Adab beraya orang bisnes.
Orang bisnes profesional tidak gelabah. Mereka ada standard level yang kelas. Tahu meletakkan kedudukan mereka pada tahap yang tinggi untuk jaga jenama walau dalam musim beraya.
Cuma, kita tak boleh lupa siapa kita. Ada cara bagaimana kita buat softselling semasa beraya supaya tak nampak sangap sangat nak menjual.
1. Tak perlu cerita pasal bisnes depan tetamu tanpa dipinta.
2. Tak perlu ke hulu ke hilir bawa produk niaga.
3. Jika kita jual kasut, kita pakailah kasut tu. Jika kita jual baju, kita pakailah baju tu. Ibarat mobile advertisement. Cuma kalau jual tudung, tak perlulah pakai jika kita lelaki. 🤣
4. Beri kad bisnes semasa pulang beraya. Bukan lepas beri salam nak masuk rumah beraya.
5. Waktu ini gunanya sticker bisnes di kereta. Tetamu yang hantar pasti perasan. Dia tak tanya mengapa, tapi dia baca FB bisnes kita tu.
6. Hanya mulakan bila didesak. Selagi boleh tukar cerita, kita tukar. Less is more. Itu gaya korporat.
7. Jika didesak juga, minta saja mereka masuk FB/IG/website kita.
Niat kita datang beraya.
Rapatkan silaturahim.
Eratkan hubungan.
Itu lebih diyakini berbanding asyik nak menjual saja.
Bukankah asas menjual adalah membina hubungan dan kepercayaan?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.
Sapu je lega
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...
-
*TEKNIK DOA YANG BETUL* Mungkin ramai yang dah tau tapi yaa nak share untuk ingatkan balik sesama kita 💕 1. Kalau sebelum ni kita sel...
-
Assalamualaikum.. ZIKIR MUNAJAT🌺 1) *سُبْØَانَ اللهِ ÙˆَالْØَÙ…ْدُ للهِ Ùˆَلاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ Ùˆَاللهُ Ø£َÙƒْبَرُ*💞 Subhanallah wa...
-
GBS ni apa? Bukan Geng Bas Sekolah ye Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum ( tempat simpan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan