DARI DREBAR BAS KE PENGARAH SYARIKAT
Di sebalik kejayaan saya,ada dia.
Dulu kan,ada yang pernah minta saya menulis tentang ini,tapi saya belum bersedia dan suami pun tak suka saya menulis tentang dia.Tapi baru ni ketika saya suarakan keinginan saya menulis tentang dia,nampaknya dia tak menghalang pula.
Sebab saya kesian melihat ramai di luar sana yang merasa rendah diri dan takut untuk berjaya.Hakikatnya kejayaan boleh jadi milik sesiapa sahaja.Kejayaan yang saya nak sentuh kali ini adalah dari aspek kerjaya dan bisnes.Sebab definisi kejayaan itu sendiri sangat luas dan subjektif.
"Suami saya jaga je"
"Suami saya kerja kilang je"
Ungkapan yang diucapkan dengan perlahan dan nampak ada riak wajah yang segan-segan.Kalau saya cerita yang dulu ketika kenal suami saya dia hanya buruh yang bekerja untuk buat bangunan dan dugaan yang kami pernah tempuh,pasti kalian akan terdiam.
Hina sangat ke kerja "biasa-biasa" ni?
Saya dah jumpa ramai orang yang kerja biasa-biasa tapi hidup mereka sangat bahagia.Apa yang kita nak kejar selain bahagia dalam hidup?Jika jadi kaya belum tentu bahagia,kenapa mesti nak jadi kaya pula?Sebab itu saya selalu tekankan dalam penulisan,bahagia itu subjektif,definisi kejayaan juga subjektif.
"Betul ke buruh,kontraktor kan?Awak kan cikgu"
Antara kata-kata yang saya pernah dapat dulu sebelum berkahwin.
Paling tak boleh lupa ketika berkunjung ke rumah kenalan lama dulu "Suami kerja apa?" tanya suaminya.Mereka suami isteri guru.
"Kerja kilang getah" saya jawab dan mukanya berubah.
"Oh,saya minta maaf ye tanya macam tu tadi "
Saya rasa kurang selesa dan selepas dah balik ke rumah pun saya terpinga-pinga.Sebab apa dia meminta maaf?Oh,sebab pada dia hina sangat kerja kilang rupanya sampai kena minta maaf.Eh,saya sikit pun tak malu dan tak segan dengan kerjanya,tapi jadi lebih tak selesa bila "meminta maaf " dengan anggapan tersalah tanya soalan.
Realitinya inilah pandangan masyarakat jika bekerja biasa-biasa.Dan pandangan bila seorang berjawatan,seorang lagi tidak.
Hari ini saya rasa saya perlu menulis supaya boleh beri sedikit manfaat kepada anda yang mungkin mempunyai masalah sama seperti saya dulu,atau masalah apabila suami menjadi bisnes partner.Almaklumlah ramai guru-guru dan sifu-sifu mengajar- suami bukanlah bisnes partner terbaik,dan yes,saya menghormati pandangan mereka.
Pada saya tiada yang betul dan tiada yang salah.Kita cuma menyuarakan pandangan masing-masing dan ini pula adalah pandangan saya.
1. Kita tak tahu siapa yang akan jadi jodoh kita,tapi Allah dah kata orang yang baik untuk orang yang baik,dan begitulah sebaliknya.Dalam Islam juga hakikatnya dah ajar kahwinlah dengan yang sekufu.Hakikatnya maksud "sekufu" itu sebenarnya luas.Contoh seperti kami sendiri,dari segi pendidikan dan jawatan kami memang tak sekufu,tapi kami mempunyai persamaan dari sudut lain walaupun hakikatnya perbezaan itu tetap ada.
2. Apabila sudah berkahwin,kita perlu sedar yang kita akan jumpa perbezaan langit dengan bumi di antara kita dan suami kita,tetapi sebenarnya ianya menjadikan rumahtangga semakin harmoni asalkan kita bijak saling menghormati antara satu sama lain.Dalam masa yang sama carilah titik persamaan.Ada masa ia hadir semulajadi,ada masa perlu dipupuk.
3. Sekiranya jawatan kita lebih tinggi dari suami,tetap perlu menghormatinya dan sesuaikan diri dengan cara dia.Kemudian barulah kita naikkan dia sedikit demi sedikit dengan cara kita.Saya berikan contoh,suami saya dulu langsung tak suka membaca dan tak suka hadir program untuk pembangunan diri.Perlahan-lahan saya cuba tanamkan minat dalam diri dia.
Dan apa sahaja yang saya nak suruh dia minat dan mahir,saya yang akan buat dulu.Macam mana nak ajak suami jadi lebih baik jika kita sendiri pun tak buat apa yang kita nak suruh dia buat?
Ini dari sudut bisnes,sebab kita nak pasangan kita nampak halatuju kita dalam bisnes.Dalam hal lain pun boleh juga.
Pokok pangkalnya kita dulu berubah,barulah orang di sekeliling kita akan berubah.Mulakan dengan diri sendiri.
4. Sebenarnya suami saya ada bakat terpendam berniaga yang semulajadi.Orang Kelantan memang kebanyakannya pandai berniaga.Saya pula sebenarnya langsung tak pandai meniaga walaupun ada sahaja saudara mara yang berniaga,tapi saya hampir tiada pendedahan melainkan melalui pemerhatian semata-mata.Walaupun pandai berniaga,belum tentu pandai berbisnes.Jadi di sinilah kami saling melengkapi.Saya belajar tentang bisnes dan saya bantu suami saya yang pandai berniaga supaya pandai berbisnes.Pandai berniaga dengan pandai berbisnes adalah dua benda yang berbeza.
5. Apabila saya ambil keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan,saya buat betul-betul.Rupanya ada potensi diri yang terpendam.Bakat ni ada masa dia datang dalam pakej tau,lahir-lahir dah ada bakat tu.Tapi ada masa kita boleh pupuk bakat tu dengan meluaskan potensi diri kita.Dan ada juga orang yang bertuah lahir-lahir dah jadi anak bisnesman atau artis yang terkenal-jual apa pun laku.Tapi kita kena sedar diri yang kita bukan Beloopa,yang datang dengan pakej cantik,terkenal,buat apa pun produk dia tetap laku.Orang macam kita ni,salah sikit habis kena maki.
Jika rasa tiada bakat bisnes,kita harus yakin yang kita mampu melakukannya.Saya pun tak tahu kebolehan saya berniaga semulajadi atau dipupuk sebab sebelah ayah dan mak memang keduanya ada ahli-ahli perniagaan yang berjaya dan mempunyai empayar bisnes tersendiri. Apa pun,kita harus percaya yang Allah dah beri peluang yang sama kepada semua orang,dan terpulanglah untuk kita sama ada nak membiarkan atau meningkatkan potensi diri.
6. Suami saya tidak suka menonjol dan selalu berasa segan nak tampil ke hadapan.Dia lebih rela kelihatan tidak tahu apa-apa walhal dia sangat tahu tentang sesuatu perkara.Dia tidak mahu orang tidak selesa dengannya.Ke mana-mana dia pergi dia dengan wataknya yang biasa-biasa.Dia juga ada amalan dia sendiri yang jarang orang buat,tapi saya tak nak tulis sebab tak nak ia jadi asbab orang nak jalan singkat untuk berjaya dengan berbuat baik-harapkan balasan."Clue" yang saya boleh beri,buatlah baik dengan sesiapa sahaja terutamanya orang terdekat dahulu dan memberi dengan ikhlas.
7. Jika ikutkan,saya juga tak suka menonjol.Tapi trend bisnes di Malaysia,ada masa kita perlu menonjol dan orang nak kenal siapa owner bisnes.Nak tak nak saya terpaksa hormat dengan keputusan suami tidak mahu menonjol dan saya seorang yang banyak tampil ke hadapan.
Itupun saya bukan sempat nak menonjol sangat sebab kami dalam fasa bisnes yang sedang rancak dan saya banyak terlibat dengan kerja belakang tabir.Syukurlah team bisnes kami semakin ke depan dan sukses.Tahun ini saya nak fokus untuk naikkan leader-leader dalam bisnes kami dan pasukan masing-masing.
8. Jawatan saya dalam syarikat kami ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) manakalah suami saya pula Managing Director(MD).Ramai tak tahu yang MD lebih tinggi levelnya dan pembuat keputusan terbesar dalam syarikat. Banyak benda saya perlu merujuk kepada MD dulu sebelum menetapkan keputusan,terutamanya apabila melibatkan benda-benda besar.
Saya lebih kepada pemasaran dan jaga team,dia pula banyak jaga operasi,kewangan dan pengurusan.Kami dah agihkan tugas dengan jelas untuk memudahkan segala urusan.
9. Saya yang paling banyak hadir program dan sesekali sahaja kami hadir bersama.Suami saya tak suka program yang ada joget-joget,nak kena tepuk tangan,berdiri dan sebagainya.Dia juga tak suka program yang melibatkan pemasaran sebab itu kecenderungan saya,bukan dia.Tetapi apabila balik dari sesebuah program/kursus/workshop yang dia tak sertai saya perlu melaporkan kepada dia dan buat summary dan kami sama-sama meingkatkan ilmu masing-masing,dan apa jua keputusan saya selepas itu dia lebih faham berdasarkan ilmu baru yang saya dah dapat.
10. Sebelum sampai ke level ini,kami pernah susah.Dan kami pernah berkorban.Ketika itu saya sedang membina team.Saya terpaksa korbankan masa bersama anak-anak,korbankan masa dengan suami,dan korbankan masa untuk diri sendiri.
Bukan senang nak senang.Jika tak sanggup berkorban,anda takkan ke mana pun.Masa itu suamilah yang beri dorongan dan sokongan.Dan sekiranya dia tidak menyokong saya pada masa itu,kami takkan sampai tahap ini. Jika dia tidak percaya dan yakin dengan apa yang saya sedang usahakan,memang kami takkan sampai tahap ini.
Alhamdulillah ahli keluarga juga memberi sokongan tak terbelah bahagi terutamanya ibu saya.Dulu dia banyak berkorban,tapi alhamdulillah,hasil pengorbanannya saya dah mampu berikan apa yang dia nak dan pembantu untuk membantunya.
Kami dah hantar ibu dan beberapa orang saudara mara mengerjakan umrah beberapa tahun lepas,belanja bulanan,bawa berjalan serta menyediakan kelengkapan rumah.Tak lupa kebajikan sebelah mertua.Mereka sakit kami boleh bawa ke hospital swasta dan berikan apa sahaja yang mereka nak.Bukankah bila kita mempunyai sedikit kesenangan kita lebih mudah berjasa?
Ya Allah,semoga kau jauhkan kami dari riak walaupun sedikit kerana niat menulis ini memang semata-mata untuk dijadikan inspirasi,semangat dan sebagai dorongan kepada orang lain agar mereka jadikan contoh.Sebab itu siapa perasan tahu yang saya tak pernah up pun pasal benda-benda ni sebab saya tak nak orang salah faham dan menjauhi perkara yang boleh membuka jalan kepada buruk sangka.
11. Apabila suami sudah memberi sepenuh kepercayaan,saya tak boleh buang masa.Saya fokus untuk membina team dan profail bisnes. Dan waktu itu saya masih bekerja.Dari 2010 saya gigih mencari ilmu,berkenalan dengan ramai orang,sifu bisnes,mentor dan orang hebat.Lalu saya pun membuat perubahan diri satu demi satu,sedikit demi sedikit,sebab saya tak percaya pada kejayaan segera.Bermula dari bawah itu lebih manis dan bermakna,bila jatuh,sakitnya kurang berbanding dengan berjaya yang tiba-tiba,jatuhnya pasti sakit dan sukar untuk bangkit kembali.
12. Pada saya lebih mudah apabila suami sendiri menjadi partner dalam bisnes.Sebab apa,hampir 24 jam kita boleh bersama bersembang dan berfikir untuk bisnes dan bertindak untuk bisnes.Dia punya "feel" nya dan sayang pada syarikat pun luar biasa,komitmen pun pasti lebih.Pada saya asalkan clear dan ada hitam putih yang jelas,tak ada masalah.Hitam putih @ perjanjian itu penting supaya tidak ada pihak yang teraniaya jika terjadi apa-apa.Apa yang penting,emosi tolak tepi dan bisnes tetap bisnes.Di rumah boleh jadi suami isteri sepenuh masa,di ofis dan di luar perlu profesional.Tapi yang best,di rumah pun boleh dapat idea bisnes dan boleh bincang tentang bisnes.Ia juga boleh meningkatkan produktiviti.
13. Keluarga tetap keutamaan.Tanamkan pada anak supaya mereka berdikari dan mereka tahu kenapa kita sibuk.Ketika berjumpa,fokus sepenuhnya pada mereka.Ketika bercuti-bercuti sepenuhnya dengan mereka.Tekankan pendidikan agama untuk bekalan hidup mereka dan membina jati diri yang kukuh.
