Ahad, 21 Februari 2021

Apa nak malu kalau kita berbisnes

*BERNIAGA MALU*
.
Malu bukan boleh bagi kamu duit pun! Kasarnya bunyi 😆 heheh tapi tu lah hakikatnya. Malu ni pun banyak sebabnya kan. Dulu admin pun pemalu tau! 
.
Malu dan takut kalau kerja tu salah, berdosa kalau buat, orang pandang serong, tak betul dari segi undang-undang. Kalau berniaga buat apa nak malu? Masih lagi rezeki halal bila buat dengan cara yang betul. Niat baik mesti rezeki pun dapat baik
.
Pada masa sekarang ni ekonomi tak stabil, Covid pulak, syarikat banyak buang pekerja, company besar kecilkan perkhidmatan. Zaman sekarang ni orang dah tak malu untuk cari rezeki. Asalkan pekerjaan tu beri kita rezeki, dapat hasil, pasti orang akan buat. Tak hairan pun ada orang promote diri buat macam-macam kat media sampai kena kecam, janji dapat bayaran ribu-ribu
.
Malu bercakap pun masalah juga. Tapi sekarang ni online je, wasap, mesej pun boleh layan customer. Tak tahu nak cakap apa bukan alasan, kita menjual cerita pasal produk je, bukan cerita lain. Kalau dah pernah wasap customer produk tu, cerita pasal tu je berulang-ulang kali heheh sampai boleh buat recording lah
.
"Tak yakin diri lah jumpa orang." Asal pakai sopan, perangai jaga tu pun dah cukup baik heheh. Customer pun tak tanya soalan pelik-pelik. Kalau tanya pelik pun jawapan pelik lah.
.
Buang si pemalu dalam diri. Jom sama-sama berniaga, sama-sama naik. Dulu admin pun pemalu orangnya, sekarang dah insaf dah bila keperluan rezeki lebih tinggi dari malu 😊
.
Terima kasih
.
#pesandiribaidrul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...