Sejak dua menjak ni banyak isu panas yang timbul seperti bumi flat lah antivaksin lah dan yang terbaru pendebatan hangat isi Doula. Isu berkaitan doula ini amat panas disebabkan beberapa kes kelahiran yang menggunakan khidmat doula ini berakhir dengan kematian.
APA ITU DOULA ?
Doula ni kalau anda nak tahu maksudnya ialah "hamba wanita" dimana perkataan doula ini berasal dari Greek. Orang Greek dulu-dulu menggunakan doula ini sebagai peneman ibu ketika mengandung mahupun selepas bersalin.
Tugas seorang doula ialah untuk memastikan ibu bersalin mempunyai penjagaan rapi dari segi emosi, pendidikkan mengenai ilmu kehamilan dan lain-lain. Apa yang anda kena tahu ialah doula bukan doktor ! .
DOULA mempunyai 3 jenis iaitu :
1. Doula Antepartum - mengajar ibu mengandung ilmu kehamilan dan cara-cara bersalin
2. Doula Labor - berada di sisi ibu ketika bersalin tapi hospital di Malaysia tak benarkan baik kerajaan mahupun swasta.
3. Doula Postpartum - berada di sisi ibu selepas bersalin dan membantu dalam hal penjagaan bayi dan penyusuan.
ADA BEZA KE DOULA DENGAN BIDAN ?
Ramai yang salah faham doula ni boleh jadi bidan. Salah sebenarnya tu. Bidan ni merupakan individu yang terlatih yang boleh membantu secara langsung ketika proses bersalin. Doula pula merupakan individu yang hanya berfungsi sebagai peneman yang membantu untuk memberi panduan secara lisan tentang cara meneran atau mengurut bagi menenangkan ibu yang sedang bersalin.
Ada beberapa perkara lagi yang ibu-ibu diluar sana perlu tahu mengenai peranan seorang doula :
1. Doula sama sekali tak boleh gantikan tugasan jururawat, doktor dan doktor pakar.
2. Doula boleh berkongsi informasi tentang cara bersalin/penyusuan/penjagaan bayi tetapi tidak boleh menetapkan cara bersalin bagi pihak ibu.
3. Doula tak boleh menguruskan kes ibu yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi atau menangani sebarang isu kecemasan ketika bersalin.
4. Doula tidak boleh memberikan sebarang nasihat atau penjagaan perubatan kepada ibu hamil.
5. Doula bukan penasihat perubatan utama yang tunggal.
Sebagai seorang ibu, sentiasalah rujuk dan dengar pesanan dari doktor sebab mereka lebih arif dan berilmu. Nyawa bayi anda sangat berharga maka jangan taruhkan nyawa mereka semata-mata untuk penuhi keingingan diri.
Semoga bermanfaat
#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily
kredit infografik : Berita Harian
Ahad, 24 Februari 2019
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.
Sapu je lega
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...
-
*TEKNIK DOA YANG BETUL* Mungkin ramai yang dah tau tapi yaa nak share untuk ingatkan balik sesama kita 💕 1. Kalau sebelum ni kita sel...
-
Assalamualaikum.. ZIKIR MUNAJAT🌺 1) *سُبْØَانَ اللهِ ÙˆَالْØَÙ…ْدُ للهِ Ùˆَلاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ Ùˆَاللهُ Ø£َÙƒْبَرُ*💞 Subhanallah wa...
-
GBS ni apa? Bukan Geng Bas Sekolah ye Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum ( tempat simpan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan