Khamis, 11 April 2019

Ibu engkaulah pujaan hati anak mu








Anda kuat!anda hebat!!

Bukan semua orang faham... bahawa,


1. menyusu ini meletihkan... hormon prolaktin yang terhasil semasa penyusuan dah boleh buat ibu terlelap.. inikan pula kalau anak itu menyusu lama.. memang bukan setakat lena tapi rasa letih juga.

2. Ibu menyusu perlu ambil pemakanan yang tinggi nutrien lebih dari ibu mengandung. bak kata jururawat KKIA yang pesan pada saya.. kalau ibu mengandung makan sekor ikan, ibu menyusu kena makan 2 ekor ikan. itulah perumpamaannya

3. stress dan keletihan punca production susu ibu drop. sebab itu pasangan dan ahli keluarga kena cakna dan jaga hati ibu menyusu. bila ibu menyusu keletihan.. berilah peluang untuk ibu berehat. kalau orang tak faham memang akan kata ibu menyusu ni pemalas. tapi hakikatnya.. please give us helping hands (kan..kan..)

4. Ibu yang bekerja memang kena allocate masa untuk sesi perahan susu. biasanya 30 min-1jam. bukan semua mudah faham terutama majikan. bukan semua ibu selesa pam susu di work station. ada yang terpaksa sembunyi tempat tersorok demi keselesaan.

5. Bukan ibu mengandung je craving nak makan itu ini... ibu menyusu pun sama dan lebih lagi. selalu orang sekeliling kesiankan pada ibu mengandung mengidam je.ibu menyusu pun mengidam juga😂

6. ibu menyusu banyak cabaran..luka nipple, crack, saluran tersumbat.. semua itu cabaran untuk ibu menjayakan sesi penyusuan. berilah sokongan pada ibu.

7. jangan sesekali bagi cadangan susu formula pada ibu yang memang kental nak susukan anak dengan susu ibu... boleh jatuh sedih hati ibu tau.sepatutnya bagilah kata sokongan.

8. walaupun anak yang bf nampak mudah tak menyusahkan ibu bangun malam bancuh susu..tapi kekerapan ibu terjaga nak sua breast pada baby kadang ganggu kualiti tidur ibu.. sama ada ibu jadi sangat mengantuk atau ibu jadi terlalu lena bangun lewat. yang ni pasangan kena memahami sangat.

Banyak lagi rasanya cabaran dan dugaan nak menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun...
Moga ibu ibu semua dikuatkan semangat ya demi anak tersayang.

Stay happy, strong mumies❤❤❤❤ tap semangat...

#COPYandPASTE
#justletyouknow
#itsnoteasy
#ChetaAsmak





3 ulasan:

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...