Jumaat, 1 Mac 2019
Ada orang Allah uji dia masa waktu kanak² lagi rasa tak bahagia bila mak ayah cerai berai. Adik beradik jadi tak mesra.
Banyak konflik dalam keluarga.
Rasa tak disayangi. Selalu fikir kenapa kawan² boleh ada keluarga bahagia tapi dia merana makan hati moral down sebab ke hulu ke hilir asyik packing beg tiap kali cuti sekolah gilir² ke rumah ayah & ibu. Selalu tanya pada diri kenapa ibu ayah tak boleh duduk serumah? Stress kanak² tu lebih menikam jiwa sebab dia tak punya peluang untuk luahkan apa yang terbuku dalam hati macam orang dewasa. Kesian kan? ๐ญ
Tapi Allah Maha Penyayang Dia hadirkan insan yang baik untuk jadi pasangan hidup. Derita waktu kanak² yang meningkat remaja tu pelan² terhakis kerana Allah dah beri pelangi dalam rumahtangga dia sendiri. Alhamdulillah.
Sesungguhnya apa yang Allah janji pasti Dia tunaikan. Di setiap kesusahan pasti ada jalan keluar. Setiap titisan air mata pasti dibalas dengan bahagia.
Cuma kita sebagai hamba kena pandai didik hati usah ditanya di mana bahagia untukku ya Allah tatkala hati sedang dirundung kesedihan.
Tapi belajarlah untuk REDHA & SABAR.
Sesungguhnya apa yang berlaku PASTI ada hikmahNya. Cuma kita kena SABAR. Mungkin hikmah tu akan terlihat selepas 10 tahun, 20 tahun. Siapa tahu tu semua "kerja" Allah.
Tugas Kita?
1. Redha
2. Sabar
3. Doa
4. Ikhtiar
5. Tawakal
#love
#kasihsayangAllah
#satuceritaketikadahulu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.
Sapu je lega
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ ๐ถ Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan ๐ถ Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...
-
*TEKNIK DOA YANG BETUL* Mungkin ramai yang dah tau tapi yaa nak share untuk ingatkan balik sesama kita ๐ 1. Kalau sebelum ni kita sel...
-
Assalamualaikum.. ZIKIR MUNAJAT๐บ 1) *ุณُุจْุญَุงَู ุงِููู َูุงْูุญَู ْุฏُ ِููู َููุงَ ุฅََِูู ุฅِูุงَّ ุงُููู َูุงُููู ุฃَْูุจَุฑُ*๐ Subhanallah wa...
-
GBS ni apa? Bukan Geng Bas Sekolah ye Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum ( tempat simpan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan