Khamis, 6 Jun 2019

​SALAH FAHAM TERHADAP PARACETAMOL​💊

📝 ​"Apa beza panadol yang dijual dalam pelbagai bentuk? Ada panadol Actifast, ada panadol Mestrual dan sebagainya"

PANADOL yang dibuat oleh syarikat farmaseutikal GSK mempunyai beberapa bentuk.

1. PANADOL REGULAR mengandungi Paracetamol 500mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam, sama ada sebiji atau dua biji setiap kali pengambilan.

2.PANADOL EXTEND mengandungi Paracetamol 665mg, dan boleh bertahan sehingga 8 jam. Oleh itu diambil sebiji setiap 8 jam.

3. PANADOL EXTRA mengandungi 500mg paracetamol dan 65mg cafeine, untuk sakit yang lebih kuat dan tidak menyebabkan ketidakselesaan perut.

4.PANADOL ACTIFAST mengandungi Paracetamol 500mg dan 173mg Sodium untuk tindakan yang dua kali ganda lebih cepat. Oleh kerana mengandungi Sodium, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

5.PANADOL MENSTRUAL mengandungi paracetamol 500mg dan Pamabrom 25mg. Pamabrom bertujuan untuk mengurangkan kembung perut ketika haid.

6.PANADOL SOLUBLE mengandungi paracetamol 500mg dan sodium 427mg, Ia mudah larut dalam air. Kandungan sodium dalam ubat ini agak tinggi,  pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

Oleh kerana PANADOL dijual dalam pelbagai bentuk penyediaannya, pesakit harus berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi, walaupun ia boleh dibeli tanpa preskripsi.

~Dr. Zubaidi Bin Hj Ahmad​~

#SharingIsCaring
#tipsofhealthy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...