5 Langkah Bagaimana Urus Tekanan Mental Dan Emosi
(1) – Yakin dengan naluri hati sendiri
Ramai orang selalu dengar kata-kata orang lain bila nak buat keputusan namun jarang betul dengar naluri hati sendiri. Tahun 2019 ini, kenapa tidak kita mula percaya bisikan hati kita kerana ia selalunya tahu apa yang terbaik untuk diri kita.
(2) - Lepaskan fikiran yang tidak
menyenangkan.
Sebenarnya fikiran negatif takkan bawa kita ke mana. Makin menyusahkan kita ada lah. Hmmm..
Kita sendiri yang buat pilihan nak fikir apa. Fikiran bagaikan tetamu yang datang. Maka, pilihlah tetamu atau fikiran yang bagus, baik dan positif sahaja yang diterima masuk.😍
(3) – Tekad buat keputusan yang penting!
Termasuk juga belajar untuk kata tidak kepada perkara yang kita tak perlu. Stress atau tekanan tu wujud adalah disebabkan bagaimana kita beri reaksi terhadap situasi yang terjadi, bukannya dari kehidupan kita. Jika kita putuskan untuk bagi reaksi yang baik, maka baiklah hasilnya. Begitu juga sebaliknya. Setuju?
(4) – Bernafas dengan betul
Masalah bukan untuk kita buang masa dengan selalu fikirkan ia. Masalah tu datang untuk kita selesaikan ia supaya kita boleh naik darjat yang lebih tinggi dalam hidup. Setiap kali ada masalah, ambillah nafas sedalam-dalamnya. Amalkan pernafasan 2:4:8 yang paling mudah. InshaAllah, diri bakal tenang semula.
(5) – Amalkan rasa syukur
Jika kita cari sebab untuk marah, kita akan dapat sebab untuk itu. Namun, jika kita cari sebab-sebab untuk bersyukur, kita akan dapat lihat syukur di mana-mana walaupun berlaku situasi terburuk sekali pun dalam kehidupan kita.
Jom kita sama-sama amalkan?
Jumaat, 29 Mac 2019
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.
Sapu je lega
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...
-
*TEKNIK DOA YANG BETUL* Mungkin ramai yang dah tau tapi yaa nak share untuk ingatkan balik sesama kita 💕 1. Kalau sebelum ni kita sel...
-
Assalamualaikum.. ZIKIR MUNAJAT🌺 1) *سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ*💞 Subhanallah wa...
-
GBS ni apa? Bukan Geng Bas Sekolah ye Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum ( tempat simpan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan