Isnin, 17 Jun 2019

Kotak tabung ajaib??

Nak anak minat menabung?


5 TIPS INI AKAN AJAR ANAK KECIL HARGAI DUIT

1. Jangan beri wang belanja yang tinggi.
.
Bukanlah bermaksud sebagai ibu bapa anda harus kedekut untuk keluarkan wang saku untuk anak-anak berbelanja. Ia sudah menjadi tanggugjawab anda sebagai ibu- bapa. Namun, mengawal dan mengajar anak untuk berjimat serta mengajar mereka menentukan nilai adalah amat penting arus global masa kini. Sebab itulah orang kata berbelanja dengan bijak
.

.
2. Beli permainan sendiri.
.
Kanak-kanak memang tak dapat dipisahkan dengan mainan. Dari kecil sampai ke remaja pun masih duk main mainan. Jangan cakap tak ada, bapa budak pun suka main kereta control hehe. Perkenalkan konsep menyimpan kepada mereka sejak dari kecil lagi. Jika ada barangan yang diingini, sekarang dengan mudah boleh gunakan duit simpanan sendiri. Mereka akan lebih berhati-hati dan sangat menghargai barangan yang dibeli daripada wang sendiri berbanding kita yang terhegeh-hegeh beli dan beri pada mereka.
.

.
3. Galakkan anak menderma.
.
Dengan memberikan contoh yang baik pada anak seperti kerap bersedekah dan menderma, sekaligus ia menanam sifat yang baik terhadap anak. Anda akan dianggap sebagai Al-Amin dan menjadi contoh tauladan pada anak. kanak-kanak pada awal usia 4-7 tahun ini gemar mengikut setiap kelakuan yang dilakukan oleh ibu bapa. Jadi berikan imej dan tauladan yang baik kepada mereka sebagai sebahagian pembelajaran dalam kehidupan.
.

.
4. Buka akaun bank.
.
Sebaiknya, bukalah satu akaun bank untuk anak anda. Mulakan dari mereka masih bayi lagi. Ajar mereka konsep menyimpan. Dan beritahu mereka bahawa simpanan tersebut untuk kegunaan yang baik-baik. Tak perlu cakap “untuk masa depan korang” bukan mereka paham lagi waktu ini. Waktu usia begini mereka lebih memahami konsep visual iaitu daripada pemerhatian sendiri dan contoh-contoh yang ditunjukkan.
.

.
5. Manabung.
.
Konsep simpanan kalau di ikutkan asasnya adalah tabungan. Bahasa mudahnya ialah menabung. Dari situ barulah ia menjadi simpanan sedikit demi sedikit macam dalam bank. Tak perlu ceritakan soal berat-berat untuk anak. Dengan memupuk sikap suka menabung ini, sebenarnya secara tak langsung ia mematang fikiran anak anda dan lebih menghargai duit. Mereka lebih cenderung tidak membazir dan meminta-minta untuk belikan sesuatu.

✔Sebagai permulaan, sediakan tabung yang ringkas.

#AsmakDiamondJunior #ADJ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...