Sabtu, 6 Mac 2021

rekod biar kemas

Saat orang lain berseronok di luar.
kita pon seronok juga dekat rumah,beriang ria ahh😁😁
Sambil selesaikan kerja jeling sekali kerja sekolah anak...

Rekod baik-baik supaya menyenangkan diri sendiri. bila buat posmotem.πŸ˜ƒ supaya tak pening hujung bulan vs Hujung tahun

Jumaat, 5 Mac 2021

JENIS-JENIS BATU KARANG.

JENIS-JENIS BATU KARANG
.
Batu karang atau renal calculi adalah jisim pepejal yang diperbuat daripada kristal. Ia biasanya berasal dari buah pinggang anda. Bagaimana pun, ia boleh berkembang di mana-mana sepanjang saluran kencing.
.
Antara bahagian batu karang terbentuk :

1. Buah pinggang

2. Ureter (Saluran yang mengalirkan air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing)

3. Pundi kencing

4. Uretra (Saluran yang membawa keluar air kencing dari pundi kencing)
.
Terdapat lima jenis batu karang yang berbeza jenis dan penting untuk mengetahuinya.
.
1. Batu kalsium

Batu karang jenis ini adalah paling biasa dialami kebanyakan orang dan ianya merangkumi 75% batu karang yang selalu terbentuk. Batu kalsium ini cenderung terbentuk apabila air kencing berasid iaitu mempunyai nilai pH yang rendah.

Kajian awal menyatakan diet yang rendah protein dan makanan kurang garam adalah bagus bagi pesakit yang mempunyai jenis batu karang kalsium kerana ia boleh mengelakkan batu tersebut daripada terbentuk.

Walaupun batu karang ini terbentuk daripada kalsium, terdapat kajian menunjukkan pengambilan kalsium melalui diet boleh mengelakkannya daripada terbentuk. Ini kerana ia boleh bergabung dengan kompaun oxalate di dalam makanan yang menjadi punca batu karang. Penggabungan dua kompaun ini tidak boleh diserap dan akan dikeluarkan melalui usus.

Oxalate diet adalah molekul organik yang terdapat di banyak sayuran, buah-buahan, dan kacang-kacangan. Selain itu, kalsium dari tulang juga boleh memainkan peranan dalam pembentukan batu karang.
.
2. Batu struvite

Batu karang jenis ini kebiasaannya terdapat pada wanita yang mengalami jangkitan saluran kencing (UTI). Ia merangkumi 15% daripada batu karang yang selalu terbentuk. Pembentukannya adalah disebabkan oleh bakteria Proteus, Pseudomonas dan spesies Klebsiella.

Batu-batu ini boleh menjadi besar dan menyebabkan kesukaran untuk kencing. Oleh itu, merawat jangkitan boleh menghalang perkembangan batu struvite.
.
3. Batu asid urik

Batu karang jenis ini kebiasaannya berlaku pada lelaki berbanding wanita. Malah, boleh juga berlaku pada orang yang menhidap gout atau orang yang menjalani kimoterapi. Pembentukannya merangkumi 6% daripada batu karang yang selalu terbentuk.

Pembentukannya mempunyai kaitan dengan pH air kencing iaitu kurang daripada 5.5, pengambilan diet yang tinggi kandungan purine (organ dalaman, ikan bilis, makanan laut) atau pesakit yang mempunyai kanser. Diet yang kaya purine adalah bahan yang tidak berwarna dalam protein haiwan seperti ikan, kerang dan daging.

Bagi pesakit gout, kandungan darah mereka mengandungi asid urik yang tinggi menyebabkannya terkumpul dalam saluran air kencing dan membentuk batu.
.
4. Batu cystine

Batu karang jenis ini paling jarang berlaku yang mana ia hanya melibatkan 2% penyebab batu karang terbentuk. Ia terhasil akibat daripada gangguan genetik yang berlaku secara semula jadi dalam badan yang menyebabkan sista asid amino iaitu kebocoran salah satu blok protein dari buah pinggang ke dalam air kencing untuk membentuk batu karang.

