Esok dah start cuti Tahun Baru Cina. Ramai dah orang start balik ke kampung halaman. Ada yang naik kenderaan sendiri tak juga yang naik kenderaan awam. Kalau yang bujang mungkin takde masalah balik kampung naik pengangkutan awam tapi macam mana pulak kalau yang ada bayi?
Mencabar sebenarnya balik kampung dengan bayi menaiki pengangkutan awam ni. Yelah kena bayi anda tetibe meragam pasti tak senang duduk anda sebab malu dengan penumpang yang lain. Kita ambil contoh bas. Saya nak share tips bagaimana mummy dan daddy diluar sana boleh pastikan bayi anda tenang semasa naik pengangkutan awam ketika balik kampung.
✅ IKUT JADUAL SI KECIL ANDA
Walaupun sudah terbiasa dengan aktiviti bayi setiap hari seperti masa bila dia tidur, minum susu dan sebagainya, tapi apabila waktu nak mulakan perjalanan jauh ini anda harus lebih teliti, faham dan hafal jadualnya. Kalau tak ikut jadual si kecil risau dia akan meragam bila dalm perjalanan nanti. Pastikan standby siap-siap keperluan bayi anda terutama sekali susu.
✅ KESIHATAN BAYI PERLU DIJAGA RAPI
Paling penting adalah menjaga kesihatan bayi supaya tak demam, selesama ataupun batuk sebab bila si kecil dalam keadaan sihat, ia tak ganggu perjalanan pulang ke kampung. Bila sebaliknya, tentu anda akan sedikit letih untuk menjaga bayi yang kurang sihat dengan perjalanan yang memakan masa hampir berjam lamanya. Selain itu, sediakan ubat yang mencukupi semasa perjalanan itu.
✅ PILIH KENDERAAN AWAM YANG SELESA
Macam tadi saya ambil contoh bas. Kenapa saya pilih bas sebab bas lebih selesa kerana ruang yang lebih besar. Kalau nak pilih bas pastikan :
- Ada Air Cond
- Kerusi yang boleh direbahkan supaya bayi selesa ketika tidur
- Perjalanan balik ke kampung waktu siang. Jangan pilih waktu malam
- Pilih tempat di bahagian hadapan. Jika berlaku kecemasan pemandu senang tahu.
✅ PASTIKAN BEKALAN BAYI CUKUP
Sebelum memulakan perjalanan pastikan barangan bayi anda lengkap bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku. Antara barangan keperluan bayi yang mummy dan daddy boleh bawa sepanjang perjalanan ialah :
1. Pakaian spare yang cukup
2. Lampin pakai buang
3. Beg plastik
4. Susu
5. Peralatan mandian (untuk berhenti dekat R&R)
6. Bekalan ubat ubatan
7. Termometer
8. Mainan kegemaran
9. Bantal & Selimut bayi
10. Makanan
Selamat bercuti semua. Semoga tips ini dapat membantu mummy dan daddy di luar sana untuk pulang bercuti menaiki pengangkutan awam. Semoga bermanfaat 🙋🏻♂
Pesanan ikhlas dari Minyak Herba Asmak
#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily
Fb:chetaAsmak
Rabu, 6 Februari 2019
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.
Sapu je lega
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...
-
*TEKNIK DOA YANG BETUL* Mungkin ramai yang dah tau tapi yaa nak share untuk ingatkan balik sesama kita 💕 1. Kalau sebelum ni kita sel...
-
Assalamualaikum.. ZIKIR MUNAJAT🌺 1) *سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ*💞 Subhanallah wa...
-
GBS ni apa? Bukan Geng Bas Sekolah ye Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum ( tempat simpan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan