APA LAGI YANG SAYA BOLEH BUAT UNTUK LINDUNGI GIGI ANAK SAYA ?
Harini saya nak share perkara terakhir dalam post saya berkaitan gigi si comel anda.
Untuk pengetahuan para ibu bapa diluar sana, penyebab utama pereputan gigi bukanlah jumlah kandungan gula di dalam diet bayi anda, tetapi bergantung kepada kekerapannya makan makanan dan minum minuman yang bergula sepanjang hari.
Antara tips lain yang saya boleh kongsikan mengenai penjagaan gigi si comel anda :
✅ Berikan sama ada susu ibu atau susu formula, atau air masak yang disejukkan sebagai minuman bayi anda.
✅ Elakkan minuman berperisa, jus buah-buahan, susu berperisa dan minuman berkarbonat. Biasanya minuman-minuman ini mengandungi banyak gula dan menyebabkan pereputan gigi.
✅ Berikan bayi anda minuman di dalam cawan bayi ketika umurnya kira-kira enam bulan, dan galakkannya untuk berhenti minum daripada botol susu selepas usianya satu tahun. Sebaik sahaja umurnya melebihi satu tahun berikannya air sahaja sebagai minuman pada waktu malam.
✅ Sediakan diet yang sihat dan seimbang untuk bayi anda. Galakkannya untuk menggemari makanan yang tidak manis, seperti sayur-sayuran dan nasi, dan usah tambahkan gula ke dalam makanannya.
✅ Jika anda menggunakan makanan bayi yang dibeli, pastikan ianya bebas-gula atau tidak ditambah dengan gula atau pemanis. Anda juga harus tahu bahawa, sama juga dengan sukrosa, gula lain seperti laktosa, fruktosa dan glukosa juga memudaratkan gigi bayi anda.
✅ Jika bayi anda perlu makan ubat, pilih ubat yang bebas-gula.
Semoga bermanfaat 😊
#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak
Sumber : Babycenter.com
Rabu, 12 Disember 2018
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.
Sapu je lega
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...
-
*TEKNIK DOA YANG BETUL* Mungkin ramai yang dah tau tapi yaa nak share untuk ingatkan balik sesama kita 💕 1. Kalau sebelum ni kita sel...
-
Assalamualaikum.. ZIKIR MUNAJAT🌺 1) *سُبْØَانَ اللهِ ÙˆَالْØَÙ…ْدُ للهِ Ùˆَلاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ Ùˆَاللهُ Ø£َÙƒْبَرُ*💞 Subhanallah wa...
-
GBS ni apa? Bukan Geng Bas Sekolah ye Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum ( tempat simpan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan