Rabu, 27 Februari 2019

PERKARA YANG MEMBURUKKAN LAGI ASMA
.
.
.
Semua orang tahu perkataan asma tapi berapa ramaikah yang betul-betul kenal asma ni apa. Secara ringkas Asma ni merupakan penyakit yang berkait rapat dengan saluran pernafasan. Pendek cerita bila seseorang menghidap asma, saluran pernafasan mereka akan menjadi kemerahan, bengkak, menghasilkan lendir berlebihan dan mudah terangsang (hypersensitive). Ada beberapa perkara lagi kalau anda nak tahu yang boleh menyebabkan asma menjadi teruk.
.
.
SEJARAH KELUARGA (Family History)
Jika salah seorang dari suami/isteri ada penyakit asma, peluang untuk anak menghidap asma adalah agak cerah.

JANTINA & UMUR
Asma adalah lebih ketara pada peringkat umur kanak-kanak. Jika dibandingkan antara lelaki dan perempuan, anak lelaki lebih mudah terkena asma

ALERGIK
Jika anak anda ada alergi terhadap perkara yang menyebabkan serangan asma, maka risiko serangan asma akan meningkat.

MEROKOK (AKTIF&PASIF)
Asap rokok boleh memburukkan lagi asma seseorang sebab bahan kimia yang ada dalam rokok boleh memburukkan lagi saluran pernafasan,  Takde faedah pun merokok ni. Badan binasa keluarga sengsara.

PENCEMARAN UDARA
Mereka yang tinggal di bandar lebih mudah terkena serangan asma disebabkan udara yang tercemar. ASap kenderaan dan juga debu boleh menyumbang kepada asma yang lebih kronik.

OBESITI
Pakar menjelaskan, obesiti akan menyebabkan badan lebih mudah terkena keradangan dan seterusnya menyebabkan serangan asma.
.
.
Asma ni jangan kita pandang remeh. Kalau tak dijaga boleh meragut nyawa. Jaga kesihatan anda sebab ianya anugerah yang sangat berharga.

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...