Rabu, 5 Jun 2019

“Salah satu kelebihannya ialah dipermudahkan mendapat zuriat.”

10 lagi Kelebihan Istighfar Yang Patut Kita Tahu
====

1. Diampunkan Dosa-Dosanya oleh Allah SWT

Allah telah berfirman, “Wahai hamba-hambaKu, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepadaKu, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahawa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).”

Riwayat Ibnu Majah, Tirmidzi

2. Dimakbulkan Permintaan dan Hajat

Orang yang jaga solat, jaga dzikir dekat dengan Allah. Orang yang dekat, mudah dimakbulkan permintaannya.

3. Bertambah Kekuatan

Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa! (Surah Hud: 52)

4. Mudah Mendapat Zuriat

Para ulama’ menyarankan kepada setiap pasangan yang berhajat pada zuriat untuk memperbanyakkan amalan istighfar. Antara kisah yang boleh dikongsi di sini adalah dari Imam al Qurtubi yang diriwayatkan oleh Ibnu Shabih tentang seorang lelaki yang tidak mempunyai zuriat telah menemui Hasan al-Basri kerana hal ini.

Lelaki itu kemudiannya telah dinasihatkan oleh Hasan untuk mengamalkan istighfar. Setelah beberapa ketika mengamalkan istighfar, lelaki itu kembali kepada Hasan untuk memaklumkan kehamilan isterinya.

5. Menyembuhkan Penyakit

“Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian, adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.”

Kitab Ihya’ Ulumuddin: 1/410

6. Menyejukkan Hati Isteri yang Sedang Marah

Mungkin ada kesilapan, dosa dan maksiat yang kita lakukan secara sedar atau tidak kepada Allah swt sehingga kita diuji dengan pasangan dan keluarga kita. Anak-anak jadi degil dan liar, entah ke mana perginya. Kembalilah kepada Allah swt atas teguran ini, berhentilah dengan dosa dan banyakkan memohon ampun. InsyaAllah akan dikembalikan keamanan di dalam keluarga kita.

7. Dijauhkan dari Azab dan Bala

Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).

(Surah Al-Anfal: 33)

8. Ditambah Nikmat dan kekayaan

Allah SWT berjanji bahawa mereka yang beristighfar akan diberi nikmat yang tidak putus-putus seperti di dalam firmanNya:

Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).

(Surah Hud: 3)

9. Memberatkan Timbangan Akhirat dan Diangkat Ke Syurga

Kesayangan Rasulullah saw, Saidatina Aisyah radialluhu’anha pernah berkata:

“Beruntunglah orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.” Riwayat hadis Bukhari.

10. Penyelesaian Setiap Permasalahan, Jalan Keluar dari Kesusahan dan Kesedihan.

“Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”

Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad

11. Menggembirakan Allah & Dicintai Allah

“Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hambaNya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw juga bersabda:

“Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya bagaikan orang yang tidak berdosa.” (Riwayat Ibnu Majah)

Dengan begitu banyak kemanisan, ganjaran dan kelebihan istighfar, maka rugilah jika kita tidak mengejar segala kebaikan ini untuk pelaburan dunia dan keuntungan akhirat.

Lazimi istighfar ketika senang, mudahan istighfar menjadi asbab bantuan ketika susah.

Orang alim pesan, baca istighfar 300 kali sehari iaitu:

100 kali waktu pagi
100 kali waktu petang
100 kali sebelum tidur 

Bacaan Istighfar Dalam Rumi

'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi'

Amal dan sampaikan kepada semua orang. Insha Allah.

Hafizul Hakim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ ๐Ÿ‘ถ Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan ๐Ÿ‘ถ Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...