Isnin, 27 Januari 2020

Hikmah pengharaman makanan di dalam islam.

Mengapa tuhan menciptakan haiwan tapi bukan untuk dimakan?

Hikmah pengharaman makanan di dalam islam.

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Maksudnya : “Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”

(Surah al-A’raf : 157)

Penciptaan Dunia ini penuh dgn keajaiban. Apabila tuhan mencipta Dunia ini, Tuhan juga tahu tentang kebaikan dan keburukan yg berada di dalamnya.

Contohnya makanan yang diharamkan adalah babi.

Babi adalah binatang yang mempunyai peranan yang lain di Muka bumi ini.

Makanan babi juga terdiri dpd, sampah, bangkai, serangga. Terlalu banyak jenis makanan yg dimakan oleh babi, maka ia tidak sesuai untuk badan Manusia.

Bagaimana pula hikmah Allah melarang memakan makanan dari binatang bertaring.

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنْ كُلِّ ذِي نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ وَعَنْ كُلِّ ذِي مِخْلَبٍ مِنَ الطَّيْرِ

Maksudnya : “Rasulullah SAW melarang memakan setiap binatang buas yang bertaring dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku untuk mencengkam.”

Rasanya hikmah tidak memakan binatang bertaring seperti kelawar, ular, dan lain lain telah terbukti hari ini.

Virus dari suatu binatang boleh berjangkit ke binatang yang lain, akhirnya merebak kepada pengguna akhir iaitu Manusia.

Perkara ini memudaratkan bukan sahaja kepada seorang manusia, malah virus tersebut semakin kuat dan mula merebak melalui liang2 udara.

Jadi apakah fungsi sesuatu binatang jika mereka tidak dicipta untuk dimakan?

Fungsi siratan makanan adalah untuk mengawal sesetengah haiwan dari spesis yang lain untuk berlebihan di Muka bumi ini.

Jika tiada haiwan pemangsa di dalam hutan, maka haiwan jumlah haiwan herbivor akan bertambah, jumlah ini mungkin tidak terkawal menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di Muka bumi ini.

Begitulah hebatnya hukum hakam dan hikmah yg telah ditetapkan islam.

Bukan sahaja sesetengah haiwan yg diharamkan. Malah makan berlebihan yg bakal memberi mudarat pada tubuh badan juga dilarang.

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوٓا

“Makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan.” (QS. Al-A’raf: 31)

Begitu lah aturan Tuhan yg tidak mampu dipertikaikan oleh sesiapa sahaja di Muka bumi ini.

#copypastesahaja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...