Dengan mengetahui jenis batu karang yang dihidapi seseorang, perubahan pola pemakanan boleh disesuaikan bagi mengelakkan penyakit ini lebih parah. Sebagai contoh, mengehadkan oxalate dalam diet boleh membantu mengelakkan batu kalsium oxalate. Selain itu, minum air yang cukup membantu menghalang semua jenis batu karang.

Sebanyak 80 hingga 85% batu karang akan pecah dan keluar dengan sendirinya. Namun, 20% daripada pesakit memerlukan bantuan perubatan kerana kesakitan yang teruk atau jangkitan kuman pada tempat buang air kecil.
.
#HealthDrZubaidi

JANGKITAN KUDIS HERPES

JANGKITAN KUDIS HERPES

Kudis herpes atau jangkitan oral Herpes Simplex disebabkan jangkitan virus Herpes Simplex jenis 1 (HSV-1). Biasanya virus ini membabitkan jangkitan di bahagian mulut dan membentuk ulser yang boleh menyebabkan kesakitan dan kesukaran untuk makan dan minum. Ia juga boleh menyebabkan jangkitan di bahagian alat kelamin.

Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2012, dianggarkan 3.7 bilion orang bawah umur 50 tahun atau 67 peratus populasi dijangkiti HSV-1 di seluruh dunia. Jangkitan ini mudah disebarkan kepada individu lain melalui sentuhan secara langsung atau tidak langsung.

Menyentuh cecair dalam ulser kudis herpes atau berkongsi barang dengan individu yang dijangkiti HSV-1 terutamanya dalam fasa jangkitan aktif mungkin menyebabkan sebaran jangkitan kepada seseorang yang sihat. Namun, kebanyakan pesakit dijangkiti virus ini tidak menunjukkan tanda klinikal yang ketara.

Kudis herpes ini terjadi melalui beberapa peringkat dan simptomnya tidak akan diketahui sehingga terjadinya ulser. Antara gejala yang biasa dijumpai adalah lepuh atau ulser yang sakit di sekitar mulut. Individu yang dijangkiti sering mengalami kesakitan, kegatalan dan kepanasan di sekeliling mulut mereka sebelum gelembung air jangkitan timbul.

Kudis herpes biasanya sembuh sendiri bagi pesakit yang tidak mempunyai masalah sistem pertahanan tubuh. Individu yang dijangkiti HSV-1 biasanya mempunyai virus ini di dalam badan mereka seumur hidup. Virus ini akan terus menghuni sel saraf pesakit walaupun tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan.

Selepas jangkitan awal, lepuh atau kudis ini boleh berulang kembali pada masa akan datang apabila diaktifkan semula oleh beberapa faktor seperti stres, demam, sistem pertahanan tubuh yang rendah, penggunaan sesetengah ubat seperti ubat kemoterapi dan sebagainya. Kekerapan jangkitan ini berulang kembali pula berbeza antara individu.

Setakat ini tiada rawatan untuk menyembuhkan kudis herpes. Namun ada beberapa jenis ubat yang boleh digunakan bagi melegakan simptom kesakitan, kegatalan, kepedihan di bahagian ulser serta demam dan sakit otot yang dicetuskan akibat penyakit ini.

Sebelum memulakan sebarang rawatan, pesakit perlu memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi sekiranya mempunyai apa-apa alahan ubat atau penyakit lain agar rawatan sesuai dapat diberikan kepada pesakit.

Ubat antivirus yang digunakan dalam rawatan ‘cold sore’ boleh dibahagikan kepada ubat sapuan (topikal), ubat makan (oral) dan ubat suntikan. Untuk jangkitan yang teruk, pengambilan ubat antivirus secara suntikan adalah diperlukan.

Antara contoh ubat antivirus yang digunakan untuk rawatan adalah aciclovir dan valaciclovir. Ubat-ubatan ini mempercepatkan proses penyembuhan kudis herpes, mengurangkan frekuensi dan keterukan jangkitan berulang.

Namun, ia tidak dapat menghapuskan jangkitan secara kekal. Ia harus digunakan sebaik sahaja tanda awal kudis herpes muncul bagi memastikan rawatan ini lebih berkesan.

Jenis ubat, bentuk dos, tempoh dan selang masa yang disarankan ketika mengambil ubat-ubatan ini berbeza bergantung pada keadaan pesakit. Ubat-ubatan biasanya dipreskripsikan kepada pesakit oleh doktor selepas pemeriksaan dijalankan.

Bagi rawatan demam dan sakit otot, pesakit boleh mengambil ubat tahan sakit atau paracetamol dengan dos dan frekuensi yang betul seperti dicadangkan ahli farmasi atau doktor yang merawat.

Selain mengambil ubat-ubatan di atas, pesakit juga dinasihatkan untuk mengelakkan mengambil makanan yang pedas dan berasid serta tidak menyentuh bahagian jangkitan pada mulut dengan menggunakan tangan kecuali ketika menyapu ubat.

Pastikan tangan dibasuh bersih dengan menggunakan sabun sebelum dan selepas menyapu ubat pada ulser. Sebaik-baiknya ubat sapu disapukan dengan lembut di atas ulser dan tidak menggosoknya bagi mengelakkan ulser menjadi bertambah teruk.

Jika pesakit mendapati masalah ini semakin teruk atau berpanjangan, pesakit dinasihatkan segera mendapatkan pemeriksaan lanjut di fasiliti kesihatan. Perkara ini perlu diambil perhatian terutama bagi pesakit yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang rendah seperti pesakit HIV atau pesakit yang mengambil rawatan steroid untuk jangka masa panjang.

#HealthDrZubaidi

madu kurma merah teman setia ibu moden

🍼 Masalah Susu Badan Kurang? 🍼

🍼 Bayi kerap menangis ? 🍼

🍼 Susu badan tak pekat ? 🍼

Jika Ya, 

Anda telah menemui jalan penyelesaian bagi masalah anda. 

●MADU KURMA MERAH FOMULASI TERKINI

-Bantu pekatkan susu badan dan banyakkan susu badan.

-Badan anda lebih bertenaga.

-Bayi anda lebih bijak dan aktif membesar dengan susu ibu.

Dapatkan madu kurma merah maii

 Tekan link chetaπŸ˜ŠπŸ˜€

#

Khamis, 4 Mac 2021

Tak percaya ? Cuba dulu .

Siapa yang dekat sini rajin dan suka mengurut si comel anda ?. Seronok sebenarnya membuat urutan pada si comel anda. Jiwa yang kacau pun boleh jadi tenang bila membuat urutan ibarat macam terapi jiwa jugak la. 

Urutan bayi ialah mengurut dengan lembut secara beritma/berirama pada badan bayi anda dengan tangan anda sendiri. Sambail mengurut tu boleh nyanyi-nyanyi dekat si comel anda. Urutan tangan yang lembut merangsang penghasilan hormon oksitosin dalam badan anda, badan bayi dan suami anda jika dia sedang memerhatikan. Oksitosin ialah hormon yang memberi anda perasaan sayang dan kasih apabila anda memeluk erat si comel anda atau ketika anda menyusukannya. Unik kan ?

Banyak sebenarnya faedah membuat urutan pada badan si comel anda antaranya :

✅ Membuat ikatan kasih sayang menjadi lebih kuat
✅ Membantu si comel anda tidur dengan lebih lena
✅ Membuatkan si comel anda menjadi lebih releks dan mengurangkan ragamnya.
✅ Membantu perkembangan otak si comel anda

Apabila anda sedang mengurut si comel anda itu, automatik anda akan bercakap-cakap dengannya dan membuat banyak kontek mata dengannya takpun anda akan nyanyi. Ini adalah satu sebab mengapa urutan boleh membantu ibu-ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin. Si bapa pun boleh la try urut si comel anda tu. Seharian bekerja inilah masa nak "topup" balik masa tadi.

NAK TRY URUT TAPI TAK RETI LAH

Bagi mereka yang first time ataupun takut nak buat urutan, ini tips dan cara yang boleh anda try :

🌸 Panaskan sedikit minyak atau krim pada tangan anda dengan menggosok-gosoknya di antara tapak tangan anda.
🌸 Perlahan-lahan, sapukannya pada kulit bayi, mulakan dengan kakinya dahulu. Kaki ialah tempat yang baik untuk bermula kerana bayi anda sudah biasa merasa kakinya disentuh semasa menukar lampin.
🌸 Beransur-ansur bergerak ke atas, sambil memicit betis dan pahanya dengan lembut.
🌸 Untuk dada dan perut bayi, perlahan-lahan letakkan tangan anda rata pada bahagian tengah badan bayi. 🌸 Sebarkan tangan anda ke tepi seolah-olah anda sedang meratakan helaian buku.
🌸 Dengan tangan yang masih lagi rata, gunakan hujung jari anda untuk mengusap ke luar dalam bulatan-bulatan kecil.
🌸 Teruskan selagi bayi anda kelihatan menikmatinya.

Urutan bayi ni bukan sahaja memberi manfaat kepada si comel anda tapi ia juga merupakan peluang terbaik untuk anda membelai dan bermain dengan si comel anda. Confirm hilang stress semua tu . Tak percaya ? Cuba dulu .

Semoga bermanfaat πŸ™‹πŸ»‍♂

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

Rabu, 3 Mac 2021

DEMAM KEBAH, BATUK DAN SELESEMA BERKURANG

DEMAM KEBAH, BATUK DAN SELESEMA BERKURANG

"Abang anak kita demam panas ni, cepat bangun !!” cemas seorang ibu.

3 hari lepas teringat detik cemas bila anak sendiri demam panas dan tercungap-cungap masa tengah tidur. Mamai tidur belum habis lagi terus kejut suami bangun untuk bawak pergi klinik.

Alhamdulillah anak sempat diselamatkan. Doktor kata kalau lambat sikit datang mungkin anak akan terkena sawan. Lepas dari kejadian tu, anak masih demam tapi suhu berkurang dan tak sama macam hari kejadian cuma ada sedikit selesema dan batuk.

Nasib baik saya memang pengguna setia Minyak Herba Asmak. Alhamdulillah, setiap kali mandikan anak wajib sapu minyak ni pada bahagian dada, tapak kaki dan belakang badan. Bau pun wangi, berangin tapi sangat sesuai untuk bayi atau anak kecil. Golongan dewasa juga boleh pakai.

Minyak ni pun banyak khasiat dan ada kelulusan KKM. Saya memang dah tak pernah cari minyak lain kalau untuk anak-anak.

Terima kasih Asmak kerana menjadi asbab utama demam anak kebah, selsema dan batuk anak juga berkurang.

Selasa, 2 Mac 2021

5 TIPS SURIRUMAH MENAMBAH PENDAPATAN DI RUMAH

5 TIPS SURIRUMAH MENAMBAH PENDAPATAN DI RUMAH
1. Pilih bisnes yang kita memang pengguna setia produknya atau pengguna servis yang bakal dibuat bisnes
- Kita lebih mudah nak menceritakan sebab kita sendiri ada pengalaman dan kita memang dah sebati guna dan keserasian tu akan buat orang yakin dengan diri kita.

2. Mulakan dengan modal yang ada tanpa meminjam dari mana-mana pihak
- korek duit poket seberapa yang ada supaya kita lebih menghargai setiap ringgit nilai duit yang kita telah keluarkan

3. Buat bisnes online tanpa abaikan orang tersayang
- bila kita pandai bahagikan masa antara bisnes dan keluarga, tak ada istilah abaikan anak-anak, suami mahupun keluarga kita. Buat to do list setiap hari dan aplikasikan dalam jadual seharian kita.

4. Gunakan potensi diri yang ada 
- aplikasikan segala kemahiran apa yang ada pada diri, contoh pandai bercakap, pandai uruskan kewangan, pandai edit-edit gambar atau boleh memimpin orang lain dan membentuk satu team sendiri.

5. Cari circle positif dan fokus buat
- orang bisnes perlu bergaul dengan kawan-kawan positif supaya sentiasa pandang ke depan dan konsisten untuk dapatkan hasil yang lumayan

Semoga bermanfaat.

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ πŸ‘Ά Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan πŸ‘Ά Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...