RASA NAK HANTUK JE KEPALA NI DEKAT DINDING
Kadang bila kita tengah syok atau sibuk buat aktiviti tiba-tiba mai pulak sakit kepala. Habis takde mood terus nak sambung aktiviti atau kerja yang kita tengah buat. Sakit kepala ni tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata sebab kadang-kala sangat ekstrem.
Sakit kepala ni punca dia bila kita stress, banyak berfikir dan sebagainya. Kadang ada yang sakit di bahagian belakang kepala, ada yang di bahagian dahi. Beza kan? Kenapa berbeza ek ?. Meh saya nak share sikit.
1. SEBELAH BAHAGIAN KEPALA (MIGRAIN)
Migrain ni ia serang di bahagian kepala dimana orang yang terkena migrain ni akan rasa berdenyut yang melampau dibahagian kepala. Kadang bila teruk sangat ada yang sampai muntah dan loya. Biasa orang yang ada migrain ni dia alah dengan bunyian, bau yang tak menyenangkan dan cahaya yang terang.
2. KESELURUHAN DAHI & SEKITAR KAWASAN MATA (MASALAH PENGHADAMAN)
Ini dialami oleh individu yang tidak mengamalkan diet yang seimbang. Untuk pengetahuan semua, sakit kepala yang turut dipanggil “cluster headache” ini boleh menyerang dari 10 minit hingga 3 jam lamanya bergantung kepada kekuatan seseorang. Dalam kes lain, sakit kepala ini turut akan membuatkan mata seseorang berair, lembab bahkan hidung tersumbat.
3. ATAS KEPALA HINGGA BELAKANG LEHER (TEKANAN/STRESS)
Apabila seseorang tertekan, banyak urat utama dalam badan mula menegang dan bersimpul membuatkan kesakitan kepala bertambah parah. Jika anda mengalami pening kepala menyeluruh yang berterusan sehingga melibatkan bahagian belakang leher, anda sebenarnya tertekan. Kesakitannya berdenyut-denyut dan ada sesetengah pesakit ini menjelaskan yang mereka adakalanya sensitif dengan cahaya serta bunyi-bunyian.
4. DAHI HADAPAN HINGGA KE TULANG HIDUNG & BAWAH MATA (SELSEMA TERUK)
Ia menyerang bahagian belakang dan sekitar mata sehingga ke tulang hidung serta di sepanjang kawasan dahi. Sakit kepala jenis “sinus” ini terasa seperti ditekan-tekan pada bahagian yang berkenaan. Cuba berbaring dan bersandar sebab berdiri dan berada dalam keadaan badan tertunduk boleh menyebabkan kesakitan menjadi-jadi. Simptomnya adalah termasuk bengkak wajah, demam, telinga terasa pekak dan lain-lain.
5. BAHAGIAN HADAPAN & SISI DAHI (BIMBANG & STRESS)
Jika anda mengalami sakit kepala yang ini, anda mungkin menghadapi situasi yang mencabar. Sakit kepala yang terjadi pada bahagian dahi dan di sisi dahi ini biasanya berpunca dariapa masalah luaran yang kemudian memberi kesan kat fikiran lalu menyebabkan pening sebab terlalu banyak berfikir.
Jika sakit kepala anda kerap terjadi, jumpalah doktor dengan segera.
Semoga bermanfaat 🙋🏻♂
#MinyakHerbaAsmakkajang
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily
Isnin, 11 Februari 2019
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.
Sapu je lega
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...
-
*TEKNIK DOA YANG BETUL* Mungkin ramai yang dah tau tapi yaa nak share untuk ingatkan balik sesama kita 💕 1. Kalau sebelum ni kita sel...
-
Assalamualaikum.. ZIKIR MUNAJAT🌺 1) *سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ*💞 Subhanallah wa...
-
GBS ni apa? Bukan Geng Bas Sekolah ye Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum ( tempat simpan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan