Selasa, 13 November 2018

TAHUKAH ANDA APA ITU G6PD❓

Ada tak ibu-ibu yang mempunyai anak yang kekurangan G6PD❓

Tak tahu apa tu G6PD❓

Jangan risau, penyakit ini adalah sejenis penakit genetik dan tidak terlalu merbahaya.

Kebiasaannya penyakit ini berlaku di kalangan bayi yang baru lahir.

Biasanya selepas ibu melahirkan bayi, sampel dan tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan G6PD.

✅G6PD

• G6PD ialah enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah.
• Ia bertindak melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Tanda-tanda mereka yang kekurangan darah:
• Muka kelihatan pucat & pening kepala
• Badan tidak bermaya (keletihan yang melampau)
• Sukar untuk bernafas & sakit dibahagian dada
• Kadar degupan jantung meningkat/laju

✅Akibat daripada hemolisis

• Bayi berkemungkinan mendapat penyakit jaundis (kekuningan ) - mata putih, kulit atau warna air kencing bewarna kuning pekat

• Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Sekiranya anak anda disahkan kekurangan enzim G6PD, sila jauhkan bayi anda dari ubat-ubatan berikut:
• Kacang parang❌
• Ubat gegat❌
• Ubat nyamuk❌
• Ubat-ubat tradisional atau jamu❌
• Alfalfa❌

Walaupun penyakit ini tiada penawarnya, ibu-ibu janganlah terlalu risau sebab ia tidak membawa kesan negatif yang ketara sehingga boleh menjejaskan tumbesaran si kecil.

Cuma segeralah dapatkan nasihat doktor dan juga senarai ubat-ubatan yang perlu dijauhkan dari bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang dari hospital.

Kredit to: Puan Zaiton Zaid
Pakar Motivasi Laktasi (EMLAC)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...