Isnin, 21 Januari 2019

Assalammualaikum..selamat pagi..💞

BAHAGIA ADA DALAM DIRI

Seringkali kita fikir kebahagiaan itu apabila kita ada sesuatu benda yang kita kejar dan impikan.

Sehingga kita lupa bahagia itu sudah pun dimiliki.

Bangun pagi,masih bernafas.

Masih boleh mendengar suara-suara insan yang tersayang.

Masih boleh melihat mereka.

Masih boleh bercakap,masih boleh makan,masih boleh berdiri dan banyak lagi yang MASIH kita miliki.

Tak salah mengejar impian,tetapi jangan sampai kita tidak merasa bahagia.

Kita harus berasa bahagia dalam perjalanan kita mengejar impian.

Apalah gunanya impian tercapai jika kita tidak pernah berasa bahagia sepanjang perjalanan kita itu.

Apakah jaminan kita mesti bahagia HANYA selepas memiliki apa yang kita nak?

Bahagia untuk setiap orang itu lain.

Ada yang sudah bahagia dengan gaya kehidupan begitu.

Ada yang sudah bahagia dengan gaya kehidupan begini.

Tak sama.

Definisi kebahagiaan,kita yang tentukan.

Pilihlah untuk bahagia dengan apa yang dikecapi dan apa yang kita sudah ada.

Dengan itu kebahagiaan akan bertambah dengan sendirinya.

Sekali kita kufur nikmat,maka bersedialah menerima balasannya.

Jangan pernah mempersoalkan rezeki orang lain.Kerana soal rezeki sudah tertulis sejak azali.

Kejarlah impian dan keinginan banyak mana pun,asalkan rasa bahagia dengan apa yang ada sekarang.

Usah nanti menyesal apabila yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.

Nfam,
Bahagia dengan apa yang ada,bahagia dalam mengejar apa yang belum ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...