HENTIKAN TRADISI INI
Kita seringkali melihat anak-anak kecil dipaksa puasa. Kesian melihat kadang-kadang.Ibu berkeras mahu anak berpuasa sedangkan kanak-kanak masih kecil dan perut mereka belum sekuat orang dewasa.
Tahukah anda?Orang Arab sendiri hanya memaksa anak mereka berpuasa sekitar umur 11-12 tahun ?
Sepatutnya kita harus memaksa anak kita solat.Solat itu rukun kedua dalam rukun Islam.Disebabkan tradisi ini,makin ramai generasi yang wujud pada hari ini di kalangan mereka yang berpuasa tetapi tidak solat.Ye,ini fakta.
Terlalu ramai yang hanya berpuasa dan tidak solat.Dan segolongan lain pula berpuasa dan solat,tetapi solat itu dibuat sekadarnya,tidak menepati solat yang sempurna. Apabila solat tidak sempurna,ia tidak mampu menjadikan seseorang itu menjadi lebih baik.
Oleh itu usah pelik jika pada hari ini anda melihat terlalu ramai yang solat tetapi mereka masih bergelumang dengan maksiat. Masih melakukan kejahatan kecil dan besar.
Jika di surau tempat awam,pandangan biasa mereka yang berpakaian seksi dan tidak menutup aurat dengan sempurna tetapi mengerjakan solat.Ia sesuatu yang sangat baik.Di dalam hati juga mendoakan semoga mereka mendapat hidayah.Persoalan sekarang,di manakah silapnya?
Silap itu bermula dari rumah!
Sedari kecil ibu bapa lebih menekankan anak berpuasa berbanding solat.Pernahkah kita memeriksa cara solat anak kita,betul atau tidak.Atau mereka mengerjakannya sekadar syarat?
Oleh itu,henti-hentikanlah tabiat memaksa anak berpuasa sedangkan tidak memaksa anak solat.Jika anak solat sekalipun,usahlah memaksa mereka berpuasa terlalu awal kecuali mereka sendiri yang mahu dan anggap ia sebagai pengenalan,tak salah.
Apa yang salah bila memaksa.Dan kita harus memantau apabila anak berpuasa,tawarkan mereka untuk berbuka jika mereka tidak larat.
Kesimpulannya,paksalah dulu anak solat dengan sempurna,dan biarlah mereka berpuasa bila umur sesuai.Ajarkan puasa sebagai pengenalan sahaja dan benarkan mereka berbuka jika tidak mampu.
Ayuh,kita ubah tradisi ini.
#IhyaRamadhanbyAsmak #Asmak #WeAreFamily #MisiBiasakanYangBetul
Khamis, 9 Mei 2019
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.
Sapu je lega
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...
-
*TEKNIK DOA YANG BETUL* Mungkin ramai yang dah tau tapi yaa nak share untuk ingatkan balik sesama kita 💕 1. Kalau sebelum ni kita sel...
-
Assalamualaikum.. ZIKIR MUNAJAT🌺 1) *سُبْØَانَ اللهِ ÙˆَالْØَÙ…ْدُ للهِ Ùˆَلاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ Ùˆَاللهُ Ø£َÙƒْبَرُ*💞 Subhanallah wa...
-
GBS ni apa? Bukan Geng Bas Sekolah ye Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum ( tempat simpan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan