Khamis, 25 April 2019

5 TIPS KEMPISKAN PERUT TANPA SENAMAN.
.
.
Ramai yang buat senaman sit up tetapi perut yang buncit tidak kempis juga. Kenapa?

Sebab masalah perut buncit biasa berkait rapat dengan berat badan yang berlebihan. Nak kempiskan perut, kita kena kurangkan berat badan terlebih dahulu baru diikuti dgn senaman untuk kempiskan perut.
.
.
Saya nak share 5 tips penting kempiskan perut tanpa senaman.
.

1. MINUM AIR MASAK
- Minum air masak yang kerap dan mengikut jumlah yg diperlukan boleh badan masing² juga boleh membantu untuk meningkatkan metabolisma dan megeluarkan toksin dari badan.

Minum air masak dlm kuantiti yang mencukupi juga boleh melancarkan fungsi organ hempedu dan melancarkan proses pembuangan air dlm badan. Pastikan minum air masak dgn cukup kerana ianya dapat membatu untuk kempiskan perut.
.

2. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA.
- Pengambilan gula bukan terhad didalam minuman sahaja. Gula juga tersembunyi dan banyak terkandung didalam karbohidrat yang diambil seharian seperti nasi putih, roti, pasta dan lain².

Jadi untuk mengelakkan gula yang berlebihan didalam badan, kurangkankan pengambilan gula didalam minuman. Gantikan nasi putih dengan nasi basmathi ataupun brown rice dan kurangkan pengambilan roti putih dalam menu seharian. Gula berlebihan yang tidak digunakan boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan perut buncit.
.

3. KURANGKAN GARAM DALAM MAKANAN.
- Garam juga boleh menyebabkan masalah kegemukkan dan perut buncit. Ini kerana garam yang berlebihan akan menyebabkan air tersimpan didalam badan dengan lebih banyak. Ini juga adalah punca kepada GEMUK AIR.
.

4. ELAKKAN MAKANAN RINGAN DAN MAKANAN SEGERA.
- Makanan ringan dan makanan segera adalah sangat tidak baik untuk kesihatan dan ianya juga membuat lemak terkumpul dibahagian perut jika diambil secara berlebihan.
.

5. AMBIL MAKANAN YANG TINGGI SERAT.
- Makanan tinggi serat sangat baik untuk membantu kita menurunkan berat badan secara semulajadi. Seperti yang kita ketahui, perut buncit terjadi kerana sistem pencernaan yang tidak sihat. Apabila kita rajin mengamalkan makanan tinggi serat, is dapat membantu melancarkan pergerakkan usus dan menyingkirkan lemak agar tidak berlebihan didalam perut. Sumber serat yang baik adalah protein daripada kacang soya, kekacang, oats, husk, gandum, sayuran hijau dan buah-buahan segar.
.

Semoga Bermanfaat ❤️

kredit to Coach Yatie Nadzli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...