Ahad, 29 Mac 2020

Tahun ni. .kalau tak dapat beraya sakan pun tak apa. .

Tahun ni. .kalau tak dapat beraya sakan pun tak apa. .

Tahun ni. . kalau tak ada baju raya pun tak apa. .

Asalkan satu dunia kembali pulih. .

Asalkan kita boleh sambut Ramadhan dgn gembira. .

Asalkan kita dah boleh bebas berjalan kesana kesini. .

Asalkan semua sihat. .

Asalkan kita dah boleh kembali bekerja dengan senang hati. .

Dah bersyukur sangat dah 🙏🏻

Tenang , semua akan kembali pulih. .in shaa Allah. .Walaupun sebenarnya dah mula rindu semua aktiviti2 luar. .sama2 lah kita  berdoa semoga Covid- 19 ni lenyap. .Aamiin2 yarabbal alamin. .

Sama2 Aamiinkann🤲🏻

#StayAtHome
#covid19
#staysafestayhealthy

Ahad, 22 Mac 2020

usaha usaha usaha pastu mohon doa pada Allah SWT.

Bismillah.
Assalammualaikum semua.
ni terjemahan mesej doktor dari Sepanyol.

Negara China telah memahami ‘perangai’ Covid 19 ni selepas bedah2 siasat yg mereka lakukan.

China mengenal pasti karekteristik Covid 19 iaitu ia menyekat saluran pernafasan dgn membentuk mukus tebal yg menyekat pernafasan dan paru2.

China mengenal pasti utk memulakan rawatan ubat , saluran pernafasan kena dilapangkan dulu supaya rawatan ubat dpt mendatangkan kesan.

Ini mengambil masa beberapa hari.
China rekomen semua supaya :

1)minum segala yg panas.kopi ,teh ,sup ,air suam.
elak segala minuman yg sejuk.
minum setiap 20 minit.
ini akan basuh virus masuk ke perut bukan ke paru2.asid perut akan kerjakan virus tu.
Aameen.

2)kumur mulut dgn antiseptik dan air suam sekurang2 sekali sehari.
air cuka suam dan air limau suam pun boleh.

3)virus Covid 19 boleh melekat dkt pakaian dan rambut.
terus mandi pakai sabun bila masuk ke rumah.
jgn duduk2 pegang itu ini dulu.
mandi terus.
basuh pakaian yg dipakai tu terus atau jemur bawah matahari.

4)permukaan metal/besi kena cuci betul2.virus bertahan 9 hari kat permukaan ni.
pegang tombol pintu pegang rail tangga terus basuh tangan dgn sabun 20 saat.
tombol dan rail tangga kat rumah cuci selalu.

5)JANGAN MEROKOK.
ingat paru2 kena tip top nak lawan Covid 19.

6)basuh tangan basuh tangan basuh tangan dgn sabun selama
20 saat(jgn menipu diri)

7)makan buah dan sayur.
tinggikan juga kandungan zink dlm bdn selain vitamin C.

8)cuba elak dari jangkit selsema biasa pun sbb ini boleh lemahkan pertahanan badan.

9)bila rasa tekak dah tak berapa selesa tanda virus dah bersidai maka lakukan serangan balas dgn buat apa yg disuruh kat ATAS tu.

ingat Covid 19 bersidai kat tekak 3-4 hari sebelum menuju ke paru2.
serang semasa is masih di tekak!

dah byk kan dengar rekomen mcm ni.jadi boleh lah kita yakini keberkesanan tindakan2 ini.

usaha usaha usaha pastu mohon doa pada Allah SWT.

kongsikan mesej ini.

tanpa sedar hari ini merupakan *hari terakhir* kita bersama anak isteri dan hari terakhir bersama keluarga,

*RENUNGAN HARI INI* KHAS UNTUK SEMUA
---------------------------------------
👩🏻‍⚕Nukilan COVID-19👩🏻‍⚕

*Jika hari ini kita disaring dan esok didapati positif C-19,*

Maka percayalah...tanpa sedar hari ini merupakan *hari terakhir* kita bersama anak isteri dan hari terakhir bersama keluarga,

