Selasa, 16 Mac 2021

Beberapa kali Rasulullah berulang alik menemui Allah Taala,

Beberapa kali Rasulullah berulang alik menemui Allah Taala, sehinggalah Allah mengurangkannya kepada 10 dan akhirnya menjadi 5 waktu saja. Nabi Musa masih merasakan umat Muhammad tidak akan mampu melaksanakan ibadat solat lima waktu itu tetapi Rasulullah SAW nekad untuk tidak lagi menghadap Allah Taala kerana Baginda berasa malu untuk berdepan dengan Allah.

Biarpun jumlah solat dikurangkan menjadi lima waktu saja, namun ganjaran pahala mengerjakannya tetap menyamai ibadat solat 50 waktu.

Namun sehingga ke hari ini, pada waktu solat yang lima waktu ini saja, kita masih malas, melenggahkan bahkan enggan, sedangkan hikmah dan ganjaran pada solat itu sangatlah besar.

Isnin, 15 Mac 2021

Dalam berbual terselit nasihat.

Dalam berbual terselit nasihat.

Pakcik datang bawa isteri pilih cincin.
Orang lelaki mungkin dah jadi tabiat agaknya.
Semua cantik kalau si isteri cuba!
Berkenan 1 bentuk ini terus bayar dan pakai.

Bila ambil gambar mereka baru saya perasan,
Aura kasih-sayang tu terserlah sungguh!
"Mak ayah siapa lah yang bertuah ni ya?"
Ujar saya dalam hati sambil tersenyum melihat mereka berlalu pergi.

Mungkin tuhan hantar mereka ini untuk jentik hati saya.
Dengan melihat dan berbual pendek sahaja,
Macam-macam nasihat yang saya perolehi.

Antaranya kena selalu bagi hadiah dekat isteri!

Kalau bini saya tu, beli makanan pun dia dah gembira sangat.
Jimat duit saya, sayang dia pun saya dapat!
Senang saja sebenarnya kalau difikir balik 🤔

"Kalau panas sangat nak marah orang,
Pergi jauh-jauh dulu bagi tenang hati sendiri."

Ada betulnya bila saya fikirkan balik.
Ya lah, bini saya ni kalau tengah marah tak boleh nak bawa bincang.
Lagi kita menjawab, lagi pelik soalan yang keluar.
Tak jawab langsung pun tak kena juga!
Usah di serang anak isteri, sendiri yang rugi.
Kan malam nanti tak boleh tidur sekali!

Jauh lagi perjalanan nak sampai umur pakcik.
Kalau boleh biar kekal sampai ke sana nanti.
Terima kasih kerana datang ke kedai kami.
Semoga pakcik sekeluarga sihat dan bahagia sentiasa.

Aturan Allah itu sangat indahSetiap yang terjadi punya hikmahYakin dengan takdir Allah.

Aturan Allah itu sangat indah
Setiap yang terjadi punya hikmah
Yakin dengan takdir Allah.
.
Hidup tak selalu bahagia
Namun tak selama kekal hina. 
Asal saja kita punya cinta
Allah kan sentiasa ada untuk sang hamba yang sentiasa mencari jalan pulang ke pangkuanNya.
.
Ingat Allah hati jadi tenang.
Istiqamah dalam Ibadat..Ada benda kita dapat kawal.
Ada benda di luar kawalan kita.
Qada dan qadar Allah itu seiring usaha manusia. Namun pengakhirannya tetap kembali kepada keputusan mutlak-Nya.
.
Jika Allah kata "Tidak."
Itu bukan sebab Allah tak mahu bagi. Tapi Allah lebih tahu ia tidak baik untuk masa depan. Bukan hanya untuk sekarang.
.
Bahagia kita dapat bukan hanya terhenti untuk sekarang, saat ini.
Tapi kita mahukan bahagia yang berpanjangan. Bahagia dunia merentasi penghujung akhirat.
.
Maka..
.
Tiada dukacita lagi jika bersandar sepenuhnya kepada DIA. Kerana yakin dan percaya.
Tidak pernah sia-sia segala aturan dan takdir yang terjadi.
Teruslah berjalan mencari cinta dan redha Ilahi.
.
Hati yang mencintai Allah 
tiada cinta untuk manusia,,
Hanya Allah tahu segala perancangan dan kesudahannya,
Yakin dengan setiap aturan dan percaya dengan semua ketentuan pasti hati kita bahagia.

Sabtu, 13 Mac 2021

Bukan sekadar MINYAK BIASA BIASAKesan impaknya LUAR BIASA!

Ramai yang complain.

Dah sapu MINYAK HERBA ASMAK,

⭕anak MUNTAH KAHAK.
⭕keluar HINGUS PEKAT.
⭕najis BERLENDIR.

Pastu ramai pulak yang puji.

✅ pernafasan anak LEBIH BAGUS, TIADA BUNYI KAHAK.
✅ anak TIDUR LEBIH LENA.
✅ hingus CEPAT KERING.

Itulah penangan 
MINYAK HERBA ASMAK.
. 
Bukan sekadar MINYAK BIASA BIASA
Kesan impaknya LUAR BIASA!
.
#MinyakHerbaAsmak

Ada yang nak cuba ? Meh wasap kita

اِÙ†ّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَاِÙ†ّا اِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُÙˆْÙ†

اِÙ†ّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَاِÙ†ّا اِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُÙˆْÙ†.

Kita terus bertanya siapa yang meninggal? 

"sesungguhnya daripada Allah kita datang, kepada Dialah jua kita kembali."

Bagaimana  jika berita itu, khabar kematian kita sendiri?

Saat itu ramai yang sudah berkumpul di ruang tamu. Dalam sedih dan sendu, penuh terharu. Kita dengar dan lihat saat itu..tapi hanya terbujur kaku..menepis lalat pun tak mampu..

Jenazah sedang dikafankan. Bau kemenyan, kapur barus, air bidara dan serbuk geharu saling menusuk deria hidu. Alunan syahdu surah Yasin menambah kesayuan yang membadai di pantai hati yang terharu. Kita mengeluh : " Aduhai inilah kesudahan buatku"

Tugas mengafankan sedang disempurnakan oleh beberapa orang di sebalik tirai kusam. Siraman air satu persatu dihitungkan. Aggotamu di wudhukkan dan dimandikan penuh sopan. 

Sanak saudara mengaji sambil menyeka air mata. Mata-mata yang memerhati dari tadi tidak dapat menahan tangis mereka. Semua tetamu mendiamkan diri, bertafakkur, berkongsi kesedihan dan mendoakan sesuatu. 

Mati....Kehadirannya yang pasti
Tiada siapa dapat menghindari 
Setiap hari pasti ada yang pergi
Pergi takkan kembali lagi..

Sakratul maut....pertarungan yang sangat hebat. Hela nafas terasa berat dan sendat. Sejuk tubuh terpancar urat-urat..nyawa dicabut ke negeri akhirat..

Selepas itu tiada lagi suara yang berbicara dan tiada lagi cahaya di ruang mata.. tiada lagi gelak tawa..tinggal semua harta dan kemegahan dunia..

Mati...sebuah perpisahan bagi segala pertemuan. Permulaan musafir kehidupan akhirat yang hebat. Siapa sedar ia sebuah permusafiran yang  jauh dan takkan kembali

Mati.. datangnya mungkin serta merta.. tanpa sebarang nota dan tinta. Menyapa siapa sahaja.. tiada lagi peluang ibadat..fardhu , sunat mahupun qadha..walau tagis seribu tahun..tiada lagi peluang kedua. .

Aku ingin rukuk! Aku mahu sujud! Aku ingin menyembah Tuhanku lagi! Namun saat itu, aku hanya mampu menangis tanpa air mata kerana aku kini sudah tidak ada upaya apa-apa lagi. Kudrat yang pernah dipinjamkan Allah telah diambilNya semula.

Sudah terkena baru terasa..perjuangan hidup yang panjang hanyalah persiapan untuk satu perkara, iaitu untuk kembali kepada Allah dalam rela mahupun terpaksa.. 

“Ya Allah, jadikan umur terbaikku di penghujungnya, jadikan amal terbaikku di penutupnya dan jadikan hari terbaikku adalah hari bertemu 

Jumaat, 12 Mac 2021

Kerana sesungguhnya Allah SWT tidak pernah mendzalimi hamba-NYA, maka bersyukurlah.

Sentiasa ucapkan Alhamdulillah  segala puji bagi Allah di atas segala perkara sama ada yang kita suka dan tidak kita suka suka. Syukur adalah pengubat jiwa.
.
Jika rasa tertekan audit akaun kesyukuran kita. Fokus pada kebaikan dan nikmat bukan masalah. Lihat diri bukan lihat orang dan  ambil tanggung jawab atas semua hasil kehidupan kita.
.
Ketika tidak ada wang. Maka bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah masih diberi nikmat yang lain.
.
Ketika diberi kesakitan. Maka Alhamdulillah dosa menjadi berkurang, dan pahala serta kesabaran menjadi bertambah.
.
Ketika orang lain membenci. Maka Alhamdulillah Allah SWT telah mengajarkan untuk memaafkan dan tidak membalasnya dengan kebencian.
.
Ketika musibah datang. Maka Alhamdulillah artinya Allah SWT masih sayang agar iman dan kesabaran meningkat.
.
Ketika harus kehilangan. Maka Alhamdulillah kerana itu berarti bahwa Allah SWT ingin mengajarkan keikhlasan dan akan memberi dengan yang lebih baik.
.
Ketika diri tiada lagi berdaya. Maka Alhamdulillah artinya Allah SWT ingin mengajarkan tawakal.
.
Ketika hidup kekurangan. Maka Alhamdulillah kerana Allah SWT memberikan kesempatan untuk berusaha lebih baik lagi.
.
Ketika diberi rezki seadanya. Maka Alhamdulillah Allah SWT masih mencukupi segala keperluan.
.
Ketika Allah SWT belum mengizinkan untuk memiliki pasangan. Maka Alhamdulillah bererti kita punya banyak waktu untuk bersama Allah SWT.
.
Ketika satu orang tidak lagi mahu bersahabat. Maka Alhamdulillah masih banyak orang yang lebih memerlukan.
.
Dan Alhamdulillah tiada kata yang lebih indah selain segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat dan karunia-NYA.
.
Kerana tiada seorang pun yang dapat menikmati hidup dalam keadaan apapun kecuali dengan rasa syukur.
.
Kerana tiada lagi yang dapat menghibur diri kita kecuali datang dari diri kita sendiri dengan senantiasa mensyukuri apapun adanya.
.
Dan ingatlah jika satu derita mampu membuat Kita bersedih maka ingatlah masih banyak kenikmatan yang bolah membuat Kita tersenyum dan bersyukur, dan tetaplah Husnudzan kepada-NYA.
.
Kerana sesungguhnya Allah SWT tidak pernah mendzalimi hamba-NYA, maka bersyukurlah.

-JentikHati

Khamis, 11 Mac 2021

SIAPAKAH YANG MENGHIDAP SKOLIOSIS?.

TULANG BELAKANG BENGKOK (SKOLIOSIS)
.
Tulang belakang membantu menyokong badan berkedudukan tegak. Setiap orang mempunyai bengkokkan semula jadi di mana sedikit daripada bengkokkan itu diperlukan untuk mengimbangi kedudukan badan, bergerak dan berjalan dengan sempurna.
.
APA ITU SKOLIOSIS?
.
Ia adalah satu keadaan di mana tulang belakang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul.

Istilah skoliosis diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘bengkok’.

Melalui X-ray tulang belakang akan kelihatan seperti huruf S atau C yang sepatutnya kelihatan lurus.
. 
SIAPAKAH YANG MENGHIDAP SKOLIOSIS?
.
1. Kanak-kanak

‘Infantile scoliosis’ – Berlaku pada kanak-kanak berumur di bawah 3 tahun. Mungkin disebabkan oleh:

•  Kecacatan sejak lahir
•  Penyakit saraf dan otot (distropi otot atau cerebral palsy)
•  Kecederaan
•  Jangkitan
•  Ketumbuhan

‘Juvenile scoliosis’ – Berlaku pada kanak-kanak berumur 3 – 10 tahun. Ia jarang berlaku.
. 
2. Remaja

‘Adolescent idopathic scoliosis’ – skoliosis yang tidak di ketahui puncanya. Ia terjadi selepas seseorang itu berumur lebih daripada 10 tahun dan kerap di temui.
. 
3. Dewasa

Skoliosis dewasa berpunca daripada penyakit yang dihadapi semasa kanak-kanak tetapi gagal di kesan atau di rawat pada peringkat awal.
Selalunya ia bermula dengan keabnormalan yang sederhana dan akan menjadi lebih teruk kerana tidak dirawat. Boleh juga berlaku akibat dari proses penuaan.
.
Jika ada ahli keluarga mendapat skoliosis kemungkinan ahli keluarga yang lain menghidapi skoliosis agak tinggi iaitu hampir 20%.
Jika ada ahli keluarga yang mengalami masalah pembengkokan tulang belakang yang tidak normal, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
. 
PUNCA-PUNCA SKOLIOSIS
.
Kebanyakannya tidak di ketahui. Kebanyakan kes-kes berlaku sejak lahir akibat kecacatan tulang belakang kongenital. Ia tidak berpunca dari duduk membongkok, duduk dalam keadaan janggal tau tidur di atas tilam lama/nipis.

Skoliosis selalunya lebih menonjol atau menjadi lebih teruk semasa fasa pertumbuhan mendadak di alam remaja.
. 
GEJALA
.
Selalunya tidak sakit pada usia remaja dan belia. Kesakitan selalunya berlaku ketika alam dewasa jika tidak di rawat. Aduan utama pesakit adalah kecacatan bentuk badan. Tanda-tanda lain termasuk:
.
1. Penstrukturan otot belakang yang tidak sama rata
2. Penonjolan tulang bahu
3. Aras pinggul dan bahu yang tidak sama antara kanan dan kiri
4. Kedudukan atau saiz payudara yang tidak sama
5. Panjang jarak tangan di sisi badan kiri dan kanan tidak sama
6. Baju yang dipakai kelihatan senget
.
Jika dibiarkan tanpa rawatan, Skoliosis dewasa yang teruk akan menyebabkan sakit belakang yang berpanjangan, kecacatan bentuk badan dan kesukaran bernafas.
.
RAWATAN
.
Bagi kes skoliosis ringan, pemerhatian berkala akan dibuat oleh doktor sehingga tahap kematangan tulang hampir sempurna. Doktor akan memeriksa perkembangannya untuk memastikan pembengkokan tulang belakang tidak menjadi teruk. Pesakit juga akan diminta untuk rawatan ulangan setiap 3 ke 6 bulan.
.
Selain itu, ada juga peralatan khas untuk menyokong tulang belakang (“Bracing”). Matlamat utama adalah untuk menghalang tulang belakang menjadi lebih bengkok. Doktor akan mencadangkan untuk memakai peralatan khas (braces) yang sesuai. 
.
Rawatan pembedahan akan dicadangkan kepada pesakit yang mengalami skoliosis yang teruk. Pembedahan memerlukan penanaman tulang yang diambil daripada tulang pinggul dan rusuk. Skru, wayar dan besi khas akan digunakan untuk meluruskan kembali tulang belakang tersebut. Selepas pembedahan pesakit boleh berjalan tanpa memakai “braces” badan hari ke-2 atau ke-3. Pesakit akan dibenarkan pulang dalam masa seminggu, seterusnya boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti biasa. Untuk bersukan hanya dibenarkan selepas 6 ke 9 bulan selepas pembedahan. 
. 
PETUA-PETUA UNTUK IBU BAPA MENGESAN SKOLIOSIS DI PERINGKAT AWAL
.
Skoliosis yang tidak di ketahui puncanya (“idiopathic scoliosis”) selalunya gagal dikesan pada kanak-kanak kerana ia tidak sakit pada peringkat awal.
.
Ibu bapa seharusnya berwaspada dan lebih mengambil berat ketika usia anak menjangkau 8 tahun ke atas. Tanda – tanda yang dapat dilihat pada anak anda:
.
1. Bahu kelihatan tidak sama tinggi
2. Salah satu bahagian bahu kelihatan lebih menonjol
3. Pinggang kelihatan senget sebelah
4. Pinggul kelihatan tinggi sebelah
5. Struktur badan membengkok ke arah sebelah sahaja
.
Jika terdapat salah satu tanda di atas, sila berjumpa doktor dengan segera.
.
#HealthDrZubaidi

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...