Isnin, 8 April 2019

Jangan buat 7 pekara ini bila anak tantrum!!!

JANGAN BUAT 7 PERKARA NI BILA ANAK TANTRUM!

1.Jangan provok

Biasanya bila anak mengamuk, kita suka provok anak anak.
"Haa, menangis lagi, menangis lagi"
"Haa, jerit lah lagi, biar semua orang tengok. Eeee malu!"

Ini bukan cara untuk stop anak dari tantrum malah akan membuatkan anak mengamuk dengan lebih teruk dan masa nya juga akan makin lama sebelum mereka dapat berhenti.

Bayangkan minda mereka ketika itu sudah letih dan tidak stabil, tetapi kita tambahkan pula dengan provokasi yang memburukkan lagi situasi.

2.Jangan menjerit

Ketika anak sedang mengamuk/menangis kita tak perlu lah untuk menjerit.
Jeritan itu hanya akan membuat kan kita sakit tekak.
Lebih lebih lagi jeritan kita juga tidak akan didengari oleh anak.
Semakin kita kuat menjerit, semakin anak kuat mengamuk.

Api jangan di lawan dengan api, nanti yang terasa panasnya itu kita.
Sama sama terbakar nanti.

3.Jangan ugut

Seterusnya, tak perlu ugut anak untuk menyuruh mereka berhenti mengamuk.
Bila kita ugut, mungkin anak akan berhenti tetapi hanya reaksi dari luar sahaja yang akan selesai.
Tetapi, perasaan mereka di dalam masih lagi belum selesai.
Bila perkara itu berulang, akan masih lagi belum tahu untuk handle situasi itu, malah mungkin boleh jadi lebih teruk.

4.Jangan mengalah

Seterusnya, ibu dan ayah janganlah mengalah.
Bayangkan jika anak mengamuk di pasaraya kerana mahukan kereta mainan besar yang diluar kemampuan kita.
Seandainya kita mengalah, dan turutkan kemahuan anak, ia akan membuatkan anak tahu bahawa bila dia mengamuk ibu dan ayah akan tunduk dengan permintaan mereka.

5. Jangan memperlekehkan/ketawa

Saya tahu, kadang kadang kita rasa nak ketawa bila anak mengamuk.
Sebabnya, kadang kadang perkara yang buat mereka mengamuk itu perkara yang remeh sahaja.

Pernah lihat tak anak kecil yang mengamuk gara gara aiskrim yang dibeli mula cair?

Atau pernah lihat tak anak kecil yang mengamuk sebab kita termakan makanan fovourite dia?

Kadang kadang penyebab mereka mengamuk itu perkara remeh yang kadang kadang melucukan!

Tapi, tapi...
Tolong jangan ketawa.
Sebab bila kita ketawa seolah olah kita tidak memgambil berat perasaan anak anak kita.
Semasa mereka mengamuk, kalau boleh kita diam sahaja.
Tenang tenang sahaja.

Kalau mahu ketawa pun, ketawa lah ketika anak anak sudah tidur, itulah kenangan kita dengan mereka.

Tahu tak, bila anak anak sudah semakin besar mereka takkan lagi memgamuk secara terbuka begini.
Memang kita akan rindu saat ini.
Semakin besar anak kita, semakin pandai mereka handle perasaan dan tingkah laku mereka.

6.Jangan pujuk

Haa, jangan pujuk?
Ya, betul.
Bila emosi seseorang itu tidak stabil jangan kita cuba pujuk pujuk.
Kadang kadang kita tak pujuk ada orang lain datang pujuk.
"Haa, jangan menangis, nah coklat, nah aiskrim"

Kalau boleh cuba beritahu kepada orang sekeliling agar jangan pujuk anak anak anda ketika mereka mengamuk.

Yang penting kita hadir di sisi mereka.

Tak boleh pujuk langsung ke tidak?
Boleh.
Tunggu anak sudah stabil emosi mereka dahulu
Kemudian, barulah kita pergi dekat.

Kalau kita orang dewasa ni pun, kalau kita tengah  menangis orang datang pujuk pujuk kita, saya rasa makin kuat kita menangis.

Sebab bila emosi seseorang tidak stabil, minda mereka pun tidak dapat proses informasi dengan baik.
Bila kita datang pujuk mereka ketika itu, susah untuk mereka terima apa yang kita cuba beri.

Sebab itu, pentingnya kita tahu saat yang sesuai untuk kita bertindak.

Untuk pengetahuan ibu dan ayah diluar sana.
Ada 3 fasa biasanya bila anak tantrum.

1.ANAK AKAN MENJERIT
2.ANAK AKAN BALING BARANG/BERGULING
3.ANAK AKAN MENANGIS DAN TERESAK

Untuk memujuk anak, pastikan mereka sudah melepasi fasa terakhir, iaitu menangis.

7. Jangan hiraukan pandangan orang

Saya masih ingat lagi, ketika anak saya mengamuk nak jam ketika kami sedang shopping di Aeon.

Masa tu dia mengamuk seolah olah di rasuk.
Menangis sampai keluar air hidung sekali.
Mulutnya  ketika itu tak berhenti meraung.

Memang malu betul masa tu!
Orang sekeliling pula pandang seolah olah teruk sangat anak kita.
Seolah olah kami ni tak pandai handle anak.
Pandangan yang tidak ada simpati dan empati sedikit pun.
Hanya kerutan dan jelingan sahaja hadiah untuk kami.

Tapi, apa yang kami buat ketika itu, tarik troli ke tepi sedikit dan biarkan anak kami mengamuk sampai dia ok.

Orang lalu lalang kami abaikan sahaja.
Semua orang akan lalui perkara itu, jadi tenang sahaja.
Tak usah rasa malu
Tak usah rasa bersalah
Tak usaha rasa tak pandai jaga anak.
Itu normal.

Orang pandang pelik mungkin dia belum rasa situasi itu.

Yang penting, tenang tenang sahaja.
Penting untuk kita semat dalam fikiran kita.

"Kadang kadang cara untuk kita menghadapi tantrum anak adalah dengan berdepan dengannya"

Walau apa punpun perasaan kita, malu, geram atau marah kita tetap kena laluinya.
Jangan lari dari realiti itu.

#Kredit: Puan Farhan
#KomikAsmak
#chetaasmak❤
#ShareJikaBermanfaat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...