14. Apabila bisnes semakin berkembang,usah takut untuk leverage.Perlu berani menggajikan staf.Empayar bisnes kami bermula dengan kami berdua.Kemudian jadi berempat dan berlima,dan kini kami menggajikan dan membayar kepada 20 orang staf untuk semua bisnes kami setiap bulan,sama ada mereka fulltime,part time mahupun yang kami outsource.1/4 sahaja yang kami outsource.
15. Tanpa seorang lelaki,agak sukar untuk seorang wanita berjaya.Kami berkongsi impian yang sama,cita-cita yang sama dan halatuju yang sama.Apabila sama dari banyak segi,lebih mudah untuk pergi jauh.Ini untuk fasa bisnes yang masih muda.Ada sahaja mereka di luar sana yang berjaya dengan bisnes berasingan,suami bisnes lain,isteri lain,saya tak nafikan.Tapi dalam fasa bisnes yang masih mentah,eloklah jika suami isteri berkolaborasi.Jika salah seorang masih bekerja,anda boleh fikir masak-masak,adakah anda mahu terus bekerja,mahupun bercadang untuk berhenti dan fokus kepada bisnes.
16. Ya,dulu saya bertahan kerja sebagai guru sebab saya "passion" dan berasa cukup dengan gaji yang sedikit dan konon saya tak nak memandang pada harta dan kekayaan sebab nak ambil jalan selamat.
Tapi saya berhenti kerana tidak tahan dengan pihak atasan,sistem pendidikan yang caca marba dan yes saya bertuah sebab saya ada back up kewangan untuk beberapa tahun dan sudah ada tapak bisnes.Jadi speed dia bila berhenti,fokus saya 100% pada bisnes dan saya dah tak peduli dengan segala rintangan.Pergantungan saya hanya kepada Allah semata dan saya tahu jika saya stop,saya tiada pendapatan lain.
17. Bila beralih dari makan gaji ke bisnes,pilihan yang ada ialah "do or die.Oleh itu saya ambil keputusan untuk "do" dan "do the best i can" lah. Bukan bergantung pada sabut jika beruntung timbul,jika tak tenggelam.
18. Selepas bekerja sebagai buruh,suami berhenti dan kerja kilang getah berdekatan.Selepas kelahiran anak sulung dia dapat kerja dengan Mara Liner sebagai konduktor bas dan upgrade jadi drebar bas.Waktu itu sangat ramai yang malu nak jadi konduktor bas,kerja kilang apatah lagi drebar bas.Tapi demi kelangsungan hidup,sikit pun dia tak malu.Saya pun tak malu,bukan buat kerja haram.Dan saya tak peduli pun dengan pandangan orang.
19.Hidup perlu sentiasa bersyukur dan sabar dengan ujian.Apabila kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang sedikit,Allah akan hantar nikmat yang lebih besar dan makin besar.Jika yang sedikit pun tidak bersyukur,bagaimana Allah nak beri yang lebih besar?Ya,Dia akan beri,tapi boleh jadi ianya istidraj.Sebab itu jangan pelik jika ramai orang femes yang kaya raya tapi hidup mereka jauh dari agama.Perompak pun boleh kaya kan?Tapi persoalannya mereka nak kejar apa,syurga atau neraka?
20. Pada saya kebahagiaan hidup tak terletak pada wang,harta,kedudukan dan pangkat semata.Jadilah apa sahaja dan buat apa sahaja yang halal asalkan bahagia.Orang kerja makan gaji tak perlu pandang rendah orang bisnes,begitulah sebaliknya orang bisnes jangan pandang rendah orang makan gaji sebab Allah dah susun cantik dah,semuanya saling memerlukan.Dan itu adalah pilihan kita.
21. Jika ditakdirkan jadi usahawan,ingatlah tanggungjawab yang besar dan mulia.Sebab setiap sen kita akan ditanya,sebab itu jangan rimas bila di dunia lagi kita ditanya.Usah dikondem agensi kerajaan,mereka buat kerja mereka dan kita harus berbangga sebab menyumbang kepada kerajaan dan seterusnya rakyat.Mereka seleweng atau tidak,itu antara mereka dengan Tuhan.Apa yang penting kita dah jalankan tanggungjawab kita.Jika kita redha,Allah tambah,dan kita usahalah untuk menyumbang zakat dan bersedekah lebih pula.
