Khamis, 25 Februari 2021

BAHAYA MAKAN BUAH NAGA?

BAHAYA MAKAN BUAH NAGA?

Ada peserta Kelab Sihat yang bertanya kenapa air kencing mereka berwarna merah setelah memakan buah naga. Adakah buah naga menyebabkan air kencing berdarah?

Buah naga adalah sejenis buah tropikal daripada beberapa jenis pokok kaktus yang berasal daripada Amerika Selatan.

Nama lain bagi buah ini ialah pir strawberi, buah kaktus, pitaya, pitahaya, atau kaktus orkid. Dua spesies yang sering ditanam secara komersial ialah Hylocereus undatus (isi putih) dan Hylocereus polyrhizus (isi merah).

Buah naga yang berwarna merah kerana kaya dengan sejenis pigment yang dikenali sebagai betalains. Ia menyebabkan air kencing malah najis kita berwarna merah.

Jadi warna merah itu bukanlah darah. Jadi memakan buah naga tidak menyebabkan pendarahan pada air kencing dan najis. Ia selamat untuk dimakan.

Buah naga mengandungi sejumlah nutrien yang bagus untuk kesihatan. Ia juga merupakan sumber zat besi, magnesium dan serat. Berikut adalah fakta nutrisi untuk hidangan 100 gram buah ini:

-  Kalori: 61
-  Protein: 1.1 gram
-  Lemak: 0 gram
-  Karbohidrat: 15 gram
-  Serat: 3 gram
-  Vitamin C: 3% daripada RDI
-  Besi: 4% daripada RDI
-  Magnesium: 10% daripada RDI

(RDI: Requirement Daily Intake)

Dengan kandungan kalori yang rendah dan kaya dengan antioksidan dan serat, menjadikannya sesuai dimakan bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan dan mengawal gula.

Menurut USDA, buah naga kaya dengan serat, lycopene, dan vitamin larut air seperti karoten, vitamin C dan vitamin B niasin dan riboflavin. Ia juga kaya dengan mineral seperti magnesium, kalsium, fosforus, besi, dan natrium.

1. Melambatkan Proses Penuaan

Antioksida yang banyak dalam buah naga dapat membantu mengekalkan awet muda dan menyebabkan kulit yang menjadi anjal dan lembut. Antioksida juga bertindak melawan radikal bebas yang menjadi punca kerosakan sel dan penyakit kronik.

2. Mencegah Kanser

Buah naga kaya dengan vitamin C, lycopene dan karotene yang bertindak sebagai agen anti kanser, terutama kanser postat, payudara dan colon.

3. Kesihatan Jantung

Ia mengurangkan paras kolesterol yang ‘jahat’ dan meningkatkan paras kolesterol yang ‘baik”. Di samping itu buah ini mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan mencegah masalah tekanan darah tinggi.

4. Kencing Manis

Ia mampu menstabilkan paras gula kerana mempunyai serat yang tinggi buah naga . Ia juga tidak menyebabkan peningkatan gula secara mendadak kerana nilai GI 50.

5. Penghadaman

Ia mengandungi serat yang dapat membantu melancarkan sistem penghadaman tubuh dan mengurangkan masalah sembelit.

6. Meningkatkan Imuniti Tubuh

Ia mengandungi vitamin dan garam mineral yang tinggi seperti vitamin c, B1, B2, B3, kalsium, phosphorus, zat besi, protine dan niacin membantu untuk meningkatkan paras imuniti tubuh badan.

7. Tulang yang kuat

Ia mengandungi mineral kalsium yang tinggi dan bagus untuk tulang yang kuat.

Kesimpulannya, buah naga bagus dimakan dan disertakan dalam hidangan. Dengan mengambil buah ini, beserta penjagaan makanan secara keseluruhan dan aktiviti fizikal yang mencukupi, kita akan bertambah sihat. Insya Allah.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...