dan pandai pula menghurainya, tapi tak ramai yang tahu mindset di sebalik follow up ni."
~ Tuan Tarmizi
★★★
.
SHARE pada kawan-kawan yang takut untuk buat follow up!

Isnin, 13 Mei 2019

*SABUN SCRUB KOPI*

SABUN SKRUB KOPI PLUS

Sangat sangat berbaloi guna😊.

⭕Kandungan: Kopi,Serbuk Habbatussaudah, Acerola Beade, Sakura Extract dan Sireh
Tak sangka 😱.
⭕Sesuai untuk kanak kanak yang ada masalah EKZEMA
⭕Sesuai untuk wanita & lelaki yang ada masalah kulit berminyak,jeragat,warna tona kulit tak sekata,whitehead & blackhead

Ianya terbukti berkesan untuk atasi masalah:

πŸ‘‰Strechmark bertahun tahun hilang.
πŸ‘‰ Parut jerawat makin pudar.
πŸ‘‰ Kulit muka dan badan jadi halus lagi mulus.
πŸ‘‰ Jeragat makin nipis dan pudar.
πŸ‘‰ Muka makin cerah.
πŸ‘‰ Eye beg bawah mata hilang.
πŸ‘‰ Daki degil di celahan ketiak/ peha tiada.

Haaa..dalam Sabun skrub kopi plus by Asmak ada kopi yang berkualiti tinggi. Dirumuskan khas untuk anda yang inginkan kulit yang sihat & kekal cantik.
Berbaloi, sangat berbaloiπŸ‘πŸ‘πŸ‘.

Dah ler wangi harum macam biskut samperitπŸ˜….
Rasa nak makan jerπŸ˜‚.

Berat:80g

Best tak????😍😍😍

Terjebak nak cubaπŸ˜†?

Meh klik www.wasap.my/0176730318

Kiter sembang sembang kenal kenal dulu ekkπŸ‘πŸ‘πŸ˜†.

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ πŸ‘Ά Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan πŸ‘Ά Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...