Isnin, 21 Oktober 2019

Batuk? Batuk memang perkara normal kan? Sering sangat terjadi kepada setiap orang. Tak kira baby, tak kira dewasa dan tak kira orang tua.

Hari ni mak nak citer pasal BATUK sikit. Dah macam doktor ke nurse pulak ni. Tak kisahlah, saje nak share pasal batuk. Kot ada yang nak tahu kan? Bak kata omputih sharing is caring. Hihihi

Batuk? Batuk memang perkara normal kan? Sering sangat terjadi kepada setiap orang. Tak kira baby, tak kira dewasa dan tak kira orang tua.

Batuk ni bagus sebenarnya. Sebabnya batuk ni adalah tindakbalas semulajadi badan kita untuk menyingkirkan bendasing dan kuman. Secara tidak langsung ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan.

Batuk juga bertindak menghalang sebarang jangkitan daripada memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Jom kita perhatikan juga sebab-sebab yang boleh menyebabkan batuk.

PUNCA ATAU PENYEBAB BATUK.
1. Jangkitan virus seperti selesema, influenza
2. Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
3. Alahan atau alergik dengan sesuatu bahan.
4. Asma
5. Merokok
6. Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
7. Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
8. Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
9. Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
10. Tekanan
11. Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Rupa-rupanya banyak jugak yer punca dan penyebab batuk ni.  Mak cuma tahu nombor 1,2,3 dan 4 jer. Huhuhu.

Sebenarnya, kebanyakan batuk tidak merbahaya dan masih boleh dirawat. Tapi semuanya bergantung kepada simptom-simptom yang timbul yer.

Simptom yang macam mana?

Ok, yang tu nanti dulu yer.

Nak tahu lebih lanjut, stay tune with mak aka Cik Riey yer.

Cik Riey.
Adalah mak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...