*Ketika dikuarantin diwad* tiada seorang pun ahli keluarga boleh melawat, 2 minggu kesunyian di hospital bertemankan nurse dan doktor, hari berganti berlalu, hanya mampu merasa makanan hospital, hanya mampu menatap wajah doktor, nurse dan makcik cleaner, tanpa jemu nurse membuat saringan kesihatan diri kita, tanpa boleh dilawati oleh ahli keluarga,

*Rindu pasti meruntun jiwa* terbayang wajah orang yang disayangi,

*Selepas itu kesihatan makin merosot*, kita dimasukkan ke ICU dengan bantuan pernafasan, maka percayalah, *tiada seorang pun ahli keluarga boleh melawat*

Hari berganti kesihatan terus merosot, hanya mampu terbayang wajah ibu ayah anak dan isteri, maka percayalah kini sudah 3 minggu kita tidak menatap wajah anak isteri ibu mahupun ayah,

*Nazak menjelma*, maka percayalah tiada seorang pun ahli keluarga boleh bersama kita, membisikkan syahadah dan zikrullah, hanya kelihatan doktor dan nurse sedaya upaya memberi bantuan terakhir, 

*Ditakdirkan Allah lebih menyayangi dan kita pergi meninggalkan keluarga*, percayalah masih tiada seorang pun ahli keluarga boleh memandikan jenazah kita, hanya ditayammum oleh pihak hospital dan dibalut plastik tebal, dan ditanah perkuburan, percayalah masih lagi tiada seorang pun ahli keluarga boleh mengangkat jenazah dan mengebumikan kita,

*Semuanya diurus pihak hospital dengan prosedur ketat* perginya terlalu pantas dan tidak di sangka, ketika mana takdir telah menentukan, ahli keluarga hanya mampu berdoa dari jauh...dan pada ketika ini 

*BERSAMALAH KELUARGA, PLEASE STAY AT HOME...*

Jumaat, 20 Mac 2020

ingat yee

Warga KKM merayu sangat😔


Contoh Situasi:
(12am: satu family dtg ke klinik kerana si ibu demam )..suhu bdn 38.5'
Jururawat: puan ada contact dgn mana pesakit yg positif covid19 sblm ni?
Pesakit: tiada
Jururawat: ada membuat lawatan ke luar negara dlm mase terdekat?
Pesakit : tiada
Jururawat: ada pergi ke mana2 perhimpunan sebelum ni?
Pesakit: tiada..sy demam sudah 3 hari.. demam biase je.. sy nk jumpe doktor je pun susah ke?.
(Dlm bilik doktor)
Doktor: yer puan sakit apa?
Pesakit: sy demam doktor.. jiran saya baru balik dari luar negara.. skrg dia dekat hospital positif covid19..lepas dia blk dr luar negara saya ade pergi ke rumah dia..
Doktor: kenapa puan blh msk dalam bilik saya..jururawat tak ade buat screening ke kat luar?
Pesakit: ada.. tp saya tak cakap pasal jiran saya tu.. nanti org lain dengar bising pulak kat luar..
Doktor: puan boleh keluar.. klinik bukan tempat untuk selesaikan masalah puan..kami tiada alat untuk cek samaada puan positif ke tidak.. sila pergi ke saluran yg betul..
Kenapa perlu menipu..skrg byk tempat dh kamu pegang.. tombol pintu
.kerusi..meja .. kaunter daftar...semua tmpt kami kene disinfact.. nanti kami dgn doktor2 skali kene kuarantin..

TIDAKKAH KAMU TAHU KESANNYA..TLG JGN SUKARKAN KEADAAN..

#copypaste
#covid19

Khamis, 19 Mac 2020

Kalau nak saya bimbing anda pun boleh,insyaAllah.Jom kita sembang -sembang meh.

Apa kita nak buat bila cuti dan kena duduk rumah? 

1. Luangkan masa dengan anak-anak. 
2. Gotong royong kemas rumah sama-sama. 
3. Buat aktiviti membaca buku bersama-sama dan galakkan anak bercerita tentang buku tersebut terutamanya mesej yang dapat dari buku tersebut. 
4. Mengaji dan menghafal al Quran
5. Tadabbur bersama-sama
6. Lakukan solat sunat bersama-sama. 
7. Banyakkan menonton ceramah atau program agama secara online atau di TV 
8. Banyakkan muhasabah diri
9. Banyakkan menulis 
10. Siapkan beberapa kerja yang memerlukan fokus anda selama ini. 


Ini tip jika anda buat bisnes 
1. Banyakkan membaca buku-buku berkenaan
2. Tuliskan plan baru dan strategi
3. Terus buat
4. Ejas jika perlu
5. Pantau 

Bagi yang kurang fokus pada bisnes online selama ini,bolehlah beri perhatian pada bisnes online. 
Bacalah tip percuma yang banyak sekali dikongsikan di internet. 

Kalau nak saya bimbing anda pun boleh,insyaAllah.Jom kita sembang -sembang meh.





Rabu, 18 Mac 2020

Mungkin sedikit sebanyak info di atas dapat memberi panduan kepada kita.

China berjaya kawal Covid 19. Gambar ini menunjukkan sebuah hospital sementara yang meraikan mereka berjaya mengosongkan dan menghantar pulang pesakit.

Menurut Mi Seng, jurucakap National Health Commission di dalam sidang akhbar di Beijing menyatakan di China situasi telah terkawal. Rabu lepas sahaja hanya 8 kes dilaporkan di luar Wuhan yang mendapat wabak ini.

Malah mereka menghantar 9 orang pakar dan 3 tan bantuan perubatan kepada Itali pada khamis lepas bagi membantu Itali mengatasi wabak ini. 

Bagaimana mereka berjaya lakukan? 
Saya terbaca tentang perkongsian dari rakyat Malaysia di Chingqing China tentang bagaimana mereka lakukan. Saya ringkaskan ke bahasa Melayu supaya lebih ramai faham.

Menurut beliau bukan hanya Hubei dan Wuhan yang dikurantin malah seluruh China. 

Ketika kurantin hanya seorang wakil isi rumah yang dibenarkan keluar untuk mendapat barang keperluan penting setiap 2 ke 3 hari. 

Keperluan penting bermaksud hanyalah kedai barangan keperluan, supermarket, farmasi, klinik yang penting sahaja dibuka. Tidak boleh melepak, berjalan tanpa tujuan. Jika berlaku, pihak polis akan menasihatkan mereka balik ke rumah.

Semua orang perlu menyemak suhu sebelum memasuki mana mana bangunan. Kurantin ini berlaku selama 40 hari di sana. Termasuklah tiada sekolah dan ke tempat kerja.

Jika keluar ini yang mereka lakukan.
1. Memakai topeng muka
2. Membawa hand sanitizer bersama mereka
3. Keluar rumah, jika pegang butang lif mereka akan sanitize tangan sebelum masuk ke dalam kereta dan pegang barangan lain.
4. Tidak memegang muka terutama hidung, mata dan mulut. Jika perlu mereka akan sanitise dahulu dan menggunakan baju bahagian dalam untuk lap.
5. Selepas membeli barang, masukkan barang di dalam kereta dan sanitise tangan.
6. Balik rumah, basuh tangan dengan sabun, tanggalkan mask dan gantung di kawasan berudara untuk dipakai semula.
7.  Tukar baju, basuh baju dengan air suhu 60 celcius dan terus mandi
8. Sanitise barangan dibeli termasuk plastik dan bag pakai semula
9. Sanitise kunci kereta, pemegang pintu, dan handphone. 

Mereka di China semua menggunakan e wallet. Jika gunakan duit mereka akan sanitise juga.

Mungkin sedikit sebanyak info di atas dapat memberi panduan kepada kita.

Saya tulis post ini supaya ibu ayah saya juga faham. Kerana mereka yang paling berisiko tinggi adalah mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Sampaikanlah kepada ibu bapa anda supaya kurang keluar rumah. Tak lama sekejap sahaja. 

Jadilah orang yang bijak belajar dari pengalaman orang lain. Cepat buat cepat habis wabak ini.

Rujukan : https://www.thestar.com.my/news/regional/2020/03/13/china-says-its-covid-19-peak-is-over
#covid19 #sharingiscaring #tatehmalaysia
*PENGALAMAN PESAKIT CORONA VIRUS !!!! Kesan, Nasihat dan Cara Rawatan*

#coronavirus #covid19 #rawatan

*_"Tak ubah umpama perjalanan orang nak Zuhud, kena kurang makan, kurang tidur, tak boleh bercakap, hilang rasa diri dan yang ada hanya pandangan kosong macam Zombie"_*
- _Kak Sha_

Pengalaman jemaah yang kena Corona virus berasal dari Kuala Kurau, Perak yang kini masih di kuarantin di rumahnya hampir 3 minggu dan keadaannya sekarang 80% InshaAllah sembuh.

*KESAN CORONA VIRUS*

1) Rasa bahang panas dibelakang bhg paru-paru nya.

2) Tidak dapat tidur dan bila nak terlelap je terasa nyawa putus dan jantung terhenti.

3) Tercungap-cungap rasa macam lemas air.

4) Hilang separuh deria bau dan rasa.

5) Hidung rasa tersumbat macam selesema tapi tak de hingus.

6) Batuk rasa nak tanggal paru-paru tapi tiada kahak keluar.

7) Pandangan kosong, terasa diri telah hilang macam tak tau apa-apa.

8) Paling sakit ialah dibahagian dada paru-paru sebelah kanan.

9) Segala organ sendi rasa sakit.

10) Setiap kali telan makanan atau minuman, terasa pedih ketika memasuki rongga.

11) Suara serak dan mulai hilang

12) Lapar yang amat sangat.

13) Ingatan sekejap kejap kosong.. terasa macam Zombie...

*NASIHAT*

1) Makan Bubur Nasi
2) Kurangkan Nasi, udang, sotong dan daging.
3) Jangan makan sos dan sebarang perisa.
4) Jangan minum ais atau makanan sejuk dari peti ais.
5) Kerap basuh hidung macam berwuduk supaya senang keluar kahak yang bersalut dirongga paru-paru.
6) Banyakkan zikir dan selawat
7) Jangan mandi malam
8) Elak makan Maggi atau Mee Kuning sebab virus cepat aktif.

*RESEPI AIR RAWATAN*

*1) AIR HALIA MADU*

Ambil seketul halia, cuci bersih, buang kulit dan hiris nipis, kemudian rebus dengan air bersih 1.5 liter selama 30minit. Bila air rebusan itu suam, boleh minum dalam 100ml dan ditambah sedikit madu.

*2) AIR HERBA*

Bahan-bahannya:
3 helai daun salam
3 helai daun pandan
1 buku halia sebesar ibu jari
1 buku kunyit sebesar ibu jari
1/2 inci temu lawak
1 sudu biji ketumbar
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 batang serai

caranya: Rebus semua bahan dengan 1.5 liter air bersih selama 30minit. Dan bila suam minum dalam 100ml dengan ditambah sedikit madu lebah. Untuk Pencegahan minum awal pagi sebelum makan ketika perut kosong dan untuk rawatan minum 3 kali sehari.

*KESIMPULANNYA*

Semuanya dengan izin Allah SWT. Semuga kita semua dilindungi oleh Allah SWT dan kita ucapkan terima kasih atas kesudian kak Sha berkongsi pengalaman dan kita semua doakan agar kak Sha segera sembuh. 

Agar kita mendapat menafaat daripada pengkongsian ini.

Terima kasih dan iLovU ❤ u kerana sudi subscribe, like, komen dan share channel ini untuk membantu kami berkarya lebih lagi.
#alambiaqtv


https://youtu.be/-OyxaaBeQls

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...