Tips Ibu Hamil Kekal Bertenaga Di Bulan Puasa Tanpa Rasa Letih
.
Sedar atau tak sedar sekarang dah bulan Syaaban, lagi beberapa hari lagi nak masuk bulan Ramadhan. Bulan yang dinanti-nantikan oleh semua muslimin dan muslimat.
.
Khas untuk ibu hamil yang bakal berpuasa, sudahkah anda bersedia? Terutama sekali ibu hamil berpuasa buat kali pertama..
.
TIPS IBU HAMIL BERTENAGA DI BULAN PUASA
.
Jadi ingin saya kongsikan tips ibu hamil untuk kekal bertenaga di bulan puasa. Pentingnya tips-tips ini adalah untuk elak ibu hamil letih dan lemah sepanjang berpuasa. Kemungkinan ibu hamil yang berpuasa boleh pitam, pening atau sebagainya. Tips ini juga amat sesuai untuk ibu menyusu..
.
TIPS #1: WAKTU BERSAHUR JANGAN SESEKALI DITINGGALKAN
.
Elak dari meninggalkan waktu sahur atau melewatkan sahur. Ibu hamil yang berpuasa perlu memilih makanan yang mempunyai rendah GI(Glycaemis index) yang rendah, sebab GI yang rendah akan buat ibu hamil cepat kenyang dan lambat lapar. Contoh paling mudah roti wholewheat, beras perang dan sebagainya.
.
TIPS #2: MINUM AIR MASAK
.
Air sangat penting untuk elak dehidrat. Jadi ibu hamil digalakkan ambil air 3 liter bermula buka puasa hingga sahur. Waktu sahur memang tak boleh nak minum banyakkan, jadi boleh minum air dengan banyak di waktu malam untuk cover siang hari berpuasa. Sebenarnya kita boleh ‘schedule’ dan ‘adjust’ waktu minum. Contohnya selepas solat magrib, isyak dan sebelum tidur atau anda boleh tukar-tukar sikit waktu minum ikut kesesuaian anda.
.
TIPS #3: ELAK MINUM AIR SEJUK ATAU TERLALU MANIS
.
Perkara paling penting hindari dari minum air sejuk dan minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Gula yang tinggi dalam minuman atau makanan akan membuat anda pening kepala dan pitam.
.
TIPS #4: MAKAN SECARA BERTAHAP
.
Makan secara bertahap maksudnya jangan makan dengan terlalu banyak dalam satu masa. Akibatnya nanti perut jadi senak dan boleh muntah. Ambil makanan sedikit demi sedikit, buat bersabar.. smile emoticon
.
TIPS #5: ELAKKAN TIDUR SELEPAS BERSAHUR
.
Dinasihatkan ibu-ibu hamil tidak terus tidur selepas bersahur. Ia boleh mengundang kemalasan.
.
TIPS #6: AMALKAN AMBIL KURMA KETIKA BERBUKA
.
Kurma adalah sangat penting. Ibu hamil yang berpuasa digalakkan mengambil 3 biji atau lebih buah kurma kerana jika makan kurma akan bertukar kepada tenaga, kurma mempunyai kalori yang tinggi. digalakkan ibu hamil yang berpuasa terutama sekali yang berkerja siapkan kurma di dalam beg, mungkin sampai rumah lewat sebab ‘jem’ jalan raya, jadi boleh alas perut dengan kurma.
.
TIPS #7: JANGAN LEWATKAN WAKTU BERBUKA
.
Jika masuk waktu terus berbuka, ada baik jangan menangguh waktu berbuka
.
TIPS #8: ATUR MENU MAKANAN
.
Atur menu makanan yang berkhasiat, elakkan yang terlalu berminyak dan berlemak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.
Sapu je lega
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...
-
*TEKNIK DOA YANG BETUL* Mungkin ramai yang dah tau tapi yaa nak share untuk ingatkan balik sesama kita 💕 1. Kalau sebelum ni kita sel...
-
Assalamualaikum.. ZIKIR MUNAJAT🌺 1) *سُبْØَانَ اللهِ ÙˆَالْØَÙ…ْدُ للهِ Ùˆَلاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ Ùˆَاللهُ Ø£َÙƒْبَرُ*💞 Subhanallah wa...
-
GBS ni apa? Bukan Geng Bas Sekolah ye Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum ( tempat simpan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan