Jumaat, 8 Februari 2019

PART 1 Manfaat Habbatus Sauda untuk kecantikkan dan kesihatan. 1. Mencegah Kanser. Jintan hitam aka habbatus sauda boleh merangsang produktiviti dan keimunan sel tulang sumsum, produksi interferon, melindungi sel-sel yang normal dan melawan sel tumor tanpa merosakkan sel-sel dalam tubuh yang masih sihat. Ia juga mengandungi asid lemak yang boleh menghalang penyebaran sel kanser. Campurlah setengah sudu teh habbatus sauda dengan segelas jus anggur. Amalkan 3 kali seminggu. 2. Rahsia Awet Muda. Penggunaan minyak Habbatus Sauda secara rutin boleh meningkatkan ketegangan dan keremajaan kulit. Setelah selesai mencuci muka,sapukan minyak Habbatus Sauda pada muka dan tutup dengan tuala yang lembap selama 15 minit. Selepas itu bilas wajah hingga bersih. Lakukan rutin ini beberapa kali seminggu untuk mendapatkan kulit yang terawet muda dan menghilangkan kedutan pada wajah. 3. Anti Inflamasi Anti Inflamasi untuk keradangan yang bukan disebabkan oleh mikroorganisma atau bakteria. Thymoquinine pada jintan hitam sangat efektif sebagai anti inflamasi. Selain itu, boleh mengurangkan rasa sakit yang disebabkan oleh radang tersebut. Campurkan minyak jintan hitam bersama cuka makan dan madu, lalu dipicit lembut pada anggota tubuh yang meradang. 4. Facial Scrub yang berkesan. Facial scrub diperlukan paling tidak setiap seminggu sekali untuk membuang sel-sel kulit mati, supaya skincare yang digunakan dapat meresap ke dalam kulit dengan sempurna. Minyak jintan hitam boleh dijadikan pilihan sebagai facial scrub. Dengan bahan alami, tentu saja risikonya adalah minima. Minyak jintan hitam dicampurkan dengan gula, lalu gosok secara pelan dan lembut agar kulit tidak terluka secara merata diseluruh wajah. 5. Merawat asma. Kandungan protein kinase C di dalam Crystalline nigellone dari jintan hitam mampu mengusir histamin. Histamin pula dilepaskan oleh tubuh, sehingga menyebabkan terjadi alergi. Dengan menggunakan minyak ini, kesan alergi pada penderita asma dapat dikurangkan tanpa menimbulkan kesan sampingan. To be continue.....stay tuned hokey. #habbatussauda #manfaathabbatussauda #jintanhitam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...