Ahad, 12 Julai 2020

Zakat perniagaan(perisai rezeki)


Faham kelebihan membayar zakat(2.5%)
untung kecil bayar sikit sahaja. jangan rasa terbeban. bayar zakat lebih tetap rendah lagi..


Betolkan MINDSET
jaga hubungan dengan allah swt. jaga solat di awal waktu. mengisi masa lapang dengan pekara berfaedah seperti berselawat,Zikir dan istifar dan membaca al Quran.Sedekah alfatihah untuk diri sendiri dan keluarga serta sahabat yang lain(team).
Berbuat baik dengan orang terdekat(keluarga)jiran/rakan) berkongsi rezeki dengan cara bersedekah(konsisten)
(senyum/tenaga/ilmu)
sentiasa membuka buku baru(semangat baru)
banyakan membaca/cari idea yang baru. banyak ilmu percuma boleh kita pelajari yang penting rajin.
membaca perkongsian yang baik. follow mereka yang boleh menjadi inspirasi pada kita(azizan Osman/najib assadok)
terus bertindak atas ilmu yang di terima. sentiasa upgrade ilmu baru(online/offline)

Bagaimana orang kaya lebih kaya dalam perniagaan??


Bagaimana orang kaya lebih kaya dalam perniagaan??
_keluar dari zon selesa,buat perubahan dalam diri(Automatik akan ada perubahan dalam diri)
Hijrah dari maksud: PERMINDAHAN

hijrah minda:
Mindset kena betol dan jelas. Hijrah perlbagai bentuk(Contoh kisah inspirasi tokoh islam,Sirah/kisah sahabat nasi.

Halangan pertama:
Alasan tiada modal
(cari modal,kumpul modal contoh jadi dropship/untung sikit buat simpan utk mulakan sesuatu perniagaan. Mula dari bawah kecil²lan pon tak apa janji kita bermulaπŸ‘πŸ»
sikit2 kita kembangkan perniagaan kita.
-Amazon Associates
-Amazon.com

JANGAN BERI ALASAN TAK ADA DUIT

Ramainye pasaing:
Abdul Rahman bin Auf
cabaran-global yahudi
beliau menjual unta dan kuda.pandai mencari peluang,kreatif dengan cara menjual tadi unta yang cantik dan menarik.
Profit dari tali unta.

Sebelom Covid19
Nak mula perniagaan bagaimana? ramai pesaing.pikir asyik negatif sampaii sudah tak kemanaπŸ™„

Selepas Covid:
Nak bermula bagimana. orang tak membeli. kuasa pembeli rendah. (jenis malas ni bagi alasan jer)
baik terjun sungaiπŸ€—

Orang lain buat duit kenapa kita bagi ALASAN?? SELESA SANGAT KEADAAN SEKARANG??

Contoh Bisness dari rumah:
Bisness amazon.com mula.perniagaan dengan modal yang kecil. guna apa yang ada,jangan memilih sangat.

teknik Boostrap
untung kecil naik usahana utk dapat untung besar. dengan cara.
bermula dengan modal yang sedikit kita usaha untuk tambah modal
(modal berkembang)
Stok kita meningkat
profit meningkat
keuntungan bertambah
Lakukan segala tindakan dengan cemerlang. FOKUS DAN KONSISTENπŸ’ͺ🏼

Saidatina khadijah khuwailid 800 unta
400 pekerja. wanita terkaya..
*The pure/Queen of Quraysh(berniaga dan banyak memberi)

Setiap dari kita pasti ada impian?

15 Impian cheta:

1-Nak ada duit simpanan sendiri,kegunaan untuk kecemasan itu penting*
2- Nak Ada kereta sendiri
boleh pergi mana kita suka
3- Nak Ambil lesen kereta
4-Nak Pergi bercuti Naik Kapal terebang/kereta api bawak family Makan angin.
5- Nak bawa family di restoran mewah
6-Nak jadi Stokis Negeri suatu hari nanti
6.Nak ada 100 0rang agen
7-Nak Ada set kumputer/laptop yang lengkap(mudah nak print apa2 tugasan)
8-Nak turunkan berat badan.
9. Nak beli rumah sendiri insyaallah
10. Nak pergi bercuti di chalet bonda Rozita ibrahim
11. Nak beli set barang kemas untuk diri sendiri/Anak
12.Ingin menolong keluarga,nak bantu Akak dan abang saya(hulur duit belanja)
13.Menunaikan zakat bulanan
14-Tunaikan ibadah korban
15- Nak bawa family ke Mekah(haji/Umrah
16. Ada rezeki nak anak lelaki sorang..😁

Ahad, 21 Jun 2020

Kenapa dengan emosi suri rumah?


Aku terpanggil untuk menulis depressi di kalangan suri rumah. Sebab harini ramai tag aku  rasa nak marah jiran, bila jiran kata mereka tak pandai jaga anak. 
Kata jiran, dok rumah "kangkang" saja. Ada yang mula dengar suara suruh bunuh anak, ada yang rasa nak kelar diri sendiri.

Allah Allah Allah😞

Aku rasa aku perlu tulis ni untuk luahkan apa yang mereka rasa. Ya, aku faham benar apa kau rasa. 

Aku minta maaf, aku tak dapat tulis bagi yang bekerja. Jadi kita focus pada yang suri rumah saja ya? Aku enjoy bekerja. Tetapi bekerja, kita memerlukan jadual kerja supaya hidup kita sangat teratur. Kita banyak betul bermain dengan masa. Tetapi yang tinggal di rumah, kami bermain dengan emosi, terlalu penat mental, fizikal.

Kenapa dengan emosi suri rumah?

#1 DILABEL SEBAGAI " GOYANG KAKI"

" kerja apa?"  Soal makcik senah jiran depan rumah.

"Oh, saya suri rumah Cik Senah,"

" Oh tak kerja, seronoklah duduk rumah tak penat sangat ," Cik Senah mula cari gaduh.

Terus Timah berlari masuk rumah menangis sebab rasa sangat "loser".

Bayangkan kalau 10 orang, 20 orang atau lebih dari tu cakap benda yang sama? Rasa seperti tak berfungsi dan tak memberi manfaat. 

Suri rumah ni satu pekerjaan yang sangat mulia. Lubuk pahala tau? Kenapalah masyarakat tak faham benda ni? Sudahlah kerja non stop, tiada rehat untuk diri sendiri. Makan, solat, kelam kabut. Tambah tambah anak masih kecil umur rapat-rapat. Cuba bila dengar je orang kerja suri rumah respon terus begini

" Subhanallah, hebatnya! Banyak pahala yang Allah nak beri pada awak. Awak memang isteri dan ibu yang hebat! "

#2 PENAT MENTAL FIZIKAL

" Abang, harini anak kita jatuh bang. Saya tak larat betul rasa anak lasak sangat," Timah mula mengadu.

" Awak ni merungut begini nanti Allah tarik nikmat anak baru tahu! Cubalah bersyukur!" Seman naik berang sambil scroll facebook.

Gais, isteri cuma mahu bercerita. Dia bukan tidak  bersyukur. Cubalah kau peluk dia dan cakaplah,

" Biar sini abang jagakan Talib, awak pergilah mandi lama-lama, solat tenang-tenang ok? Abang tahu awak penat seharian uruskan anak-anak yang tengah melasak," - Seman, suami dan ayah mithali.

Kadang kadang waktu rehat isteri tu biarlah dia main facebook, biarkan dia bersendiri sekejap. Ini sudahlah letih seharian, anak meragam tak berhenti, penat kehulu kehilir hantar ambil anak anak.Suami balik kena layan suami lg ...

Ada yang suami di luar negara. Whatsapp suami cerita tentang anak-anak kadang kadang bluetick saja. Atau balas " Sabarlah,mama. Papa jauh ni,"

Gais, mereka maklum kau jauh. Cubalah kau tanya dia harinya bagaimana. Sihat atau tidak? Sempat atau tidak makan dari tadi?

Atau yang lebih dasyat , merekalah isteri, merekalah suami. Suami pula banyak lepas tangan urusan keluarga.. Allah Allah Allah 😞

Sabarlah wahai isteri, segala penat lelah tu jika kita Redha, terlalu banyak ganjaran buat kita. Mohon pada Allah supaya diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan. Manusia ni, sentiasa buat kita kecewa.

Tapi Allah tak pernah pun menyakitkan kita. Allah sentiasa ada untuk kita. 

Percayalah!

#3 TIADA SUMBER PENDAPATAN

Media sosial ni penuh sebenarnya gambar Peah bercuti bersama rakan rakan, company trip pergi bandung lah, honeymoon di Swiss lah. Maka Timah pun mula berdukacita.

Timah kalau dapat pergi kedai ECO pun rasa dah nak histeria punya happy tau? 

Ada yang sempat bekerja dari rumah. ada yang memang tak mampu pun nak buat bisnes dari rumah. Situasi kita semua tak sama. Ada yang anak terlalu aktif, kau baru nak reply order orang di instagram, anak dah main tepung kat dapur.

Jadi, apa yang suami beri, itu sajalah yang dia ada. Ada duit sikit, waktu ke kedai ECO, banyak yang dibeli untuk anak. Diri sendiri? 1 saja.Magic sponge. Syahirah kata bagus sangat magic sponge Timah pun belilah. Cuba nak sental dinding penuh anak conteng guna pensil warna.

Hidup dia, dunia dia, hanyalah suami, dan anak anak.

Rasa rendah diri tu memang ada. Biarpun belajar pandai, Diploma, Degree simpan saja sebagai kenangan. Kawan-kawan semua gaji 5 angka.

Sayang,

Dengar sini. Hidup ini ada yang lebih, ada yang kurang. Tak semua yang dipamerkan di media sosial tu semuanya indah belaka. Yang bekerja juga ada yang mereka struggle juga. Masalah pengasuh, masalah orang gaji curi barang, majikan zalim, rakan sekerja menyakitkan hati , masalah suami tak beri nafkah, masalah terlalu banyak komitmen. Ada yang memang suka bekerja dan tak suka tinggal di rumah. Ada yang terpaksa bantu suami kerana pendapatan suami saja tak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan.

Kita sangka baik ya? Allah beri kita masa bersama anak-anak. Biarlah kita tiada pendapatan, tetapi masih ada kesempatan untuk lihat mereka membesar di tangan kita.

Sesekali kau penat, berehatlah. Cakaplah pada suami energi kau ibarat arnab yang kehabisan bateri sewaktu berlumba lari. Beri masa untuk kau "recharge"  semula diri.

#4 DIBEZAKAN MERTUA

Ini jarang berlaku tetapi antara faktor yang menyebabkan suri rumah depressi. Bila bekerja, kita ada duit poket sendiri untuk gembirakan keluarga. Bagi yang tidak bekerja ni, apa yang suami mampu sajalah.

Ada di dalam masyarakat kita terpaksa bersaing secara tidak sihat untuk menangi hati mertua dengan kebendaan.

Astaghfirullahal'azim.

Sayang, jika kau tiada duit ringgit, kau masih mempunyai hati yang baik dan tangan untuk mengembirakan mak ayah. Kau boleh bantu mak di dapur, kau boleh picit kaki mak, kau boleh berbual dengan mak. Sesekali kau masakkan makanan kegemaran mak.

Hidup ni, bukan semuanya boleh dibeli dengan duit ringgit kan? Mak tahu kebaikkan setiap menantu mak.
Melainkan memang mak tak nampak lansung effort kau. Tu kes lain lah.

Jangan rasa rendah diri. Kita kena bangga dengan tugas kita. Tak ada kita anak mak cari spender pun tak jumpa kat longgok mana tau.

#5 MAHUKAN PENGHARGAAN.

" Terima kasih sayang, sebab jagakan anak-anak harini, abang sayang sangat sayang, banyak sangat pengorbanan sayang," 

" Sayang, harini pergilah mana awak nak pergi. Abang bagi awak cuti. sayang pergilah topup apa yang patut,"

Tekanan isteri di rumah ni, kadang-kadang anak menangis pun dah tak mampu lagi nak dihadam. Pengisian rohani pun tak ada bila terlalu sibuk menguruskan anak-anak. Aku pasti dalam hati suri rumah semua mahu pergi keluar utk menikmati masa d luar rumah.

Bawalah isteri dan anak-anak  setiap hujung minggu. Suami jagalah anak-anak sekejap. Biar isteri rasa bertenang sbb itu yang dia selalu tak dapat waktu di rumah.  Jangan pula bila cuti saja kita pilih melepak di rumah main game. Isteri tu bila yang dia rehat? Dia bukan ada cuti tau? Paling awal bangun tidur, paling lewat masuk tidur. Kalau yang menyusu tu, Allahuakbar, sakit habis badan-badan.

Isteri ni bila letih, penat sangat, makan tak setel, tak dihargai, mula dia naik hantu. Rasanya semua manusia pun begitu kan?  

Cuba tengok penampilan dia. Duduk rumah pun mana yang sempat saja.  Dia selekeh kerana semuanya dia terpaksa uruskan. Dia terlalu sayangkan keluarga sampaikan abaikan diri sendiri.

#6  SEMUA PERASAAN TERBUKU DIHATI.

Kalau yang bekerja, kita ada masa untuk bersosial.Aku sangat enjoy waktu bekerja. Kau tahu, ada masa untuk makan, untuk solat. Yang best aku suka sangat sebab aku ada kawan nyata. Boleh bersembang, begurau.

Tetapi yang duduk rumah ni, mereka friendlist kat facebook je 5000, tapi sangat lonely.

Tak ada tempat berbual. Buka je mata anak, tutup je mata, anak. Suami balik kerja dan penat. Tak sempat nak dengar pun apa yang terbuku di hati.

Bang, kau genggam la tangan isteri,  kau tanyalah dia

" Sayang, hari awak macamana harini? Awak ok? Cuba luah apa yang awak rasa pada abang,"

"Pung pang bla bla bla timah bla bla bla best tau sayang..bla bla bla! Hahahahha...ada ke patut?" Timah mula bercerita.

Gais, kalau tak faham, kau tatap saja muka dia cubalah kau respon sama. dia gelak kau pun gelak. Letaklah telifon di sebelah. kau tatap saja wajah dia.

Wajah tu lah yang mudahkan urusan kau setiap hari. yang uruskan makan pakai kau, uruskan rumahtangga, uruskan anak anak.

Tak ada dia, kau pergi office pakai kain pelekat agaknya.

Allah Allah Allah.

Dalam hidup ni, ramai yang dibesarkan tanpa ada rasa empati terhadap orang lain kan? Tapi tu boleh diperbaiki. Kita cuma perlu belajar menghargai dan  menyayangi selagi ada. Buatlah seperti yang Allah minta.

Suami, isteri, datang dari "planet" yang berbeza.
Dibesarkan juga dengan cara yang berbeza.
Tetapi Allah tahu yang terbaik buat hambaNya.
Semua yang diatur pasti ada hikmahnya.
Belajarlah memahami, melengkapi untuk rasa bahagia.

Kau banyak baca " La hawlawala quwata illa billah,"
Tak ada daya dan kekuatan melainkan Allah saja.
Please take care ok?

Salam sayang,

##copypaste

Rabu, 3 Jun 2020

si madu Asli

Selama ni memang cari Madu Asli yang betul-betul asli. Bila tau Asmak ada keluarkan Madu Asli memang trus grab. Madu Asli Asmak dah berada di pasaran sejak 2015 lagi tau 😍. Mari berkenalan dengan Madu Asli Asmak

🐝Isipadu Madu Asli ialah 300ml
🐝
🐝Sesuai dimakan oleh kanak² dan orang dewasa
🐝Memberikan tenaga yang berpanjangan dan menguatkan antibodi
🐝Sesuai diamalkan untuk mereka yang ada masalah batuk
🐝Merupakan makanan sunnah
🐝 Percuma sebotol Habbatussauda πŸ˜ƒ

#maduasliasmak
#kuatkanantibodi
#makanansunnah

Ahad, 10 Mei 2020

Sediakanlah cardigan labuh, n tudung sarung.

Girls....

Sediakanlah cardigan labuh, n tudung sarung.

Kenapa?

Sebab apabila J&T, Posmen, Tetamu, Food Panda datang. Kita sempat capai pakaian dua ni ntk menutup aurat. Seriously, rushing kadang2 penghantar terpaksa tunggu lama sebab kita baru nak cari tudung.

Semoga Allah bimbing kita hidup bersyariat.

Rabu, 6 Mei 2020

Payah betul nak pujuk anak makan ubat, jenuh kejar satu rumah. Dan la selsema, batuk dan banyak kahak dia bantai menangis sbb kena paksa makan ubat, bertambah banyak la hingus dia.

π“π€πŠππ€πŠ πŒπ€πŠπ€π 𝐔𝐁𝐀𝐓 ππŽπ‹π„π‡ 𝐒𝐀𝐏𝐔 πŒπˆππ˜π€πŠ π€π’πŒπ€πŠ
.
Payah betul nak pujuk anak makan ubat, jenuh kejar satu rumah. Dan la selsema, batuk dan banyak kahak dia bantai menangis sbb kena paksa makan ubat, bertambah banyak la hingus dia. 

Tapi bila sapu #MinyakHerbaAsmak dia nak pulak. Alhamdulillah lega dan Batuk Selsema dan kahak pun hilang.  Memang mujarab.  Kena simpan satu dalam 1st Aid Box setiap rumah.

Kegunaan Minyak Herba Asmak Mujarab

🌸 meredakan batuk
🌸 meredakan selsema
🌸 hidung tersumbat
🌸 batuk
🌸 luka kecil
🌸 mabuk perjalanan 
🌸 mabuk laut
🌸 gigitan serangga
🌸 mudah tidur 
🌸 menjauhkan nyamuk/serangga

Dapatkan segera hari ini
.
BERMINAT NAK CUBA?
Picit link whatsap 
www.wasap.my/60176730318/MHAM

#AsmakMasjidTanahMelaka
#ChetaAsmak
#MelegakanBATUKKahak
#SEMPUTASMA

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ πŸ‘Ά Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan πŸ‘Ά Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...