Ada 6 cerita yang boleh kita jadikan ia sebagai inspirasi di pagi yang indah ini.
1. Ada sebuah kampung yang mengadakan solat sunat istisqa’ di sebuah padang. Selesai sahaja solat, hujan pun turun. Berlari semua orang kecuali seorang budak yang membawa payung. Hanya dia seorang. Itulah yang dinamakan IMAN kepada Allah.
2. Ada seorang ayah yang suka benar melambung anaknya, anaknya itu ketawa. Itu adalah kerana dia tahu ayahnya akan menangkapnya semula. Itulah maksud PERCAYA.
3. Pada setiap malam, seorang ibu yang penat menjaga suami, menguruskan anak-anak dan rumah kembali ke tempat tidur. Berdoa dan terus berdengkur tanpa sebarang jaminan yang dia akan bangun esok pagi. Itulah yang dinamakan sebagai HARAPAN yang tak pernah putus.
4. Pada setiap hari kita merancang untuk berbuat kerja, kemudian menguruskannya dengan team, berbuat semuanya dengan teratur dan tersusun untuk dapatkan hasil yang baik. Itulah namanya KEYAKINAN.
5. Seorang lelaki selalu membaca dunia yang sengsara, kemudian mengikuti banyaknya program kemanusiaan tentang mangsa perang yang hilang tubuh badan, hilang keluarga dan hilang semuanya. Namun kemudian dia pulang ke kampungnya untuk berkahwin. Itulah yang dinamakan KASIH SAYANG.
6. Seorang anak kecil bangun setiap hari untuk ke sekolah. Mencium pipi ibu, mencium tangan ayah. Kemudiannya belajar dan fokus. Pulang ke rumah, dia mencari ibunya, mencari ayahnya. Lalu dia duduk di atas riba dan memeluk ibu bapanya setiap hari tanpa pernah terlepas. Itu namanya SIKAP.
Ini yang kita semua mesti ada pada setiap hari. Sebagai seorang muslim, kita kena ada IMAN (percaya dengan yakin) atas apa yang kita doa. Kemudiannya kita kena percaya apa yang kita lakukan itu ada hasil yang baik. Ia mesti dalam bentuk berbuat.
Lalu kita memberi harapan pada setiap kali kita menarik dan menghembus nafas, dan dalam setiap apa yang kita lakukan walau kita melihat, merasa dan mendengar segala hiruk pikuk cabaran serta halangan, kita tetap perlu hidup dalam kasih sayang.
Dan semua 5 perkara yang berlalu dalam hidup kita hari-hari, mesti ada sikap yang kuat untuk kita teruskan dan istiqamah. Supaya semuanya akan jadi baik-baik dan mendapat hasil yang baik-baik.
Begitulah. Semoga bermanfaat.
Khairul Hakimin Muhammad,
Selasa, 13 November 2018
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.
Sapu je lega
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...
-
*TEKNIK DOA YANG BETUL* Mungkin ramai yang dah tau tapi yaa nak share untuk ingatkan balik sesama kita 💕 1. Kalau sebelum ni kita sel...
-
Assalamualaikum.. ZIKIR MUNAJAT🌺 1) *سُبْØَانَ اللهِ ÙˆَالْØَÙ…ْدُ للهِ Ùˆَلاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ Ùˆَاللهُ Ø£َÙƒْبَرُ*💞 Subhanallah wa...
-
GBS ni apa? Bukan Geng Bas Sekolah ye Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum ( tempat simpan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan