Khamis, 7 Mac 2019

Hal teknikal menulis di Facebook:

1. Setiap 4 atau 5 baris ayat, buat perenggan yang terputus antara satu sama lain. Ia memudahkan pembacaan menggunakan telefon walau poin perenggan itu adalah sama.

2. Ini maksud perenggan yang terputus (ada space antara nombor 1 dan nombor 2).

3. Elakkan menulis ??? !!!! .... ianya memberi maksud berbeza dengan apa yang kita mahu sampaikan. Boleh jadi emosinya itu teruja, boleh juga marah boleh juga sedang terlalu gembira. Guna ? Atau ! Sahaja.

4. Elakkan menulis tajuk (heading) untuk penulisan di wall sendiri. Kebiasaan mereka yang belum ada pengikut, tulisan mereka akan “jump to conclusion” sekiranya ada header. Namun bagi mereka yang dah ada pengikut, tidak menjadi hal. Ianya persepsi.

5. Gunakan perkataan yang biasa digunakan. Elakkan perkataan sastera, bombastik dan fancy. Contohnya seperti usai, lantera, metafora, dan sebagainya. Di media sosial, bahasanya perlu lebih mudah difahami.

6. Pastikan mengeja dengan betul. Ejaan yang betul tanpa sebarang short form, sebarang singkatan yang direka-reka akan menjadikan posting itu difahami dan mudahnya orang lain berkongsi (klik share).

7. Sekiranya mahu menulis tentang dialog atau dialek, gunakan “....” ianya akan lebih mudah difahami.

8. Jika posting bergambar, adalah sangat baik pada setiap satu gambar ada captionnya yang tersendiri.

9. Pastikan kata nama khas menggunakan huruf besar di huruf pertama perkataan tersebut. Seperti menulis Allah, Tuhan, nama orang, nama tempat dan sebagainya.

10. Elakkan copy paste mana-mana status orang lain walau memberi kredit. Fungsi copy di Facebook ini adalah untuk paste di ruang yang bukannya Facebook. Ia mesti dipastekan di blog atau web atau di tempat lain. Sekiranya dilaporkan (report), boleh jadi akaun kalian disekat atau dipadam status tersebut tanpa notis.

Begitulah. Semoga bermanfaat.

Khairul Hakimin Muhammad,
Tulis baik-baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...