22. Tanggungjawab yang lebih besar ialah berpeluang menyediakan peluang menambah pendapatan kepada lebih ramai orang dan peluang pekerjaan.Paling tidak kita menjadi bangsa yang tak bergantung harap pada kerjaya makan gaji sahaja.
Dunia semakin mencabar dan anak-anak kita semakin tiada peluang pekerjaan.Itulah peranan usahawan,menjadi pemangkin dan mewujudkan platform untuk generasi akan datang.Jika semua nak hantar anak ke universiti dan mengharapkan kerja makan gaji,siapa yang nak tambah peluang pekerjaan?
23. Sekali dah melangkah,usah berhenti.Jika kita gagal dalam bisnes ini sekalipun,itu bukan noktah untuk kita berhenti.Sebab seorang usahawan itu akan terus hidup dan mencipta peluang-peluang baru tanpa kenal putus asa.
Kesimpulannya di sini,jika anda rasa anda kerja biasa-biasa,belum terlambat untuk anda bermula."Better late than never".Suami saya sendiri mula berniaga 2010 dan serius berbisnes ketika umur 30-an.Tapi dia percaya yang dia boleh berjaya dan kini menjadi pengarah kepada dua buah syarikat kami.Sebut sahaja term-term bisnes,banyak yang dia tahu walaupun SPM banyak matapelajaran yang gagal (tapi ini bukan nak kata tak perlu masuk U dan tak perlu pandai akademik,sebaliknya inspirasi buat yang memang dah gagal semasa di sekolah).Bagi saya jika pandai akademik dan pandai berbisnes,memang pakej yang terbaik,jika tidak,its ok,anda masih boleh berjaya.
Untuk makluman anda juga,dia tak pandai cakap English dan tak faham pun melainkan faham sikit-sikit macam yang mudah-mudah -go straight,yes,no,good dan lain-lain.Hehe
Jika anda pandai berbahasa Inggeris,itu bonus kepada anda.Encik suami saya tu nak sangat masuk kelas bahasa Inggeris tapi belum sempat lagi.Semoga tercapai hasratnya nanti.
Asalnya pendek sahaja nak menulis,tapi dah jadi panjang pula.Saya yakin tak ramai yang baca sampai habis.Hanya orang yang kental sahaja boleh baca sampai habis.Orang gagal memang tak mampu habiskan bacaan.Tahniah saya ucapkan kerana anda berjaya baca sampai habis. Semoga menjadi usahawan yang berjaya bukan sahaja di dunia,tetapi di akhirat.
Kami pun tak sempurna dan tak pernah berhenti belajar,belajar dan terus belajar.Pembangunan diri tak boleh terhenti dan harus terus berusaha menambah ilmu,amal dan iman.Kita hanyalah manusia yang kelihatan hebat kerana Allah menutup aib kita.Apa yang penting,usah jemu untuk menjadi baik dan jadi manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain,jaga hubungan sesama manusia dan jaga hubungan dengan Allah swt.
Saya berkongsi kisah ini bukan untuk menunjukkan apa-apa,niat saya cuma untuk memberi semangat kepada mereka yang sering merasakan mustahil untuk berjaya.Siapa pun anda,itu tak penting.Apa yang penting,terus berusaha tanpa jemu dan terus berdoa.
Semoga bermanfaat hendaknya.Siapa nak share dipersilakan,tak perlu minta izin.Mungkin anda boleh baca kemudian dan jadikan salah satu pembakar semangat kerana itulah tujuan saya menulis.
Anda juga boleh tag pasangan anda supaya sama-sama baca dan ambil yang positif.Saya doakan anda dan pasangan berjaya mendapat apa yang diimpikan.Amin
#SharingbyNfam
Nor Fazilah Abd Mohd,
norfazilah.com
Ahad, 31 Mac 2019
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.
Sapu je lega
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...
-
*TEKNIK DOA YANG BETUL* Mungkin ramai yang dah tau tapi yaa nak share untuk ingatkan balik sesama kita 💕 1. Kalau sebelum ni kita sel...
-
Assalamualaikum.. ZIKIR MUNAJAT🌺 1) *سُبْØَانَ اللهِ ÙˆَالْØَÙ…ْدُ للهِ Ùˆَلاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ Ùˆَاللهُ Ø£َÙƒْبَرُ*💞 Subhanallah wa...
-
GBS ni apa? Bukan Geng Bas Sekolah ye Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum ( tempat simpan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan