Jumaat, 1 Mac 2019

Perkara yang anda boleh kawal:

1. Sikap sendiri.
2. Disiplin sendiri.
3. Memilih network, kawan dan rakan. Serta asingkan yang mana di dalam bisnes atau bukan.
4. Kesihatan diri.
5. Bersyukur, berterima kasih dan cara merendah diri.
6. Habit, rutin dan kebiasaan.
7. Cara kerja.
8. Apa yang nak dimuat naik di media sosial.
9. Emosi sendiri.
10. Cara hidup.

Perkara yang kita tak boleh kawal:

1. Sikap supplier, sikap klien, sikap kawan dan sikap pelanggan.
2. Bencana, kemalangan dan kemusnahan alam.
3. Posting orang lain di media sosial.
4. Cara hidup orang lain.
5. Emosi orang lain.
6. Kesihatan orang lain.
7. Cara orang berterima kasih dan bersyukur.
8. Cara orang lain memilih untuk tidak bernetwork, tidak berkawan dan tidak berhubung.
9. Orang lain punya rutin.
10. Orang lain punya pandangan.

Yang pentingnya ialah, kita #fokus dengan apa yang kita boleh kawal. Yang tidak, kita hanya sekadar boleh pesan, nasihat dan beri panduan.

Bukan dalam bentuk menyakitkan, bukan juga dalam cara perli, maki serta menggunakan teknik sentap dan perit. Semua itu akan menjadikan kita lebih kurang dihormati dan lebih lagi ia menjauhkan rezeki.

Ingat kawan,

Apa yang kita fokus akan jadi hasil yang baik. Buang tepi segala yang ganggu kita. Semua itu kita tak boleh kawal, tak boleh buat apa. Selagi orang tak mahu berubah, tak perlu berharap kita boleh pegang tangannya dan pimpin.

Begitulah. Fokus ya!

Kredit:

Khairul Hakimin Muhammad,
#Singapura aku datang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...