Selasa, 19 Februari 2019

PILIHAN DI TANGAN ANDA

Dalam banyak-banyak bisnes,sudah tentu kita akan fokus kepada salah satu.

Jika anda tidak tahu mahu fokus lebih kepada yang mana satu,anda silap.

Apabila saya mengambil keputusan dahulu untuk membina beberapa brand baru,saya sudah ada "game" tersendiri untuk setiap satu brand yang orang tak nampak.

Saya tahu fokus seterusnya perlu di mana.

Jangan buat bisnes kedua jika bisnes pertama pun belum bagus.Dan pastikan bila buat bisnes kedua,bisnes pertama boleh berjalan seperti biasa.

Bertuahnya ada setengah bisnes yang boleh berganding bahu.

Contohnya jika anda sudah menjadi seorang yang menjual makanan.Kemudian anda menjual produk.Menjual makanan dan produk dua benda yang tak sama.Dengan mudah sahaja anda ada peluang untuk mendapat pembelian dari seorang prospek untuk dua benda.

Saya memang suka jika ada agen Asmak yang menjual makanan.Kerana saya tahu dia akan mempunyai lebih ramai prospek.Menjual makanan ni mudah dan boleh jumpa ramai orang.Itulah peluang untuk memperkenalkan produk kita sekali.

Tahun lepas,bila saya sudah mula merancang untuk mempunyai bisnes lain,saya terus merangka apa perlu dibuat.

Saya tak boleh hilang fokus kepada bisnes Asmak yang saya sayangi. Saya membina team seorang demi seorang untuk membantu saya dalam bisnes Asmak.

Alhamdulillah,selepas setahun lebih,nampaknya sudah mula membuahkan hasil.

Saya tak suka brand melekat dengan diri.Biarlah team staf dan leader yang membuat kerja mereka.Kami hanya membantu menyediakan platform,menjaga kebajikan dan sentiasa peka dengan keperluan mereka.

Dengan sistem yang saya cipta,sekarang saya dah boleh fokus kepada bisnes lain.

Tugas saya sudah tak seberat dahulu,tapi saya tetap terus monitor bisnes Asmak dan masih membuat kerja-kerja penting untuk Asmak.

Dan Alhamdulillah sekarang saya mampu untuk merangka plan untuk #ProjekWK.

Saya sanggup meninggalkan sebentar brand Awra Norfa untuk fokus kepada projek ini kerana ia lebih berbaloi buat masa ini.

Ingat mudah untuk hentikan sebentar apa yang telah kita teruskan?

Pasti ada sebab kenapa saya berbuat begitu.

Semoga semuanya akan berjalan lancar.

Nor Fazilah Abd Mohd
Norfazilah.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...