REDHA
Kadang kita pelik kenapa kita gagal dalam perniagaan, ada gagal peperiksaan, ada gagal dalam percintaan dan pelbagai kegagalan padahal kita dah buat yang terbaik dengan berusaha bersungguh-sungguh. Untuk memahami perancangan ALLAH kita perlu waktu.
Kita kena faham yang semua kita lalui di Dunia sudah di tulis ALLAH untuk kita. Kadang ALLAH membuat kita terjebak pada kesulitan tertentu dan kita tak tahu kenapa. Janganlah kita bingung, kita lalui saja. ALLAH mahu kita percaya pada perancanganNYA. Jangan kita pertikaikan kenapa kita di uji macam ni, ALLAH tahu yang terbaik untuk kita.
Seandainya kita merasa sedih.. pejamkan mata dan katakan dalam hati "Inilah perjalanan hidupku, semua ini perancangan ALLAH.. jadi aku mesti redha di atas ketetapanNYA, aku terima takdirNYA, sesungguhnya setiap sesuatu ada hikmahnya. Redha dengan segala takdir ALLAH merupakan kunci teragung bagi pintu kebahagian hidup manusia.
Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, percayalah! ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu kebaikan. Apa yang berlaku dalam hidup ini ada hikmah yang ALLAH simpan. Dan ingat apa yang ALLAH simpan untuk kita lagi indah dari langit dan bumi.
Cuma kita perlu sabar dan redha.
Assalamualaikom,sahabat #chetaAsmak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan