Kisah Benar : Pengalaman dengan Resdung ~
:: RESDUNG SANGAT BAHAYA ::
Assalamualaikum
Sebelum cerita pasal penyakit resdung ini dimulakan,
nuanisa mohon maaf banyak-banyak sekiranya ada yang tidak boleh menerima apa yang akan dipertontonkan dan dikatakan selepas ini.
Apa yang nuanisa ceritakan dalam entry ini adalah hasil daripada pengalaman sendiri dan rujukan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bagi mereka-mereka yang mengidap penyakit resdung , atau masih keliru, marilah kita lihat penemuan-penemuan seperti yang akan diceritakan ini.
percayalah di saat saya menaip rencana ini, mata saya tengah gatal sangat, hidung pon sgt gatal...saya percaya effect ini pon anda akan rase apabila membacanya...saya minta maaf sgt tapi saya harus berkongsi dengan anda semua. Sekiranya masih sempat berubat, segeralah sebelum terlambat.
‘Resdung' melalui istilah kedoktoran: penahanan mukus yang disebabkan oleh pembengkak-an membran (sel lapisan kulit). Bengkak ini terjadi kerana saluran tersekat. Mukus adalah bahasa saintifik kepada cecair berupa lendir (hingus) yang ada di dalam tubuh manusia. Petanda paling ketara mukus berlebihan adalah kulit wajah berminyak. Minyak yang boleh mengakibatkan wajah kusam dan lebih teruk lagi; jerawat dalam bentuk bisul atau bernanah. Simptom lain yang sering dikaitkan Resdung:
mudah sejuk, menggigil di sesuatu keadaan yang tak sepatutnya (baru hujan sikit saja, dah rasa macam nak demam)
batuk sampai terasa gatal kerongkong, anak tekak
telinga selau rasa tersumbat. Kalau teruk, kena dapatkan ubat doktor cairkan sumbatan (dititik dalam telinga). Contoh: 'berdengung' telinga yang sukar hilang apabila ketinggian berubah-ubah seperti dalam kapal terbang atau lif
Hidung kadang-kala meleleh air (tanpa hembusan)
Gatal mata yang apabila digaru, semakin menjadi-jadi rasa nak teruskan - sampai merah dan berair.
Bersin melampau, sampai pengaruhi suhu badan (jadi panas) dan sikap (baran)
Disudahi dengan satu lagi petanda paling ketara: hidung kerap sangat tersumbat kerana lendir / kahak dan amat sukar dihembus keluar. Akibatnya; suara menjadi agak 'sengau'. Resdung juga dikenali dengan nama 'Sinus' (ketumbuhan dalam hidung) dan 'Alergi' (alahan kepada sesuatu jenis benda atau makanan).
PEMBEDAHAN SINUS MERUGIKAN
Para doktor merawat penyakit ini dari sudut yang berbeza pula. Pendekatan yang selalu diambil ialah mengesyorkan 'pembedahan sinustis'. Pembedahan ini menggunakan suatu alat 'laser' atau 'pemotong halus' yang berupa pisau kecil tajam yang berupaya memotong lendir-lendir yang melekat pada daging. Lendir-lendir ini tidak lagi boleh dikeluarkan dengan sekadar hembusan. Ia melekat bagaikan sebahagian dari daging. Paling dikesali tentang pembedahan ini ialah:
kebanyakkan doktor gagal menyediakan rawatan susulan bagi menghalang lendir tu dari tumbuh semula! Maka dengan ini, sesiapa yang melakukan pembedahan tersebut, akan berdepan dengan kerugian.
So, lagi banyak anda faham, lagi jelas jadinya mengenai persediaan anda memerangi serta menghapuskannya. Resdung adalah suatu penyakit dan kita harus menghalangnya dari merebak lalu mengakibatkan kerosakan yang lebih besar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.
Sapu je lega
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...
-
*TEKNIK DOA YANG BETUL* Mungkin ramai yang dah tau tapi yaa nak share untuk ingatkan balik sesama kita 💕 1. Kalau sebelum ni kita sel...
-
Assalamualaikum.. ZIKIR MUNAJAT🌺 1) *سُبْØَانَ اللهِ ÙˆَالْØَÙ…ْدُ للهِ Ùˆَلاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ Ùˆَاللهُ Ø£َÙƒْبَرُ*💞 Subhanallah wa...
-
GBS ni apa? Bukan Geng Bas Sekolah ye Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum ( tempat simpan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan