Selasa, 2 Oktober 2018

Hari ni Cik Riey nak share pasal makanan yang sesuai untuk penghidap gastrik.

7 JENIS MAKANAN YANG BAIK UNTUK PENGHIDAP GASTRIK

1. OATMEAL
Oatmeal kaya dengan serat dan akan mengenyangkan kita dalam jangka masa yang lama. Oatmeal juga menyerap asid perut yang akan mengurangkan gejala refluks.

2. HALIA
Halia akan mengurangkan risiko refluks asid dan mampu merawat masalah penghadaman. Rebus aje halia dan minum air. Tapi dia punya rasa memang tak menahan. Jadi pilihan yang ada, lebih mudah dan manfaatnya pun sama, boleh juga diberikan supplemen halia macam Peppermint Ginger.

3. ALOE VERA
Kandungan aloe vera berfungsi sebagai penyembuh penyakit semulajadi asid perut. Malah aloe vera juga berfungsi sebagai pembekuan cecair dan penebalan.

4. SAYURAN HIJAU
Sayur-sayuran hijau seperti brokoli, kubis bunga, kentang, salad, timun, kacang hijau dan asparagus baik di makan bagi mengurangkan asid perut.

5. DAGING TANPA LEMAK
Elakkan makanan yang berlemak dan berminyak jika anda mengalami asid perut. Lebih baik anda pilih makanan laut atau daging tanpa lemak, tanpa kulit, dan dimasak dengan cara bakar, rebus atau kukus.

6. PISANG
Pisang adalah antara salah satu buahan yang baik di makan untuk pesakit asid gastrik. Malah buahan lain seperti pir, epal atau tembikai juga boleh di ambil.

7. ROTI
Roti yang dicadangkan kepada orang yang mempunyai asid perut adalah roti yang mengandungi gandum atau pelbagai gandum di dalamnya. Jenis roti yang mengandungi banyak vitamin, serat dan nutrien baik untuk badan dan kesihatan perut.

Makanan yang mudah jer kan. Simple. Tai kita jer yang tak tahu manfaatnya untuk masalah gastrik.

kredit : Puan seri delima

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...