Selasa, 24 September 2019

JUS TOMATO SEGAR.

RESIPI : JUS TOMATO SEGAR.

Walau pun ramai kata Jus Tomato ini sangat baik ntuk kesihatan tubuh...tapi mamak haji tak minumlah selalu...yg mamak haji tahu Jus Tomato ini sgt baik untuk sakit tekak...ini mamak haji gerenti.

Bila mamak haji tulis mengenai kebaikan tomato untuk tubuh badan, ramai sahabat tanya macam mana nak diminum?. Betul juga... kena bagi resepi kan.

Bahan-Bahan diperlukan:
- 3 biji tomato yang masak, dibasuh dan dipotong empat.
- 2 batang celery dibersihkan dan dipotong 2-3 inci panjang.
- 1/2 batang timun sedang besar.
- 1/2 potong lemon di kopek kulit, kalau tak ada gunakan limau nipis pun boleh.
- 1 sudu kecil sos cili atau satu tangkai cili merah buang bijinya.
- 1 sudu besar Madu asli kalau ada. Kalau tak ada gunakan buah-buahan yang manis seperti apple merah, tembikai pelam atau lain-lain buah yang manis. Kemanisan ikut suka anda tapi jangan guna gula pasir yea. Ini makanan kesihatan ini. Kalau nak juga bubuh pii...tak ada hal.
- Garam dan satu cubit lada hitam.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:

1. Kupas kulit timun kerana kita tak mahu warna hijau kulit merosakkan warna asal tomato.

2. Masukkan semua bahan di atas dalam pemerah buah (juicer) dengan turutan yang lembut dulu yang keras kemudian. Kalau tak juicer pakai blender saja tapi tapis
 jus nanti.

3. Mamak Haji suka tambahkan secubit thymine -  Kalau ada daun origano atau daun pudina segar - dicincang boleh bubuh juga.

4. Jus tomato segar dan sedap diminum dalam keadaan didinginkan. Simpan dalam peti sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...