Nah! 13 Panduan Asas Percuma untuk orang yang baru mahu mula berbisnes.
1. Jangan gelojoh dengan begitu banyak peluang yang menyapa kita setiap hari. Usahakan satu persatu sampai menjadi. Beri masa minimum 3 bulan untuk cuba dan jaya.
2. Daftarkan perniagaan kita dengan SSM ( Suruhanjaya Syarikat Malaysia ). Jika tak salah, fee yang dikenakan ialah RM60 setahun. Ada diskaun untuk pelajar IPT.
3. Buka akaun semasa di bank untuk perniagaan itu. Dapatkan kawan-kawan yang sudah ada akaun aktif di bank tersebut untuk menjadi ‘introducer’ kita. Deposit buka akaun berbeza mengikut bank.
4. Rancang dan bentukkan model bisnes kita. Apakah kita mahu berniaga secara dropship, wholesale atau retail. Rujuk informasi mengenai ‘Business Model Canvas’. Ramai sifu mengajar fasal ini.
5. Kenalpasti produk atau perkhidmatan kita. Buat kira-kira kos jualan termasuklah kos belian stok, utiliti, perjalanan dan sebagainya yang melibatkan jualan kita. Pengurusan kos di awal usaha sangat penting.
6. Jual pada harga pasaran dengan tawaran-tawaran yang luarbiasa. Belajar untuk ‘add value’ kepada produk dan perkhidmatan kita itu. Buat sedikit kajian pasaran. Lakukan validasi produk itu.
7. Di Malaysia, budaya membeli pelanggan lebih terdorong terhadap ‘social proof’. Mereka hanya akan membeli dengan apa yang mereka percaya. Kepercayaan itu datang daripada apa yang mereka nampak, dengar dan faham.
8. Belajar untuk membangunkan jenama. Pembentukan jenama diri dan jenama bisnes amatlah penting. Biar orang tahu kewujudan bisnes kita. Tak usah malu memberitahu orang apakah usaha bisnes kita.
9. Fasa satu tahun pertama adalah tempoh getir untuk belajar dan buktikan hasilnya kepada diri sendiri, bukan untuk orang lain. Tahun kedua adalah tahun untuk lebih serius bertahan.
10. Tak usah berasa terancam dengan persaingan. Tak usah berlawan-lawan untuk merebut pelanggan. Persaing terbesar pemula bisnes ialah untuk memenangi diri sendiri dahulu.
11. Belajar ikat perut pada dua hingga tiga tahun pertama. Sambil ikat perut sambil ‘butakan mata’ dan ‘pekakkan telinga’. Tempoh dua tahun pertama adalah hayat percubaan yang sangat kuat. Seni ini namanya ‘bootstraping’.
12. Cepat-cepat belajar daripada kesilapan. Semua orang melakukan kesilapan. Silap bukan gagal. Silap adalah guru kejayaan paling jujur untuk memandaikan kita. Kesilapan itu sifu yang paling jujur memandaikan kita.
13. Tak usah terlalu ‘khayal’ dengan teori bisnes. Terlalu banyak teori dalam bisnes hanya akan menjadikan kita pandai bercakap dan merasa hebat. Bisnes adalah tindakan. Bisnes ialah apa yang kita usahakan. Kita hanya mahu untung dan ‘outcome’ yang baik.
14. Berikan masa untuk berjuang kepada diri sendiri. Belajar untuk menakluki busut-busut kecil di depan mata. Lambat laut si gunung tinggi kita akan daki jua. Bersabarlah. Kejayaan memerlukan masa.
15. Raikan setiap kejayaan-kejayaan kecil setiap hari. Rekod dan tuliskan rekod-rekod kejayaan baru. Bangun pagi dengan senyuman dan lupakan kejayaan semalam. Masalah itu cuma penyeri hidup.
16. Tak usah berperang dan tak usah melayan ajakan bertumbuk. Tak usah salahkan sesiapa apabila kita rugi atau berasa kalah. Salahkan diri sendiri. Itulah cukai kebodohan dan kecuaian kita.
Saya mendoakan kalian semua yang sedang berada di fasa ‘startup’ ini berjaya. Bisnes adalah kehidupan dan ia adalah sebuah perjalanan yang tiada penghujung.
Jadilah orang yang selalu tenang dan menang untuk diri sendiri. Jadilah diri sendiri. Hebatkan diri sendiri.
- Nota ini adalah ulang siar. Saya menulis nota ini ketika berada di negara Jepun pada tahun 2017 yang lalu. Semoga bermanfaat.
Salam Sukses.
Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan
.
.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.
Sapu je lega
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...
-
Assalamualaikum.. ZIKIR MUNAJAT🌺 1) *سُبْØَانَ اللهِ ÙˆَالْØَÙ…ْدُ للهِ Ùˆَلاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ Ùˆَاللهُ Ø£َÙƒْبَرُ*💞 Subhanallah wa...
-
KELEBIHAN MINYAK ASMAK KEPADA IBU HAMIL & BAYI YANG RAMAI TAK TAHU! Alhamdulillah, produk2 Asmak ni memudah, membantu & membua...
-
*TEKNIK DOA YANG BETUL* Mungkin ramai yang dah tau tapi yaa nak share untuk ingatkan balik sesama kita 💕 1. Kalau sebelum ni kita sel...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan