Khamis, 29 Ogos 2019

hukum meminum air yang mengandungi bangkai semut

HUKUM MEMINUM AIR MENGANDUNGI BANGKAI SEMUT.

Orang kata, jika minum air yang dimasuki semut ni boleh jadi bodoh dan kurang daya ingatan?

Apapun jom la kita tanya ustaz yang lebih mengetahui apa hukum meminum minuman yang dimasuki semut menurut pandangan Islam.

⚠Soalan:
Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?

⚠Jawapan:
Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan.

Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati.

Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum.

Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup.

Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut.

Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

Kesimpulannya, Islam mengajar prinsip dan garis panduan itu, umat Islam disarankan agar berhati-hati dalam memilih makanan, minuman serta jangan bersikap acuh tidak acuh kerana makanan dan minuman akan menjadi darah daging.

Ia boleh mempengaruhi, sikap, perwatakan dan pemikiran seseorang.

Dikata ilmu sukar melekat atau menjejaskan daya ingatan sekiranya minum air mengandungi semut mungkin disebabkan prinsip dan garis panduan halalan toyyiban yang wajib diamalkan oleh orang Islam dalam memilih apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan mahupun makruh dimakan.

Lagipun jika tertelan, maka sudah tentu manusia tidak dikenakan sebarang hukum, jika dgn sengaja pulak makan semut, maka ini suatu yg pelik. Oleh itu, janganlah sengaja menapis air gula yang dimasuki semut, apatah lagi semut itu mati di dalamnya.

Wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...