Ahad, 18 November 2018

Orang yang paling sibuk adalah usahawan

Setuju tak ?

Apa tidaknya,bisnes baru nak naik,usahawan tak boleh nak duduk diam sahaja.

Masa ini bersedialah untuk dikutuk orang

"kejar dunia"

"tak ada life bisnes siang malam"

Dan macam-macam lagilah.

Masa ni muka kalian memang susah nak jumpa di majlis-majlis dan kenduri. Susah nak hadir.

Tapi percayalah,lama-kelamaan,muka andalah paling senang nak jumpa di mana-mana.

Bisnes sudah berjaya,semua dah autopilot.

Anda sudah mencapai kebebasan wang dan masa.

Bisnes tidak terikat lagi di badan anda.

Tapi berapa ramai yang sanggup bertahan sehingga berjaya ke tahap ini?

Tak ramai.

Tak perlu tengok jauh.Tengok diri sendiri sekarang.

Berapa lama anda sanggup tinggal anak anda?

Saya pernah tinggal anak saya seminggu untuk urusan bisnes.

Kalau baru nak hadir program pagi sampai petang yang tak sampai sehari pun anda dah kecoh sedunia,maaf,anda sangat jauh nak jadi seorang usahawan.

Seorang usahawan itu hatinya kering. Jiwanya memberontak terlalu sayangkan anak,tapi dia sanggup tahan perasaan itu.Dia korbankan jiwa seorang ibu/bapa.

Adakah dia tak sayang anak?Tidak.

Kerana sayanglah dia berkorban.

Dia ingin berikan kehidupan yang lebih baik kepada anaknya.

Ramai pada hari ini konon sayang anak,tapi tak rela berkorban.

Bagaimana saya seimbangkan masa dengan anak?

Masa kerja,saya kerja betul-betul.Masa berkualiti dengan anak,saya luangkan betul-betul.

Ianya boleh dibahagikan kepada masa berkualiti harian ; sehari cukup 1-2 jam.Kalau dapat 30 minit pun dah ok sangat.Sembang dan buat apa sahaja aktiviti dengan anak pada masa ini seperti belajar bersama-sama,membaca buku atau membuat kraft.

Masa berkualiti mingguan,lebih kurang macam di atas juga.Jika sempat keluar bersama.Masa berkualiti bulanan,anda boleh pergi bercuti bersama.

Nampak tak bagaimana seorang usahawan tetap dapat menikmati hidup sebagai seorang ibu bapa?

Ia bukan tentang menghadap anak 24 jam tapi anda tengok sinetron,drama pukul 7 ,main fb.Entah-entah langsung tak ada masa berkualiti dengan anak.

Seorang usahawan harus bijak.Dan langsung tak peduli apa orang nak kata.Sebab dia jelas dengan apa yang dia nak buat.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. :)

Nor Fazilah Abd Mohd
Norfazilah.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...